Posts Tagged ‘pelawat’
Rahsia Pelawat Yang Ramai ke Blog
Sebelum ni, saya pelik mengapa ramai orang yang dah berkerja suruh saya sambung belajar selagi mampu sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Tak bestkah alam kerja ni? Mengapa mereka nasihatkan macam tu? Kalau nak cakap kurang duit, tak mungkinlah. Mereka ada duit, kereta, rumah dan yang paling bestnya, dah mampu berkahwin!
Persoalan tu selalu saya fikirkan. Sampai kadang pelik kenapa orang yang dah berduit dan berjawatan pun boleh keluarkan nasihat macam tu. Akhirnya, terjawab sudah persoalan tu bila saya sendiri mengalami pengalaman berkerja.
Orang baru praktikallah kan, tentulah bersemangat. Sehari… ok, dua hari… ok. Tapi bila masuk hari ketiga, ada semacam satu perasaan yang buatkan saya rasa nak belajar seumur hidup, tak mahu berkerja.
Sebab-sebab mengapa saya rasa begitu mungkin akan dicoretkan lain kali. Entri ini sebenarnya merupakan satu pemberitahuan tentang produk yang baru dilancarkan oleh rakan seuniversiti saya yang juga merupakan seorang usahawan internet muda. Read the rest of this entry »



