Video Tips Pemasaran Dari Eben Pagan
Terdahulu, saya ada menjanjikan sekuel kepada video pertama yang saya tunjukkan di weblog Gaji Sendiri. Video tips pemasaran dari Eben Pagan ini saya kira mempunyai makna dan pengajaran yang boleh diambil oleh usahawan internet di Malaysia.
Sekiranya anda masih belum pernah melihat video Eben Pagan, saya ingin mengulas sedikit berkenaan dengan video yang telah diterbitkan pada tahun 2007 ini. Pertamanya, video ini menceritakan kepada anda 3 mindset yang sering digunakan untuk menjana pendapatan. Tetapi tidak semua mindset ini betul dan wajar dipraktikkan. Secara peribadinya juga, saya meminati mindset ke-3 yang beliau utarakan.
Keduanya, Eben menceritakan tentang teknik pemasaran yang beliau sendiri aplikasikan untuk menjana pendapatan dan membesarkan perniagaan beliau. Walaupun secara peribadi, tema syarikat beliau yang berasaskan kepada ‘dating technique’ ini tidak saya gemari, tetapi marketing technique beliau boleh dijadikan panduan dalam membesarkan perniagaan anda sendiri. Mungkin anda boleh tonton sendiri ketiga-tiga video ini dan nyatakan apa pendapat anda pula selepas itu. Selamat menonton.
Video 1
Video 2
Video 3
No related posts.


