Posts Tagged ‘Cendawan Tiram’
Usahawan Cendawan & Keuntungan Besar
Baru-baru ini, saya terbaca satu keratan akhbar daripada Berita Harian bertarikh 3 Januari 2009 yang menyiarkan tentang peluang menjana pendapatan lumayan berasaskan pertanian iaitu melalui penanaman cendawan.
Apa yang saya lihat, penanaman cendawan ini merupakan satu perniagaan yang memerlukan kos yang rendah iaitu sebanyak RM200 sahaja. Akan tetapi, usahawan-usahawan cendawan yang bergiat di dalam industri ini mampu menghasilkan pulangan yang lumayan dan berpanjangan.
Sebagai contoh, harga sekilogram cendawan tiram boleh mencecah RM15 di pasaran Malaysia. Manakala satu bongkah cendawan pula dapat menghasilkan RM1.40 secara purata setiap hari. Bayangkan jika anda sebagai usahawan cendawan memiliki 100 bongkah cendawan, maka pendapatan harian anda boleh mencecah sebanyak RM140. Dan selama sebulan, anda mampu menjana RM4,200. Bagaimana, lumayan bukan ?
Mengapa Anda Harus Memilih Menjadi Usahawan Cendawan?
- KOS RENDAH – Anda boleh memulakan perniagaan cendawan dengan kos serendah RM200.
- KEUNTUNGAN LUMAYAN – Harga sekilogram cendawan tiram ialah RM10-RM15. Dalam sebulan anda dapat menjana RM2000 jika anda mempunyai 50 bongkah cendawan.
- PERMINTAAN TINGGI – Anda dapat menjual cendawan dengan mudah kerana permintaannya yang tinggi.
- RISIKO RENDAH – Mengusahakan penanaman cendawan tidak berisiko tinggi kerana ia mudah dijaga dan tidak mudah dijangkiti perosak. Cendawan tumbuh dengan segar setiap hari.
Jika anda merupakan seorang graduan yang masih mencari pekerjaan, mengapa harus berdiam diri dan membuang masa di rumah? Bukankah baik jika anda memulakan perniagaan anda sendiri ? Kerajaan sendiri menggalakkan semua orang menceburi bidang keusahawanan pertanian. Jadi inilah masanya, bina kerjaya dengan pertanian terutamanya dengan menjadi usahawan cendawan ini.



