4 Cara Buat Duit Dengan Facebook

4-cara-buat-duit-dengan-facebookSaya rasa tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah & tahun 2010 Masihi kepada para pelawat weblog GSC. Apakah azam anda untuk tahun baru ini ? Saya harap pelawat blog Gaji Sendiri ini mempunyai azam yang hebat-hebat belaka serta berada dalam keadaan sihat walafiat untuk merealisasikan azam tahun baru anda.

Artikel saya kali ini masih lagi bertunjangkan kepada facebook. Namun bukanlah menerangkan apa itu facebook atau fungsi facebook, tetapi lebih kepada bagaimana anda boleh buat duit dengan facebook.

Terdapat beberapa cara untuk anda buat duit dengan facebook. Saya telah coretkan serba sedikit senarai ringkas 4 cara untuk anda buat duit dengan facebook untuk tahun baru 2010 ini.

Cara #1: Pengiklanan di Facebook

Cara buat duit dengan facebook yang pertama ialah dengan memasarkan produk anda atau produk usahawan lain di ruangan iklan facebook. Penerangan lanjut berkenaan dengan teknik pertama buat duit dengan facebook ini boleh diperolehi dalam ebook percuma yang saya sertakan di bawah. Panduan ini secara terasnya menerangkan bagaimana anda boleh buat duit dengan hanya menyertai program affiliate di internet, kemudian memasarkan produk tersebut di facebook.



Cara #2: Memajukan Aplikasi Di Facebook

Bagi cara yang kedua pula, anda boleh buat duit dengan facebook melalui pembinaan aplikasi. Ia mungkin merupakan satu sumber pendapatan secara tidak langsung. Caranya ialah melalui kontrak yang diikat dengan pihak ketiga.

Pada saya, mungkin cara ini belum lagi popular dikalangan rakyat Malaysia. Namun, untuk beberapa tahun yang akan datang, tidak mustahil akan lahir developers yang akan memajukan aplikasi untuk rakyat Malaysia pula.

Cara #3: Menjual Produk Sendiri

Anda boleh menjual produk yang telah anda hasilkan, di facebook. Produk yang anda jual boleh jadi produk digital atau produk fizikal. Sebagai contoh, anda boleh menjual buku-buku terpakai kepada rakan anda di facebook. Aplikasi yang boleh digunakan bagi menjalankan proses jual beli buku-buku terpakai ini adalah CampusBooks.

Cara #4: Micro-Payment

Anda boleh menjual sebarang servis anda di facebook kemudiannya menerima wang dengan menggunakan aplikasi micropayment seperti Paypal. Servis yang saya maksudkan di sini adalah aplikasi yang telah anda bina untuk dimuatkan di facebook.

Aplikasi yang boleh anda jual bergantung kepada fungsi, saiz dan prospek yang akan menggunakannya. Sebagai contoh, aplikasi yang menawarkan ebook premium yang memerlukan pendaftaran keahlian sebanyak RM 2 sebulan.
facebook-mania
Secara tuntasnya, kebanyakan daripada cara buat duit dengan facebook di atas belum lagi popular di kalangan usahawan internet tempatan. Sekiranya anda mampu untuk melakukan sedikit kajian dan menjadi antara mereka yang terawal meneroka arena ini di Malaysia, berkemungkinan besar anda mampu untuk menjana pendapatan yang lumayan dengan facebook. Semoga berjaya!

Related Posts with Thumbnails

28 Responses to “4 Cara Buat Duit Dengan Facebook”

  • Bagus blog entry saudara, semoga dapat memajukan dan membudayakan sifat ushawan melayu islam khasnya :)

    kudos!

  • ingat lagi tak tajuk ‘Login Facebook Dapat RM100′??sebenarnya semuanya tu mengarut..saya dah terkena…kalau nak duit,login mana-manapun dapat duit,yg penting usaha….jangan terpedaya & berhati-hatilah kerana anda perlu bayar RM100 setiap bulan (mungkin itu maksudnya Infinity kot?…En. Anwar/sesiapa ada komen pasal nie??

