Rahsia SEO Dan Keyword – Siri 2
Dalam siri pertama artikel ini, saya telah mendedahkan beberapa tip permulaan bagaimana menghasilkan keyword yang mampu meletakkan blog anda di laman utama enjin carian. Jadi, dalam siri ke-2 ini, saya akan berkongsi pula jumlah keyword@kata kunci yang perlu diletakkan di dalam artikel anda agar artikel tersebut digemari oleh Google serta enjin carian lain.
Sebelum itu, satu tip yang ingin saya kongsikan dengan anda adalah, anda tidak perlu meletakkan kata kunci yang terlalu banyak di dalam artikel anda. Jika anda menggunakan terlalu banyak kata kunci di dalam sesebuah artikel, artikel anda boleh dicop sebagai artikel tiruan manakala blog anda boleh di salah tafsir sebagai laman SPAM.
Keyword Density Penentu Jumlah Keyword
Adakah anda pernah mendengar istilah keyword density? Keyword density merujuk kepada ketumpatan atau jumlah kata kunci yang digunakan di dalam sesebuah artikel sebagai satu langkah menjadikan artikel tersebut mesra SEO.
Keyword density ini ditakrifkan sebagai jumlah kata kunci per jumlah keseluruhan perkataan di dalam artikel anda dan kemudiannya didarabkan dengan 100.
Sebagai contoh, anda telah menghasilkan artikel yang mengandungi 200 patah perkataan(tidak termasuk kod HTML yang anda gunakan), dan anda menggunakan kata kunci sebanyak 5 kali di dalam artikel tersebut. Jadi, untuk mengetahui ketumpatan kata kunci yang anda gunakan, bahagikan 5 dengan 200 = 0.025. Disebabkan keyword density ini dalam bentuk peratus, maka 0.025 x 100 = 2.5%
Piawaian yang diterima bagi menjadikan kata kunci anda mesra enjin carian adalah dalam lingkungan 3% hingga 5%. Sewajarnya anda tidak melebihi nilai ini atau kurang daripadanya. Perkara ini perlu anda titik beratkan jika anda inginkan keistimewaan daripada Encik Google.
Anda boleh memeriksa ketumpatan kata kunci di dalam artikel anda dengan menggunakan software microsoft word, word perfect atau open office.
Analisis Artikel 4 Cara Buat Duit Dengan Facebook
Jika kita mengambil statistik pelawat yang membaca artikel 4 Cara Buat Duit Dengan Facebook bermula 5 Januari 2010 sehingga 20 Februari 2010, kita akan memperoleh bacaan sebanyak 1154 ke atas artikel ini.
Secara purata, sebanyak 24 orang pengguna internet yang berminat untuk membuat duit dengan facebook akan membaca artikel ini setiap hari.
Artikel ini tidak pernah saya promosikan di mana-mana blog atau forum kerana saya hanya menggunakan teknik SEO ke atas artikel ini. Justeru, boleh dikatakan 99% pengunjung yang membaca artikel ini datangnya daripada enjin carian seperti Google dan Yahoo.
Saya harap anda dapat mengaplikasikan apa yang telah saya dedahkan ke atas blog anda selepas ini. Nasihat saya, usah khuatir untuk melakukan kesilapan kerana kesilapan itu merupakan batu loncatan ke arah kejayaan.
Semoga berjaya





OOO itu maksudnya keyword density, saya faham selama ni, sebanyak kita masukkan keyword, lagi bagus untuk trafik. tq 4 info
Betul tu, cuma jangan lebih daripada 5% keyword density. Satu lagi tip adalah, komen pada artikel juga boleh mengubah keyword density artikel yang dihasilkan.
(Ni rahsia besar ni)
Nice info. Mungkin info ini akan memberi ilmu kepada Alan untuk manarik traffic. Terima kasih .
Sama-sama Alan, semoga berjaya dalam usaha tersebut.
thanks for sharing taiko
orang yang berkata tu taiko juga tu
oh baru tau pasal keyword density tu..thanks..byk info dalam blog ni..maybe leh membantu impian saya untuk keja dari rumah in the future
Saya akan cuba untuk berkongsi lebih lagi. Jemputlah datang lagi ya Fitri.