Rahsia SEO Dan Keyword – Siri 1

teknik-seo-untuk-blog-wordpressDalam artikel kali ini, saya terpanggil untuk menulis berkenaan keyword(kata kunci). Mungkin ada di kalangan kita yang sudah mengetahui kepentingan keyword. Namun, ada sesetengah blogger yang masih lagi belum mengetahui kepentingan keyword terhadap blog yang mereka miliki.

Justeru, harapan saya ketika artikel ini ditulis dan dipaparkan di blog GSC adalah, sahabat serta pelawat dapat mengetahui serta mengaplikasikan penggunaan keyword yang betul di laman web masing-masing.

Mengapa kita perlukan keyword ?

Dalam erti kata mudah, setiap blog atau laman web memerlukan pengunjung. Pengunjung blog adalah trafik, dan trafik menyumbang kepada pendapatan blogger tersebut. Jadi, pengunjung merupakan antara aset terpenting bagi sesebuah blog. Tanpa pengunjung, blog boleh mati.

Saya ingin bertanya kembali, sekiranya anda mempunyai peluang untuk membawa pengunjung ke blog anda ? Cara manakah yang anda suka ? Adakah anda mahukan pengunjung yang datang dari blog lain ? Dari forum ? Dari facebook ? Atau pengunjung yang datang dari enjin carian seperti Google dan Yahoo ?

Jika anda mahukan pengunjung yang kebanyakannya datang daripada enjin carian maka penggunaan keyword yang sesuai amat penting. Ini kerana pengunjung yang mencari sesuatu di internet akan menaip soalan atau frasa yang mempunyai kata kunci di dalamnya.

Jika anda bijak menggunakan keyword@kata kunci di dalam artikel anda, maka blog anda berkemungkinan besar akan tersenarai di muka utama keputusan enjin carian!

Perlukah Jampi Dalam Menghasilkan Keyword Yang Mantap ?

Oh, tiada jampi atau serapah serta kepeercayaan karut lain yang digunakan. Yang penting anda memerlukan teknik yang betul dalam menghasilkan keyword yang sesuai dengan blog anda. Cuba fikirkan semula tema blog anda ? Kuih ? Kek ? Golf ? Motosikal ? Apa pun tajuk dan tema blog anda, anda perlu menyelaraskan apa yang anda hasilkan di blog dengan selera bakal pengunjung blog anda.

Saya tidak pasti apa yang dilakukan oleh otai-otai internet lain untuk mendapatkan keyword yang bagus bagi blog mereka, akan tetapi saya mempunyai rahsia tersendiri, dan rahsia ini akan saya bocorkan dalam artikel ini secara PERCUMA. Ya, percuma sahaja.

Pertama, saya akan membayangkan apa yang selalu ditaip oleh penguna internet apabila mereka menaip sesuatu di enjin carian. Sebagai contoh, sebelum saya menulis artikel 4 Cara Buat Duit Dengan Facebook, saya memikirkan, adakah penguna interent benar-benar boleh buat duit dengan facebook ?

Jadi, keyword yang muncul di fikiran saya ketika itu adalah pengguna internet akan menaip di Google atau Yahoo frasa “cara buat duit dengan facebook”. Setelah membuat sedikit analisis, saya memperoleh kepastian bahawa keyword “cara buat duit dengan facebook” itu tadi memang dicari oleh pengguna internet.

Kedua, apabila saya yakin keyword ini akan ditaip di Google atau di enjin carian lain, saya mula menggunakan keyword “cara buat duit dengan facebook” ini di dalam artikel saya. Bukan hanya satu atau dua kali kata kunci ini saya gunakan, tetapi saya gunakan kata kunci ini berkali-kali.

Berkenaan jumlah kata kunci yang sesuai digunakan di dalam sesebuah artikel, saya akan nyatakan dalam siri yang akan datang. Saya sarankan agar anda subscribe blog GSC ini agar setiap artikel yang dihasilkan akan terus dihantar ke email anda(tanpa pencabulan hak asasi email anda).

Related Posts with Thumbnails

23 Responses to “Rahsia SEO Dan Keyword – Siri 1”

Leave a Reply

Produk Gaji Sendiri
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Jurukomen Paling Mantap
Komuniti
Gaji Sendiri di Facebook