Posts Tagged ‘Pemasaran’

5 Kualiti Untuk Menjadi Super Affiliate

Menjadi seorang penumpang di dalam sebuah kapal yang akan belayar ke tempat yang paling jauh tidak akan terlintas di dalam pemikiran seseorang yang ingin menentukan nasibnya sendiri. Bahkan mereka yang mempunyai keinginan besar ini, pasti akan bercita-cita untuk menjadi ‘kapten’ di dalam kapal tersebut dalam menentukan hala tuju kehidupannya. “Hidup aku, maka akulah yang menentukannya”.

Mungkin disebabkan pemikiran positif dan besar ini, seperti apa yang dikatakan oleh Donald Trump, “Think Big!” menyebabkan semakin ramai orang menceburi program cari duit di internet yang semakin popular mutakhir ini, terutamanya -Pemasaran Affiliate-.

Perkara seumpama ini mungkin terjadi disebabkan oleh nature affiliate marketing ini sendiri, tidak akan ada si boss yang akan mengarahkan sang pekerja, atau sang pekerja menanti sehingga akhir bulan untuk menerima gajinya. Tiada istilah tersebut dalam affiliate marketing.

Dalam affiliate marketing ini, tiada juga istilah deadline bagi pekerja, terutamanya bagi mereka yang mempunyai majikan yang garang. Atau timbunan kerja yang melambak-lambak sehingga kerja yang tidak dapat disiapkan di pejabat, di bawa pula pulang ke rumah sehinggakan kadang-kadang diconteng oleh anak-anak yang baru mengenal pen dan pensel.

Dalam affiliate marketing ini, sesorang itu hanya perlu mempunyai beberapa kriteria yang perlu dihadam sebaiknya sebelum menjelajahi bidang pemasaran yang amat luas skopnya ini. Jadi, apakah keperluan untuk berjaya dalam affiliate marketing ini ? Apa persiapan yang perlu ada dalam diri seorang affiliate marketer untuk sukses dan mencapai apa yang diimpikan oleh beliau ?

Banyak persaingan yang perlu dihadapi dalam dunia affiliate marketing ini, dan seseorang yang mahukan kejayaan perlu menjadikan dirinya lebih tinggi daripada orang lain dalam pelbagai aspek. Untuk mencapai matlamat ini, mereka perlu mempunyai perkakasan dan bekalan yang cukup untuk menolak diri mereka terkehadapan berbanding orang lain.

Saya Mahu Belajar

Kualiti yang paling utama bagi individu yang ingin mencuba nasib di dalam affiliate marketing ini adalah keinginan yang kuat dalam diri untuk belajar dan diajar. Melintasi sesuatu daaerah akan menyebabkan dirinya terdedah kepada bahaya, jika tiada kelengkapan atau perkakasan yang selengkapnya.

Belajar bukan hanya terhad kepada pelajaran untuk berjaya, tetapi juga belajar bagaimana kegagalan itu boleh berlaku dan bagaimana untuk bangkit daripada kegagalan tersebut, menerimanya dan mengolah agar ia tidak berlaku lagi. Itulah yang dimaksudkan dengan bersedia untuk belajar.

Oh Masa Oh Tenaga

Kualiti kedua yang perlu diambil kisah adalah kesanggupan untuk menyumbangkan masa dan tenaga walaupun hasil yang dilihat pertama kalinya tidak memberangsangkan. Walaupun graf pendapatan tidak menunjukkan sebarang perubahan positif menjelang bulan-bulan pertama percubaan dilakukan, adalah amat penting untuk seseorang yang menceburi bidang pemasaran affiliate teguh berdiri dan bersemangat waja.

Kualiti kedua inilah yang membezakan seseorang yang benar-benar serius untuk menjadi kapten kapal sendiri berbanding orang yang hanya berangan-angan menjadi kapten kapal. Kalau tidak dapat tidak mengapa, sekadar angan-angan sahaja!

