Posts Tagged ‘The Four Weeks To Freedom Bonus’
Update: The Four Weeks To Freedom
If you want to hear the English version of this confidential record or you want to read some information about it, you can do so by clicking here.
Bila saudara Zamri beritahu saya bahawa beliau akan ‘bocor’kan perbualan sulit beliau dengan Mr.C secara percuma melalui The Four Weeks To Freedom ini, saya beritahu beliau yang saya ingin sangat berkongsi maklumat ini dengan anda.
Perbualan sulit ini merupakan sesi ‘mentoring’ sebenar di antara seorang rakyat Malaysia biasa dengan seorang guru internet@jutawan internet yang boleh dipakej dan jual dengan harga $47 dengan senangnya (tetapi PERCUMA buat anda hari ini).
Dapatkan rakaman audio ini tepat jam 12 tengahari 24.6.2009. Ini bagi mengelakkan kerumitan anda tidak mendapat rakaman perbualan sulit ini. Saya diberitahu bahawa sistem akan dibuka pada pukul 12 nanti.
Video ini berkisarkan tentang soalan dan jawapan yang dilontarkan oleh kedua-dua pihak. Pada saya ianya agak jelas dan padat dengan informasi-informasi berkenaan dengan membina empayar perniagaan di internet. Rakaman sulit ini juga menjawab persoalan mengapa kita wajar berkerja sepenuh masa di internet dan seterusnya menjana pendapatan di internet.
Pertama sekali, Mr.C ini tidak pernah menawarkan program mentoring one-on-one (secara peribadi) kerana beliau sibuk membina bisnes internet SEBENAR untuk diri beliau sendiri. Keduanya, jikalau beliau tawarkan program sebegini, beliau cuma akan mengambil klien yang sudahpun berjaya dalam bisnes dan sanggup membayar yuran sehingga 5 angka untuk masa beliau.
Jadi, tak tahulah bagaimana saudara Zamri berjaya mendedahkan sesi konsultasi sulit beliau ini. Yang pastinya, ianya telah bocor.
Saya sudah mendengar perbualan sulit tersebut dan saya boleh katakan yang ianya bakal mengubah hidup anda sekiranya anda berhasrat untuk meninggalkan kerja anda dan membina bisnes internet.
Jangan lupa untuk mendapatkan rakaman audio ini tepat jam 12 tengahari 24.6.2009 :
p/s: Selepas saya mendengar perbualan antara kedua-duanya, saya dapat rasakan mengapa produk ini merupakan produk sentimental buat saudara Zamri Nanyan.
Preview: The Four Weeks To Freedom

Dalam penghujung bulan Jun 2009 ini, satu lagi produk keluaran IM tempatan bakal menggegarkan industri IM negara ini. Produk ini merupakan satu produk yang dikeluarkan oleh Otai internet Marketing di Malaysia iaitu saudara Zamri Nanyan bersama-sama mentor beliau, ****** ****.
Menurut saudara Zamri Nanyan, produk The Four Weeks To Freedom ini merupakan satu produk sentimental beliau. Akan tetapi, sejauh mana produk ini bernilai sentimental terhadap beliau, saya tidak tahu.
Berkemungkinan besar, produk ini menceritakan apa yang beliau lalui suatu ketika dahulu sebelum bergelar usahawan internet sepenuh masa.
Pada hemat, saya produk ini bakal mendedahkan teknik serta langkah sebenar bagaimana anda mampu menjadi usahawan internet hanya dalam masa 4 minggu. Teknik-teknik yang akan didedahkan juga mungkin berdasarkan pengalaman sebenar beliau dalam bidang ini.
The Four Weeks To Freedom ini merupakan produk dalam Bahasa Inggeris, akan tetapi terdapat terjemahannya yang boleh didapati dalam Bahasa Melayu. Itu merupakan serba sedikit informasi yang telah berjaya saya korek berkenaan dengan produk ini.
Saya akan cuba untuk mendapatkan informasi selanjutnya berkenaan dengan produk ini. Tunggukan informasi selanjutnya daripada saya dalam post-post akan datang. Sehingga berjumpa lagi.
Kemaskini 18.06.2009
Informasi lanjut berkenaan dengan produk “The Four Weeks To Freedom” ini boleh didapati daripada blog ini.




