Posts Tagged ‘PPC’

6 Taktik Berkesan Untuk Adwords

Saya rasa, ramai di antara kita yang menggunakan Google Adwords untuk memasarkan produk mereka. Namun, adakah penggunaan Adwords ketika kegawatan ekonomi masih digalakkan? Pada saya, ketika suasana gawat inilah, mereka yang mempunyai perniagaan perlu sentiasa memasarkan produk mereka, pertamanya untuk survive dalam suasana gawat ini, dan kedua adalah untuk bersedia dengan peluang perniagaan ketika ekonomi pulih nanti.

Bagi mereka yang menggunakan Adwords untuk memasarkan perniagaan mereka, Google kini telah menyenaraikan beberapa kaedah dan taktik pemasaran yang sesuai untuk diimplementasikan dalam suasana kegawatan ekonomi masa kini.

1. Jadikan Tema Iklan Anda Bersifat Murah Dan Menjimatkan

Menurut Google, pembeli sangat menitik beratkan harga produk lebih dari aspek-aspek lain, terutamanya dalam urusan pembelian seharian. Apabila pembeli melayari internet dan melihat iklan anda yang penuh dengan diskaun dan potongan harga yang diberikan, iklan anda akan mendapat lebih klik daripada mereka.

2. Letakkan Tawaran Dalam Iklan Anda

Anda perlu sedar bahawa pembeli akan sentiasa mencari peluang agar proses tawar-menawar berlaku. Mungkin juga hal yang sama berlaku kepada diri kita selaku peniaga di mana kita juga inginkan tawaran harga bagi produk yang akan kita niagakan. Berbanding dengan iklan tanpa tawaran harga, iklan anda yang disertakan dengan diskaun dan kupon pasti akan memperolehi klik yang lebih banyak daripada prospek.

3. Pastikan Iklan Anda Spesifik Dan Relevan

Google juga menegaskan bahawa iklan anda akan menjadi lebih efektif jika teks pada iklan tersebut selari dengan kata kunci pada grup iklan anda. Ini akan menjadikan iklan anda lebih relevan terhadap prospek dan perniagaan anda. Pastikan bahawa teks dan kata kunci dalam satu-satu grup iklan anda bersifat fokus terhadap topik atau produk. Situasi ini tentunya akan meningkatkan CTR(click through rate) anda.

4. Usah Bazirkan Wang Anda Pada Klik Yang Tidak Membawa Keuntungan

Ini juga merupakan satu cadangan Google, iaitu anda menggunakan kata kunci negatif untuk menapis trafik yang tidak anda tawarkan. Mungkin ada di kalangan pakar pemasaran internet yang melarang anda daripada membuat tapisan trafik. Akan tetapi, pada saya, saranan Google ini agak munasabah. Ini kerana, kita mengambil berat aspek-aspek kos dan modal dalam situasi gawat ini. Sebagai contoh, jika anda menjual peanut butter, anda mungkin menggunakan perkataan allergy sebagai kata kunci negatif.

5. Pastikan Pelanggan Mudah Membuat Pembelian

Taktik ini sebenarnya berkait rapat dengan landing page yang anda sediakan. Pastikan anda meletakkan diri anda ke dalam diri pembeli. Maksud saya, usah syok sendiri dengan landing page anda, sebaliknya pastikan ia menepati cita rasa pembeli. Pelanggan tentunya tidak mahu melalui proses pembelian yang merumitkan. Jadi tanggungjawab anda kini adalah memastikan proses pembelian dapat dilakukan dengan mudah dan lancar.

6. Fokus Perbelanjaan Adwords Anda Kepada Iklan Yang Berpotensi Tinggi

Jika anda mempunyai pilihan di antara dua jenis iklan, fokus perbelanjaan anda terhadap iklan yang mempunyai potensi keuntungan yang tinggi. Google mempunyai conversion tracking tools yang akan menunjukkan anda jenis iklan dan kata kunci yang mempunyai potensi keuntungan yang tinggi. Anda telah melakukan satu langkah yang bijak sekiranya anda menumpukan perhatian terhadap jenis iklan yang membawa pulangan yang tinggi.

Kesimpulannya, 6 taktik berkesan Adwords ini merupakan antara teknik yang disarankan oleh Google kepada usahawan-usahawan yang ingin menggunakan perkhidmatan pemasaran melalui Adwords, terutamanya dalam situasi ekonomi yang merudum mutakhir ini. Jika anda mempunyai bajet yang sedikit untuk PPC, pastikan anda mengambil peluang terbaik agar wang anda tidak dibazirkan begitu sahaja di Google.

Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.

Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Tags
Komuniti
Trafik
Small Business Blogs - Blog Catalog Blog Directory