Saya Bakal Super Affiliate

Aspek ketiga yang perlu dibentuk di dalam diri seseorang yang ingin menceburi bidang affiliate marketing ini adalah percaya kepada kemampuan diri. Sekiranya individu tersebut ingin menguasai dunia pemasaran affiliate ini, sifat percaya kepada kemampuan diri amat penting dan perlu dipupuk sedari beliau menjejakkan kaki ke dalam affiliate marketing.

Dalam pada masa yang sama, sifat percaya pada kemampuan diri juga perlu diselaraskan dengan keupayaan untuk memotivasikan diri. Tidak kisah samaada motivasi semasa senang atau motivasi semasa sedang dalam kepayahan. Jika dua kualiti ini telah dapat anda kuasai, ada kini telah mempunyai kualiti yang tertanam dalam setiap super affiliate yang telah berjaya seperti Zamri Nanyan, Gobala Krishnan, Mawardee, Team Aspirasi Siber dan lain-lain yang telah berjaya.

Saya Malas, Ada Ubat ?

Untuk menjadi seorang affiliate marketer yang hebat, anda perlu kenali diri anda, kuasai sifat malas anda dan menjadi lebih berdisiplin ! Kualiti ini merupakan kualiti keempat yang perlu dimiliki oleh setiap affiliate merketer. Super affiliate bukanlah seorang yang pemalas walaupun dikatakan goyang kaki sahaja sudah dapat duit. Mereka bukan begitu. Walaupun kaki bergoyang, tangan mereka tetap bergerak mencari peluang-peluang yang telah sedia ada serta mengintai peluang-peluang yang bakal tiba.

Jika seseorang mampu untuk mendisiplinkan dirinya sendiri serta mengerah keringatnya sepanjang hari, tidak mustahil beliau akan dapat menggapai apa yang dia cita-citakan pada asalnya. Pepatah bangsa arab ada mengatakan “Seseorang yang menanam, maka beliaulah yang akan menuainya”. Betulkah begitu ? Ya. Ia memang betul, kecuali jika ada orang atau sistem yang menuaikan untuk anda.

Optimis Ke Puncak

Kualiti terakhir yang perlu ada dalam diri setiap affiliate marketer adalah bersikap optimis. Optimis boleh jadi diluahkan dalam bentuk perlakuan, boleh jadi juga luahan dalam bentuk usaha dalam senyap-senyap dan kemudiannya meledak dengan kejayaan. Lain manusia, lain caranya mereka menunjukkan sifat optimis tersebut.

Sifat negatif atau terpengaruh dengan cakap-cakap kosong adalah batu penghalang bagi seorang affiliate yang mempunyai potensi untuk berjaya. Sewajarnya, tidak perlu ada seorang pun yang mempengaruhi dirinya untuk menyertai affiliate marketing kerana, sekiranya beliau telah berada di dalam kapal beliau sendiri, beliaulah kapten kapal tersebut, bukannya orang lain yang menjadi kapten di sebalik tabir.

Kesimpulan

Ramuan untuk berjaya di dalam affiliate marketing begitu banyak serta datang daripada sumber yang pelbagai, akan tetapi perkara yang paling penting untuk dititikberatkan setiap affiliate marketer adalah hatinya sendiri. Diri sendiri mempunyai kapasiti untuk melakukan sesuatu dan diri sendirilah yang mempunyai keinginan untuk merencanakan dan menjayakan sesuatu agar impian menjadi super affiliate menjadi kenyataan.

Pemasaran affiliate atau affiliate marketing adalah lebih kepada usaha meletakkan nasib diri dalam tangan sendiri, bukannya di tangan orang lain. Sikap dan kualiti diri yang betul dan seimbang merupakan kunci yang dapat menjadikan seorang ‘kapten kapal’ mengemudi bahteranya ke arah yang menguntungkan diri dan penumpang-penumpangnya.

Mengapa Anda Perlu Mengiklan Di Facebook

Pemasaran adalah antara perkara terpenting yang perlu ada dalam setiap perniagaan. Tanpa pemasaran, anda seolah-olah menandatangai waran kematian untuk bisnes anda. Begitu penting pemasaran dalam bisnes bukan ?

