Posts Tagged ‘Facebook’
Paypal Untuk Pembayaran Facebook Ads
Facebook dilaporkan akan menggunakan Paypal sebagai salah satu daripada sistem pembayaran yang akan digunakan bagi menyewa ruangan Facebook Ads mereka.
Dua syarikat gergasi maya dunia ini, Facebook dan Paypal, telah bersepakat untuk mewujudkan kerjasama dua hala serta hubungan strategik bagi membolehkan pengiklan di seluruh dunia mendapatkan kredit facebook ads menerusi pembayaran yang dibuat dengan Paypal.
Read the rest of this entry »
Mengukur Populariti Di Facebook ?
Facebook merupakan laman sosial yang boleh dikatakan paling digemari pengguna internet dewasa ini. Namun, signifikankah dakwaan yang mengatakan bahawa populariti facebook akan menyebabkan ia mendominasi world wide web?
Bukti baru-baru ini menunjukkan bahawa facebook telahpun menduduki tangga kedua ranking alexa yang sebelum ini dipegang oleh Yahoo! . Kini Yahoo! pula berada di tangga ketiga. Tidak mustahil suatu hari nanti, Google pula akan turun takhta ke tangga yang kedua.
Apa yang saya nampak dari situasi ini adalah, internet marketer di Malaysia usah mengambil mudah dengan gelombang yang dihasilkan oleh facebook. Iaitu tidak mengambil peluang memasarkan dan mengembangkan perniagaan anda melalui facebook. Baca artikel berikut jika anda ingin mengetahui cara-cara mengiklan di facebook.
Popularkah anda di facebook ?
Tahukah anda bahawa kini anda boleh mengetahui betapa popularnya anda di facebook? Bagi seorang internet marketer, mengetahui populariti diri di facebook akan turut membantu anda memotivasikan diri seterusnya meningkatkan pengaruh anda di kalangan rakan yang lain.

Dengan menggunakan facebook grader. Anda kini boleh mengetahui populariti dan kedudukan anda di facebook. Setelah saya mencuba aplikasi ini, populariti saya hanyalah 65% sahaja. Agak sedikit dan memerlukan usaha yang lebih banyak untuk meningkatkannya.hoho. Bagaimana pula dengan anda ?
Mengapa Anda Perlu Mengiklan Di Facebook
Pemasaran adalah antara perkara terpenting yang perlu ada dalam setiap perniagaan. Tanpa pemasaran, anda seolah-olah menandatangai waran kematian untuk bisnes anda. Begitu penting pemasaran dalam bisnes bukan ?
Katakanlah anda mempunyai produk yang berpotensi untuk digilai oleh orang ramai, atau anda mempunyai produk yang berkualiti tinggi, namun jika tiada proses pemasaran berlaku di dalam perniagaan anda, bisnes anda tidak akan bertahan lama. Anda mahu percaya atau tidak, terpulang. Inilah hakikatnya.
Mungkin juga ramai yang telah mengetahui kepentingan pemasaran dalam bisnes mereka, namun tidak ramai yang tahu di manakah sumber atau lubuk pemasaran yang berkesan dan dalam pada masa yang sama, mengenakan kos yang murah terhadap bisnes mereka.
Jadi, artikel saya kali ini akan menceritakan kelebihan-kelebihan yang akan diperolehi apabila anda mengiklan di salah satu laman web sosial yang popular iaitu facebook.
Kelebihan Mengiklan Di Facebook
- Facebook merupakan tempat 200 juta umat manusia berkumpul. Jadi anda mempunyai capaian pemasaran yang amat luas. Bayangkan, dengan kuantiti seramai ini, adakah pemasaran di facebook tidak berkesan bagi anda ?
- Ketepatan – Jika anda mengiklan di facebook, anda boleh menentukan target iklan anda. Target iklan anda boleh ditentukan berdasarkan umur, jantina, lokasi, kegemaran dan lain-lain lagi. Jaringan yang luas di facebook ini bermula daripada remaja kepada mereka yang telah berumur.
- Kos untuk mengiklankan perniagaan anda di facebook bersifat fleksibel. Anda boleh menentukan bajet anda, kemudian menjejaki progress iklan anda dan kemudiannya lakukan perubahan untuk memaksimakan keuntungan anda.
- Langkah-langkah untuk mengiklan di Facebook juga agak mudah. Dengan hanya 5 langkah, anda boleh menyiarkan iklan anda kepada kumpulan target yang anda inginkan.>>get started<<
Panduan Mengiklan Di Facebook
Memasarkan produk anda di facebook sebenarnya boleh membawa keuntungan yang berlipat kali ganda kepada anda, sekiranya anda mengetahui langkah-langkah yang betul. Antara perkara yang amat penting untuk anda ketahui adalah teknik-teknik melakukan penjimatan kos mengiklan di facebook seboleh mungkin.
Sungguhpun mengiklan di facebook boleh dikatakan menjimatkan, akan tetapi terdapat satu sumber lagi yang boleh mengajar anda langkah-langkah rahsia melakukan penjimatan sebanyak RM 3,300 dalam usaha mengiklankan perniagaan anda di facebook.
Panduan ini dinamakan sebagai panduan FBA dan ianya dihasilkan oleh saudara Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Richie Ridzuan. Anda boleh dapatkan informasi selanjutnya dengan melayari website ini.
Secara dasarnya, panduan ini akan menjelaskan kepada anda teknik rahsia bagaimana anda boleh melakukan penjimatan sehingga RM 3,300 ketika anda mahu mengiklan di facebook. Pada saya, teknik ini merupakan satu teknik yang unik dan hanya segelintir sahaja usahawan internet yang tahu akan kewujudan teknik ini.
Jika anda mahu mengiklan di facebook, saya sarankan anda mendapatkan panduan FBA ini kerana isinya yang padat dan straight to the point. Tidak ramai yang mengetahui hal ini dan jika anda berjaya menguasai teknik rahsia daripada panduan FBA ini, anda kini berupaya untuk menyelamatkan perniagaan anda.


