Mengenali Risiko Dalam Perniagaan

risiko_perniagaanUsahawan yang berpandangan jauh akan mengambil risiko berkira. Usahawan sewajarnya mengkaji tahap risiko terhadap peluang perniagaan yang bakal dimajukan.

Apakah itu risiko dalam perniagaan? Risiko merupakan kemungkinan untuk mengalami kerugian disebabkan oleh kegagalan sesebuah perniagaan. Perniagaan berisiko rendah mempunyai kebarangkalian yang rendah untuk gagal, manakala perniagaan berisiko tinggi pula mempunyai potensi yang tinggi juga untuk gagal.

Sebagai contoh, syarikat yang membetulkan komputer mempunyai risiko kegagalan yang lebih rendah berbanding syarikat pengeluar komputer. Syarikat pembuatan kereta pula mempunyai risiko kegagalan yang lebih tinggi berbanding bengkel baik pulih kereta.

Jadi, sebelum memulakan apa-apa perniagaan, peluang perniagaan perlu dianalisis agar usahawan mampu meramal peratus kejayaan perniagaan yang dibina. Selepas analisis dilaksanakan dan peratus kejayaan dapat ditentukan, barulah keputusan dibuat sama ada mahu meneruskan perniagaan tersebut atau tidak.

Risiko juga mempunyai pergantungannya yang tersendiri. Selalunya, faktor-faktor yang mempengaruhi risiko adalah seperti berikut:

1. Kadar keuntungan yang dijangka akan diperolehi(tinggi atau rendah).
2. Jumlah modal yang dilaburkan(besar atau kecil).
3. Tahap kesukaran membangunkan perniagaan(sukar atau mudah).

Lazimnya, perniagaan berisiko rendah merupakan perniagaan yang mudah untuk dimajukan, memerlukan modal yang sedikit dan pulangannya juga sedikit. Manakala perniagaan berisiko tinggi merupakan perniagaan yang sukar untuk dimajukan, memerlukan modal yang tinggi, namun mampu memperoleh pulangan yang lumayan.

Sebagai seorang usahawan internet, saya berpendapat bahawa perniagaan internet merupakan satu bidang yang berisiko rendah serta mampu disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat. Perniagaan internet juga mempunyai risikonya yang tersendiri sekiranya diteliti dengan betul dan menyeluruh.

Namun, risiko bagi mereka yang menjalankan perniagaan melalui internet adalah rendah berbanding mereka yang menjalankan perniagaan di alam realiti atau separa realiti separa maya. Banyak faktor yang mempengaruhinya, namun tidak akan saya kupas di sini.

Secara tuntasnya, diharapkan agar anda kini mempunyai idea asas berkenaan dengan risiko dalam perniagaan. Sebelum saya mengakhiri artikel kali ini, izinkan saya berkongsi satu pepatah yang wajar untuk dijadikan renungan bersama…”setiap perniagaan mempunyai risiko, apa yang membezakannya adalah saiz risiko yang dimiliki oleh perniagaan terbabit“.

Related Posts with Thumbnails

One Response to “Mengenali Risiko Dalam Perniagaan”

Leave a Reply

Produk Gaji Sendiri
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Jurukomen Paling Mantap
Komuniti
Gaji Sendiri di Facebook