Katakanlah anda mempunyai produk yang berpotensi untuk digilai oleh orang ramai, atau anda mempunyai produk yang berkualiti tinggi, namun jika tiada proses pemasaran berlaku di dalam perniagaan anda, bisnes anda tidak akan bertahan lama. Anda mahu percaya atau tidak, terpulang. Inilah hakikatnya.

Mungkin juga ramai yang telah mengetahui kepentingan pemasaran dalam bisnes mereka, namun tidak ramai yang tahu di manakah sumber atau lubuk pemasaran yang berkesan dan dalam pada masa yang sama, mengenakan kos yang murah terhadap bisnes mereka.

Jadi, artikel saya kali ini akan menceritakan kelebihan-kelebihan yang akan diperolehi apabila anda mengiklan di salah satu laman web sosial yang popular iaitu facebook.

Kelebihan Mengiklan Di Facebook

  1. Facebook merupakan tempat 200 juta umat manusia berkumpul. Jadi anda mempunyai capaian pemasaran yang amat luas. Bayangkan, dengan kuantiti seramai ini, adakah pemasaran di facebook tidak berkesan bagi anda ?
  2. Ketepatan – Jika anda mengiklan di facebook, anda boleh menentukan target iklan anda. Target iklan anda boleh ditentukan berdasarkan umur, jantina, lokasi, kegemaran dan lain-lain lagi. Jaringan yang luas di facebook ini bermula daripada remaja kepada mereka yang telah berumur.
  3. Kos untuk mengiklankan perniagaan anda di facebook bersifat fleksibel. Anda boleh menentukan bajet anda, kemudian menjejaki progress iklan anda dan kemudiannya lakukan perubahan untuk memaksimakan keuntungan anda.
  4. Langkah-langkah untuk mengiklan di Facebook juga agak mudah. Dengan hanya 5 langkah, anda boleh menyiarkan iklan anda kepada kumpulan target yang anda inginkan.>>get started<<

Panduan Mengiklan Di Facebook

Memasarkan produk anda di facebook sebenarnya boleh membawa keuntungan yang berlipat kali ganda kepada anda, sekiranya anda mengetahui langkah-langkah yang betul. Antara perkara yang amat penting untuk anda ketahui adalah teknik-teknik melakukan penjimatan kos mengiklan di facebook seboleh mungkin.

Sungguhpun mengiklan di facebook boleh dikatakan menjimatkan, akan tetapi terdapat satu sumber lagi yang boleh mengajar anda langkah-langkah rahsia melakukan penjimatan sebanyak RM 3,300 dalam usaha mengiklankan perniagaan anda di facebook.

Panduan ini dinamakan sebagai panduan FBA dan ianya dihasilkan oleh saudara Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Richie Ridzuan. Anda boleh dapatkan informasi selanjutnya dengan melayari website ini.

Secara dasarnya, panduan ini akan menjelaskan kepada anda teknik rahsia bagaimana anda boleh melakukan penjimatan sehingga RM 3,300 ketika anda mahu mengiklan di facebook. Pada saya, teknik ini merupakan satu teknik yang unik dan hanya segelintir sahaja usahawan internet yang tahu akan kewujudan teknik ini.

Jika anda mahu mengiklan di facebook, saya sarankan anda mendapatkan panduan FBA ini kerana isinya yang padat dan straight to the point. Tidak ramai yang mengetahui hal ini dan jika anda berjaya menguasai teknik rahsia daripada panduan FBA ini, anda kini berupaya untuk menyelamatkan perniagaan anda.

6 Taktik Berkesan Untuk Adwords

Saya rasa, ramai di antara kita yang menggunakan Google Adwords untuk memasarkan produk mereka. Namun, adakah penggunaan Adwords ketika kegawatan ekonomi masih digalakkan? Pada saya, ketika suasana gawat inilah, mereka yang mempunyai perniagaan perlu sentiasa memasarkan produk mereka, pertamanya untuk survive dalam suasana gawat ini, dan kedua adalah untuk bersedia dengan peluang perniagaan ketika ekonomi pulih nanti.

