Posts Tagged ‘perisian percuma’
6 Perisian Wajib Usahawan Internet
Menjadi seorang usahawan internet, bermakna kerjaya anda tidak dapat lari dari menggunakan software, script serta peralatan-peralatan lain yang dianggap sebagai ‘nyawa’ perniagaan anda. Perkakasan yang diperlukan perlu menepati kualiti yang telah ditetapkan agar perniagaan tidak terjejas dek kerana gangguan dalam sistem yang boleh menyebabkan seseorang usahawan internet itu kerugian beratus malah beribu-ribu ringgit – hanya disebabkan oleh sedikit kekacauan.
Alternatif yang selalu diguna pakai oleh usahawan internet baru adalah perkakasan-perkakasan percuma yang boleh ditemui di internet. Namun, percuma bukanlah satu mimpi indah bagi mereka yang belum melihat sisi hitamnya.
Satu nasihat saya berkenaan dengan perisian percuma ini adalah, anda perlu berhati-hati dan berwaspada dengan diskripsi berkenaan perisian tersebut. Terkadang, perisian percuma ini mempunyai agenda tersembunyi dan beberapa kesan yang boleh memburukkan lagi keadaan seperti serangan virus, trojan serta spyware.
Selepas saya memberitahu anda sisi negatif perisian percuma ini. Saya harap anda tidak mempunyai perspektif bahawa kesemua perisian percuma untuk usahawan internet bersifat begitu. Terdapat banyak lagi perisian percuma di internet yang amat berguna.
Perisian-perisian ini boleh membantu anda menjadikan perniagaan anda lebih ‘sticky’, mempunyai interface yang mesra pengguna, memindahkan data-data ke server, membina laman web, menjejaki katakunci yang berguna, mencari rakan niaga yang berpotensi dan sebagainya.
1. FileZilla
Bagi usahawan internet yang memiliki blog atau website dot com sendiri, memindahkan data-data ke server mungkin menjadi satu perkara mustahil sekiranya tiada perisian File Transfer Protocol (FTP). Spesifiknya lagi, filezilla ini merupakan satu perisian percuma yang tidak memerlukan sebarang bayaran untuk digunakan dan anda bebas untuk mendownloadnya di laman web software ini.
Terdapat banyak lagi software FTP seperti CoreFTP, SmartFTP dan GoFTP. Fungsi mereka sama dengan FileZilla, cuma kelebihan FileZilla ini adalah disebabkan oleh interfacenya yang mudah untuk digunakan, menyokong banyak bahasa dan menyokong fungsi ‘drag&drop’.
2. Alexa Toolbar
Alexa menyediakan toolbar percuma yang boleh dimuat turun dan toolbar ini akan dipaparkan di browser anda semasa anda melayari internet. Toolbar daripada Alexa boleh dikategorikan sebagai toolbar paling penting bagi usahawan yang bergiat dalam perniagaan internet.
Kehebatan toolbar ini terletak pada fungsi “site info”nya di mana sekiranya anda menekan butang ini, Alexa akan menyenaraikan bermacam-macam informasi berkaitan laman web yang anda layari ketika itu seperti:
- Ranking trafik laman web tersebut
- Link-link yang berkaitan dengan website tersebut(related link)
- Bilangan laman web yang mempunyai link laman tersebut
- Butiran mengenai tuan punya laman web tersebut
Informasi seperti inilah yang amat diperlukan oleh usahawan internet kerana dengan informasi sebegini, anda boleh menentukan mana satu laman web atau blog yang mempunyai trafik tinggi seterusnya bertukar-tukar link dengan blog tersebut atau anda menjadikan mereka rakan niaga dalam penghasilan produk baru anda.
The List Of Related Links yang terdapat pada toolbar Alexa membolehkan anda mengetahui lain-lain laman web yang mempunyai persamaan dengan laman web anda. Mulakan dengan mengisi url website anda dan lihat cadangan yang dikemukakan oleh Alexa kemudiannya.
3. HTML Editor
Bagi usahawan internet yang menjalankan perniagaan menggunakan laman web e-commerce sendiri, HTML editor seperti NVU & Compozer merupakan perisian yang amat penting serta percuma. Ciri-ciri antara keduanya tidak jauh berbeza dan anda boleh menggunakan mana-mana satu antara dua software ini.