    • Anwar Yassin:

      Saya belum pernah dengar, cuma memang sejak akhir2 ni ramai yang search utk buat duit dengan facebook ni. Memang perlu berhati-hati ni. Setakat ni, ni shj cara yang saya rasa paling munasabah.

      p/s: kalau betul boleh login je dapat duit, memang la sy pun akan join juga. ;)

  • macam peniaga internet spt En. Anwar saya dah tak kisah pasal mmg terbukti keberjayaannya (boleh guna ke..hehehe……) pasal nama dah popular…yang sakit ati skit pasal orang yang kaut untung atas angin,guna ayat ‘cair’ sikit,dah termakan pujuk….Buatla Mailing List,lagi mudah dapat pelanggan..betul tak En. Anwar??

    sori,teremosi sikit bab duit ni…

    • cuba tgk kamus ada tak maksud keberjayaan tu.hehe. Pada saya, jauh lagi perjalanan untuk kata yang saya ni dah berjaya. Sy cuma berusaha, Allah tentukan rezekinya. Ni pun, ad projek yang belum dpt digerakkan sepenuhnya. Target boleh lancar dalam bulan 5-6 ni. Tp kena banyak berusahalah (nasihat kpd diri sendiri). :)

  • betul ke semua ni dapat duit?ke saja2 kita masuk untuk keuntungan diorang je..kalau betul…bukti yang sebenarnya macamana?

    • Anwar Yassin:

      memang benar kita boleh jana keuntungan melalui facebook. Antaranya penjualan produk anda atau produk usahawan lain di facebook. Kalau skim “Login Dapat RM100 Tu Tak Perlu Percaya”…

      • nurul:

        saya sangat takut bila nak cuba join …
        betul ka cara kita buat duit dalam facebook cepat kaya…

        • Anwar Yassin:

          Saya tak berani untuk komen lebih-lebih. Sebab saya tidak menghala ke arah itu. Apa yang saya tahu, facebook boleh dijadikan medium buat duit dengan cara kita pasarkan produk yang kita hendak jual di facebook.

          Nasihat saya, sebelum join sesebuah model perniagaan, lakukan sedikit kajian dan rujukan. Analoginya, persiapkan diri dengan ilmu berenang sebelum terjun ke dalam air.

  • Salam,
    Buat duit di internet memang terbukti kebenarannya, banyak yang dah boleh dikatakan berjaya, tapi ada jugak yang gunakan pendekatan ‘HYPE’…lebih kurang cam ada unsur-unsur missleading disitu…jadi saya nasihatkan supaya berhati-hati dengan promosi2 yang agak melampau nih..kalau tak faham atau ragu2 boleh bertanya pada yang pandai atau lebih arif…

    banyak cara nak buat duit diinternet, nak tahu boleh download laporan Bro Anwar tu…

    semoga sukses selalu
    radzuanradzi
    http://www.radzuanebiz.com

  • Setuju setuju…dah lamer saya menjelajah ke blog2 yang ssedia ada kat internet ni.Jawapan yang saya biasa dapat buat duit banyak,cepat dan boleh kaya raya tapi hakikatnya hanya kata kata manis jer…kalau tak ,tak laku..jangan marah yer itulah kebenarann.ya

    • Anwar Yassin:

      Sebab itulah saya tak berminat untuk membuat produk yang berada dalam lingkungan niche “buat duit di internet”. Sebenarnya lebih baik jika kita lari dari niche ini. Pada saya, banyak lagi ruang untuk kita mulakan perniagaan di internet, tak semestinya terlibat dalam niche “buat duit di internet”

  • Itu pun saya setuju.Apa yang saya lihat banyak perkembangan tidak sihat berlaku berleluasa dalam pemasaran.Walaupun itu dinamakan marketing strategi,Bayangkan perasaan kita sebagai pembeli jika kita beli produk yang tidak berkualiti sedangkan IM akan ketawa sambil mengeluarkan duit dari bank… FIKIR fikirkan..(rahsia 1000 pertama dgn affiliate)Ebook tu saya dah baca…terima kasih..banyak info menarik…