Bagi mereka yang menggunakan Adwords untuk memasarkan perniagaan mereka, Google kini telah menyenaraikan beberapa kaedah dan taktik pemasaran yang sesuai untuk diimplementasikan dalam suasana kegawatan ekonomi masa kini.

1. Jadikan Tema Iklan Anda Bersifat Murah Dan Menjimatkan

Menurut Google, pembeli sangat menitik beratkan harga produk lebih dari aspek-aspek lain, terutamanya dalam urusan pembelian seharian. Apabila pembeli melayari internet dan melihat iklan anda yang penuh dengan diskaun dan potongan harga yang diberikan, iklan anda akan mendapat lebih klik daripada mereka.

2. Letakkan Tawaran Dalam Iklan Anda

Anda perlu sedar bahawa pembeli akan sentiasa mencari peluang agar proses tawar-menawar berlaku. Mungkin juga hal yang sama berlaku kepada diri kita selaku peniaga di mana kita juga inginkan tawaran harga bagi produk yang akan kita niagakan. Berbanding dengan iklan tanpa tawaran harga, iklan anda yang disertakan dengan diskaun dan kupon pasti akan memperolehi klik yang lebih banyak daripada prospek.

3. Pastikan Iklan Anda Spesifik Dan Relevan

Google juga menegaskan bahawa iklan anda akan menjadi lebih efektif jika teks pada iklan tersebut selari dengan kata kunci pada grup iklan anda. Ini akan menjadikan iklan anda lebih relevan terhadap prospek dan perniagaan anda. Pastikan bahawa teks dan kata kunci dalam satu-satu grup iklan anda bersifat fokus terhadap topik atau produk. Situasi ini tentunya akan meningkatkan CTR(click through rate) anda.

4. Usah Bazirkan Wang Anda Pada Klik Yang Tidak Membawa Keuntungan

Ini juga merupakan satu cadangan Google, iaitu anda menggunakan kata kunci negatif untuk menapis trafik yang tidak anda tawarkan. Mungkin ada di kalangan pakar pemasaran internet yang melarang anda daripada membuat tapisan trafik. Akan tetapi, pada saya, saranan Google ini agak munasabah. Ini kerana, kita mengambil berat aspek-aspek kos dan modal dalam situasi gawat ini. Sebagai contoh, jika anda menjual peanut butter, anda mungkin menggunakan perkataan allergy sebagai kata kunci negatif.

5. Pastikan Pelanggan Mudah Membuat Pembelian

Taktik ini sebenarnya berkait rapat dengan landing page yang anda sediakan. Pastikan anda meletakkan diri anda ke dalam diri pembeli. Maksud saya, usah syok sendiri dengan landing page anda, sebaliknya pastikan ia menepati cita rasa pembeli. Pelanggan tentunya tidak mahu melalui proses pembelian yang merumitkan. Jadi tanggungjawab anda kini adalah memastikan proses pembelian dapat dilakukan dengan mudah dan lancar.

6. Fokus Perbelanjaan Adwords Anda Kepada Iklan Yang Berpotensi Tinggi

Jika anda mempunyai pilihan di antara dua jenis iklan, fokus perbelanjaan anda terhadap iklan yang mempunyai potensi keuntungan yang tinggi. Google mempunyai conversion tracking tools yang akan menunjukkan anda jenis iklan dan kata kunci yang mempunyai potensi keuntungan yang tinggi. Anda telah melakukan satu langkah yang bijak sekiranya anda menumpukan perhatian terhadap jenis iklan yang membawa pulangan yang tinggi.

Kesimpulannya, 6 taktik berkesan Adwords ini merupakan antara teknik yang disarankan oleh Google kepada usahawan-usahawan yang ingin menggunakan perkhidmatan pemasaran melalui Adwords, terutamanya dalam situasi ekonomi yang merudum mutakhir ini. Jika anda mempunyai bajet yang sedikit untuk PPC, pastikan anda mengambil peluang terbaik agar wang anda tidak dibazirkan begitu sahaja di Google.

Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.

Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Tags
Komuniti
Trafik
Small Business Blogs - Blog Catalog Blog Directory