Rahsia Pelawat Yang Ramai ke Blog
Sebelum ni, saya pelik mengapa ramai orang yang dah berkerja suruh saya sambung belajar selagi mampu sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Tak bestkah alam kerja ni? Mengapa mereka nasihatkan macam tu? Kalau nak cakap kurang duit, tak mungkinlah. Mereka ada duit, kereta, rumah dan yang paling bestnya, dah mampu berkahwin!
Persoalan tu selalu saya fikirkan. Sampai kadang pelik kenapa orang yang dah berduit dan berjawatan pun boleh keluarkan nasihat macam tu. Akhirnya, terjawab sudah persoalan tu bila saya sendiri mengalami pengalaman berkerja.
Orang baru praktikallah kan, tentulah bersemangat. Sehari… ok, dua hari… ok. Tapi bila masuk hari ketiga, ada semacam satu perasaan yang buatkan saya rasa nak belajar seumur hidup, tak mahu berkerja.
Sebab-sebab mengapa saya rasa begitu mungkin akan dicoretkan lain kali. Entri ini sebenarnya merupakan satu pemberitahuan tentang produk yang baru dilancarkan oleh rakan seuniversiti saya yang juga merupakan seorang usahawan internet muda. Jom baca lagi »
RM20 Untuk Ayah
Saya masukkan entri kali ini ke dalam blog GSC sebagai satu renungan kepada diri saya sendiri serta sahabat-sahabat yang akan mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Walaupun jealous dengan mereka, tapi masa saya belum sampai lagi.
Jadi kepada sahabat-sahabat yang akan mendirikan rumah tangga, atau yang telah berumahtangga, terimalah entri ini seadanya.
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah…..
Anak: Ayah…ayah. . boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm….nak tanya apa?
Anak: Ayah…berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Jom baca lagi »
Asas Pendaftaran Program Affiliate
Salam sejahtera kepada sahabat-sahabat yang mengunjungi blog ini. Dalam entri kali ini, insyaAllah, saya akan tunjukkan asas pendaftaran program affiliate jika anda berminat menjana pendapatan di internet menerusi teknik ini. Program affiliate merupakan program termudah untuk anda jana pendapatan di internet, secara tetap atau part time.
Sebelum itu, saya nak terangkan serba sedikit tentang program affiliate yang bakal anda sertai. Jika ada program affiliate yang memerlukan bayaran ketika proses pendaftaran berlaku, besar kemungkinan program affiliate itu adalah program scam. Jangan daftar sekiranya program affiliate tersebut minta wang daripada anda. Ini nasihat daripada saya. Jom baca lagi »
Walking With The Wise Entrepreneur
Alhamdulillah, saya baru tiba di rumah semalam dan ketika menulis entri ini, baru sahaja bersarapan dengan nasi beringin.
Kalau nak tahu keenakan nasi beringin, jemputlah datang ke Muar. Selain dari mee bandung, anda boleh try nasi beringin.

Dalam entri lepas, saya dah tulis tentang buku Walking With The Wise Entrepreneur yang dihantar oleh Patric Chan ke rumah. Jadi dalam entri kali ni, mungkin anda boleh lihat sikit gambar-gambar buku ni yang dah saya snap. Bukan mudah nak dapat buku percuma bernilai RM59.
Jom baca lagi »
Komisyen Dan Buku Dah Sampai Rumah
Petang semalam, abah saya call. Saya ingat ada informasi penting. Rupa-rupanya cuma nak beritahu yang satu kiriman berbentuk buku dah tiba di rumah saya dengan selamat. Tajuk buku tersebut ialah “Walking With the Wise Entrepreneur” hasil tulisan Patric Chan.
Puas saya fikir, siapa la yang hantar buku tu. Kemudian baru tersedar tentang email yang dihantar oleh team support daripada Patric Chan. Buku tersebut diberikan kepada setiap rakan affiliate beliau yang menjadi top ten dalam satu cabaran affiliate beliau.
Saya juga ada tanya abah tentang cek. Ada tak cek disertakan sekali dengan buku tu. Abah kata ada. Alhamdulillah. Jom baca lagi »
Teknik Mudah Affiliate: Sure Berkesan?
Berikut adalah serba sedikit mengenai Ebook Teknik Mudah Affiliate yang baru sahaja dilancarkan oleh saudara SmartZul dari SmartUsaha.com.
Ia berkaitan dengan teknik viral menggunakan ebook. Walau semua orang tahu teknik ini, namun dengan teknik ini, ada trik tersendiri untuk memastikan produk affiliate yang dipromosikan PERLU dibeli. Formula TMA adalah:
Di mana X dan Y perlu ________. Semuanya akan didedahkan di dalam ebook TMA. Produk sebenar yang dipromosikan oleh saudara SmartZul akan didedahkan di dalam ebook TMA. Tiada rahsia atau sekadar teori kosong. Jom baca lagi »