  • Salam,
    Saya nampak kat Malaysia nih masih banyak yang ambil pendekatan ‘niche’ buat duit di internet..boleh katakan terlalu banyak dah digunakan, kadang2 website tuh tahan 3-4 bulan jer..bila dah banyak yang join pastu tukar nama ke website lain. Ebiz nih banyak cabang dia, banyak jugak cabaran dia. Saya ada idea untuk perkembangan ebiz di malaysia ( dah rujuk pada smartzul beberapa ketika dulu)cuma saya rasa benda tu memerlukan mpodal yang banyak jugak dan JV dengan mereka yang pakar dan arif.

    wassalam
    radzuanradzi
    http://www.radzuanebiz.com

  • saya ada join satu online biz,tentu saudara tahu mengenai website yang saya sertakan ini.semuanya nampak mudah tapi hakikatnya ia memerlukan usaha yang bersungguh2 dan pengorbanan masa yang kritikal.apa pandangan saudara? Boleh terangkan serba sedikit cara yang saudara gunakan untuk menjana kejayaan di internet.saya masih tercari-cari online biz yang sesuai.

  • Salam,
    Bukan senang nak senang – tiada jalan pintas menuju kejayaan. Saya ada listkan 10 kesilapan dalam perniagaan ebiz ni melalui pengalaman saya…boleh lihat di http://www.radzuanebiz.com

    Nanti saya postkan entri apa tools yang perlu ada pada untuk menjadi seorang internet marketer – Bro Anwar boleh komen nanti ya…

    radzuanradzi
    http://www.radzuanebiz.com

  • master:

    adakah saya terlambat utk join buat duit nie?saya betui2 tak tau cara macam ner nk cari duit guna facebook

  • pengarangan yang hebat !

  • faizul_melaka:

    macam mane nk buat duit gune fb nie… teringin nk cuba.

  • maktiri:

    salam semua, terima kasih atas penerangan brader Anwar, beryukur kerana Allah SWT pertemukan saya dengan wabsite sedara, so tka jadi la nak join benda2 login facebook dapat duit ni. saya tercari2 lagi apa yg paling selamat. anyway weldone brader!

    • Anwar Yassin:

      Maktiri mungkin boleh baca kenapa Login Dapat RM100 tu merupakan satu perkara yang gharar dan tidak wajar dipercayai di dalam Islam. Boleh klik pada link yang saya sertakan di bawah ini.

      http://www.zaharuddin.net/content/view/915/72/

      Selamat beramal dalam berniaga. :)

    • Anwar Yassin:

      Jangan lupa juga untuk share di facebook. Klik pada butang biru “share” di atas untuk share di facebook. Sama-sama kita membantu rakan-rakan dari terjebak dengan unsur-unsur gharar dan penipuan.

  • Amirul:

    assalamualaikum , sy sgt keliru skrng, sy berminat untuk buat duit dgn fb tapi slh seorang kenalan sy di fb meminta no akaun bank sy utk yrn pendaftaran yg berkoskan rm100..jadi sy ingin bertanya adakah perlu untuk sy menurut kata2 sbht sy tu atau ada cara lain untuk sy mendaftar selain mula buat duit dengan fb?
    tlg sy…sy x tau ape yg harus dilakukan..

    • Anwar Yassin:

      Sepatutnya buat duit di facebook ini tidak memerlukan apa2 kos. Adakah kawan saudara ajak untuk menyertai infinity downline ? Kalau infinity downline a.k.a login facebook dapat RM100 tu ia mengandungi unsur “money game” dan boleh tergolong dalam kategori syubhah dan gharar. Boleh rujuk di sini.

      http://www.zaharuddin.net/content/view/915/72/

Leave a Reply

Produk Gaji Sendiri
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Jurukomen Paling Mantap
Komuniti
Gaji Sendiri di Facebook