10 Faktor Anda Gagal Dalam Temuduga
Alam pelajaran sudahpun tamat dan kini menyusul pula alam pekerjaan. Sedikit demi sedikit, perjalanan hidup anda mula berubah dan menjadi semakin panjang. Petandanya adalah anda dan ramai graduan lain akan memulakan satu perlumbaan mencari kerjaya idaman.
Namun, dalam setiap persaingan, pasti ada golongan yang menang dan golongan yang kalah. Begitu juga halnya dalam perlumbaan mencari pekerjaan. Siapa yang mempunyai kelayakan yang cukup di mata majikan, dialah yang menang. Itu satu lumrah. Tidak boleh dikesampingkan. Jom baca lagi »
Facebook Mania: Buat RM10K di Facebook
Rakan saya, Ammar Zahar baru sahaja mendedahkan rahsia bagaimana beliau buat RM10,000 di facebook baru-baru ini. Apa yang pasti, beliau bukanlah menggunakan teknik scam seperti teknik login facebook dapat RM100 tu.
Apa yang Ammar gunakan adalah teknik pemasaran produk seperti biasa, tapi menggunakan facebook sebagai medium. Facebook merupakan satu medium yang bagus untuk pemasaran. Itu adalah fakta.
Teknik-teknik ini boleh diaplikasikan oleh semua orang yang menggunakan facebook. Budak kecil pun boleh guna teknik yang Ammar tunjukkan. Jom baca lagi »
Pengalaman Manis Muncul di Berita Harian
Antara pengalaman yang mungkin orang ramai idam-idamkan adalah muncul di akhbar arus perdana bukan? Saya boleh dikatakan bernasib baik sebab dapat peluang macam ini pada akhir tahun lepas ketika menjadi penganjur satu program berbentuk charity di UIAM Kuantan.
Saya mendapat ilham membuat entri ini ketika sedang mengemaskini gambar-gambar di facebook. Tak tahu kenapa gambar chart dan graf pai boleh wujud dalam profile saya. Adakah facebook hack akaun saya ? Oh! Sebelum tu, reporter yang tengah saya salam tu lelaki, bukan perempuan. Jom baca lagi »
Kita Kembali Kepada Asas Affiliate
Beberapa hari yang lepas, saya berbual-bual dengan dua orang rakan saya yang menaruh minat untuk menjana pendapatan di internet. Sebelum ini mereka tidak tahu yang saya sebenarnya usahawan internet. Ini kerana, saya masih mengekalkan ciri ‘bawah tanah‘ yang saya praktikkan sebelum ini. Bukan apa, masih banyak lagi yang perlu saya timba di bawah tanah ni sebelum naik ke ‘permukaan‘ dan bertemu dengan rakan-rakan IM yang lain.
Nak dijadikan cerita, mereka berdua telah bersemangat untuk menjana pendapatan di internet ni. Sampai telah buka akaun bank. Cuma bila segalanya telah siap dan mereka telah berada di depan laptop, mereka tidak tahu dari mana hendak bermula! Jom baca lagi »
Sumber Logo Percuma
Entri kali ini akan mendedahkan satu sumber untuk anda dapatkan logo-logo yang eksklusif dan terbaik untuk anda gunakan di dalam bisnes anda. Logo-logo ini boleh anda miliki secara percuma.
Mungkin ada yang tercari-cari sumber untuk menghasilkan logo bagi blog, website, laman e-dagang, laman sosial dan lain-lain keperluan yang menyebabkan anda inginkan logo percuma tanpa mengeluarkan bayaran yang agak mahal. Jom baca lagi »
Tips Buat Pengusaha Makanan…Baca Ini
“Nuar, jom ke warung Makcik Timah (bukan nama sebenar)” ajak seorang rakan yang tak mahu makan tengahari seorang diri. Tengahari tu agak panas dan siapa yang agak waras takkan mahu berjemur lama.
“Jauh la, makan kat dalam kampus ok dah kot…” keluh saya. Namun disebabkan kerana kawan yang sorang ni tak berenti mengajak dan tempat yang di tuju tu special sikit. Saya pun tak sampai hati nak tolak pelawaannya( tapi sebenarnya tak nak miss ke warung Makcik Timah).
Jom baca lagi »



