Mengukur Populariti Di Facebook ?
Facebook merupakan laman sosial yang boleh dikatakan paling digemari pengguna internet dewasa ini. Namun, signifikankah dakwaan yang mengatakan bahawa populariti facebook akan menyebabkan ia mendominasi world wide web?
Bukti baru-baru ini menunjukkan bahawa facebook telahpun menduduki tangga kedua ranking alexa yang sebelum ini dipegang oleh Yahoo! . Kini Yahoo! pula berada di tangga ketiga. Tidak mustahil suatu hari nanti, Google pula akan turun takhta ke tangga yang kedua.
Apa yang saya nampak dari situasi ini adalah, internet marketer di Malaysia usah mengambil mudah dengan gelombang yang dihasilkan oleh facebook. Iaitu tidak mengambil peluang memasarkan dan mengembangkan perniagaan anda melalui facebook. Baca artikel berikut jika anda ingin mengetahui cara-cara mengiklan di facebook.
Popularkah anda di facebook ?
Tahukah anda bahawa kini anda boleh mengetahui betapa popularnya anda di facebook? Bagi seorang internet marketer, mengetahui populariti diri di facebook akan turut membantu anda memotivasikan diri seterusnya meningkatkan pengaruh anda di kalangan rakan yang lain.

Dengan menggunakan facebook grader. Anda kini boleh mengetahui populariti dan kedudukan anda di facebook. Setelah saya mencuba aplikasi ini, populariti saya hanyalah 65% sahaja. Agak sedikit dan memerlukan usaha yang lebih banyak untuk meningkatkannya.hoho. Bagaimana pula dengan anda ?
Related posts:



saya pun tak tahu ada tools ni. hmm.. ada masalah dengan akaun facebook..adus..hacker punyer pasal..
Macam mana dengan email? Sebab semasa login anda perlukan akaun emailkan ?
saya terpaksa buat email baru. teamfb dah tutup akaun fb saya & suruh buat yg baru..
macam tu. bahaya juga kalau tak ditutup akaun ni. Harap segalanya baik selepas ini.
dh try facebook grader tu.. 75% je. kne usaha lg ni..
Kira dah cukup baik juga tu.
Tahniah izhan