Saya sendiri menggunakan Kompozer sebagai HTML Editor bersama-sama dengan PSPad yang juga merupakan HTML Editor. Namun, PSPad lebih tertumpu kepada kerja-kerja pengubahsuaian file PHP dan selalunya digunakan oleh mereka yang telah advance di dalam dunia perniagaan internet. Anda juga boleh menggunakannya sekiranya anda mahu.
NVU serta Kompozer merupakan dua perisian HTML Editor yang bersifat WYSIWYG (What You See Is What You Get), sama seperti Microsoft Front Page – tetapi percuma. Apa yang dimaksudkan dengan WYSIWYG ? WYSIWYG adalah kebolehan untuk anda melihat preview hasil website yang anda sedang hasilkan walaupun anda masih lagi dalam proses membina laman web anda. PSPad pula tidak mempunyai fungsi WYSIWYG.
4. Kajian Pasaran
Jika anda ingin membina sebuah perniagaan online yang berjaya, anda perlu melakukan banyak kajian sama ada untuk mengintai pesaing anda, mengetahui pasaran yang sesuai serta memikirkan produk yang akan dihasilkan. Proses ini tentunya memakan masa yang banyak. Berita baiknya adalah, dengan Toolbar daripada Google, anda dapat melakukan perkara-perkara yang disebutkan tadi dengan cepat serta lebih produktif.
Sekiranya anda berminat dengan Toolbar ini, pastikan sebelum anda memuat turun, anda telah menandakan konfigurasi “Enable Advance Features“. Ini dilakukan agar anda memperolehi semua kriteria berguna daripada toolbar ini. Antara kriteria yang boleh dikatakan penting pada toolbar ini adalah Google Groups Search, Web Directory dan Search Froogle.
Selepas anda menggunakan perisian ini, anda akan tahu mengapa ia menjadi aset kepada perniagaan online anda. Bukan sahaja kerana semua ciri-ciri unik yang terdapat pada toolbar ini, ia juga mampu mengurangkan masa anda membuat kajian dan membolehkan anda menumpukan usaha kepada proses penghasilan produk baru.
5. Perisian Katakunci
Dengan perisian seperti yang terdapat pada Wordtracker Lab, anda kini berupaya untuk menjejaki soalan-soalan popular yang ditanya oleh mereka yang melayari internet. Sebagai contoh, sekiranya bidang anda berkenaan dengan golf, maka anda dapat mengenal pasti jenis-jenis soalan yang dilontarkan oleh peminat golf.
Kemudian, tugas anda adalah masukkan soalan-soalan yang ditanya tadi ke dalam artikel anda dan secara automatik, ia akan menjadi katakunci yang berharga bagi menjana trafik ke laman web anda. Ingat, trafik itu adalah bakal pembeli dan jika betul cara yang anda tetapkan di laman web anda, anda akan memperoleh pendapatan yang lumayan.
6. Marketing Calculator
Sekiranya anda membuat pemasaran e-mail kepada prospek anda, anda boleh menentukan ROI (return on investment) dengan menggunakan perisian hebat dan percuma iaitu Marketing Today’s ROI Calculator. Dengan perisian ini, anda dapat mengetahui berapakah jumlah pulangan anda berdasarkan kepada jumlah mailing list anda, kos program yang anda sertai, response rate, conversion rate serta purata komisyen per jualan.
Cara yang paling tepat untuk menggunakan kalkulator ini ialah dengan menggunakan kadar respon (kadar prospek yang respon terhadap email anda) yang anda perolehi ketika anda menghantar e-mail sebelum ini. Sekiranya anda tidak mengetahui kadar respon sebelum ini, anda boleh masukkan sebarang nilai yang anda rasakan munasabah bagi anda.
Sekiranya anda meletakkan nilai yang terlalu rendah, kemungkinan besar keputusannya adalah anda boleh menjana wang dengan banyak. Sekiranya terlalu tinggi, ini boleh mengakibatkan anda mengeluarkan lebih banyak banyak wang daripada pendapatan anda.
Pendapat Anda?
Adakah 6 perisian percuma yang saya nyatakan ini membantu anda ? Jika anda rasa membantu, letakkan komen anda dibawah agar saya tahu apa pula pandangan anda berkenaan dengan free internet marketing tools ini. Sehingga berjumpa lagi.



