Harga Petrol dan Gula Naik Lagi

Assalamualaikum WBT, sedang saya sibuk menyiapkan produk digital keluaran Gaji Sendiri Dot Com, tiba-tiba terdengar pula desas desus yang mengatakan bahawa harga Petrol akan naik tak lama lagi. Saya ingatkan ianya hanya satu sangkaan, namun akhirnya ia betul-betul berlaku.

Namun apa yang menariknya, kita tak dengarpun akhbar-akhbar arus perdana mengumumkan petrol dan gula mengalami kenaikan harga. Apa yang diumumkan adalah sekadar istilah “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

Mengapa mereka tidak menggunakan istilah “harga barang naik” lagi ? Mungkin kerana kerajaan telah mengambil iktibar bahawa jika mereka menggunakan istilah barang naik, rakyat akan berpaling daripada kerajaan. Ini satu kemungkinan. Tidak kurang juga mereka ingin menyedapkan hati rakyat Malaysia. Oh! Jom baca lagi »

Remaja Yang Berjiwa dan Bergaji Besar

mininiagaSemalam, saya telahpun menghabiskan 10 minggu praktikal yang sangat mendatangkan kesan kepada diri saya. :) Macam-macam perkara dan asam garam dunia pekerjaan telah saya lalui. Tapi mesti “macam burung pipit dan merak” kalau nak dibandingkan dengan mereka yang dah bekerja selama setengah abad. Tabik spring saya pada mereka. Cukup sabar dan kental demi mencari sesuap nasi untuk santapan seisi keluarga.

Sebut tentang alam pekerjaan ini, saya juga telah menziarah sekumpulan remaja yang berjiwa besar dalam perniagaan internet. Mereka boleh dikatakan sebagai jaguh dalam dunia IM dan taukey mereka hanyalah seorang remaja yang baru nak mencecah umur puluh. :) Memang berbisa mereka ni. Jom baca lagi »

Solusi Kepada Laman Web Idaman Anda

penyedia-domain-dan-domain-terbaik-malaysiaAssalamualaikum WBT. Apa khabar pembaca dan pelawat GSC sekalian? Saya harap kita semua memulakan hari pertama pada minggu ini dengan set minda yang positif dan berkeyakinan tinggi.

Budak-budak sekolah pun sudah mulakan hari persekolahan mereka selepas 2 minggu bercuti. Mesti kawasan-kawasan sekitar sekolah sibuk dgn ibu-bapa yang menghantar anak masing-masing. Terasa rindu pula nak ke sekolah lama saya.

Kita kembali kepada isi utama entri kali ini. Baru-baru ini saya memerlukan satu domain name baru dan hosting untuk tujuan produk baru yang akan saya lancarkan nanti.

Jadi saya merujuk kembali kepada penyedia domain name dan hosting saya iaitu netKL untuk urusan pembelian domain name baru. Jom baca lagi »

Produk Pertama GajiSendiri ?

Assalamualaikum WBT. Salam hormat kepada rakan-rakan serta pengunjung blog ini. World Cup sudahpun tiba. jadi mana satu pasukan pilihan anda ? :) Saya cenderung ke arah pasukan Brazil. Tapi tak fanatik mana. Walaubagaimanapun, gol pasukan Brazil tempoh hari memang agak cun. :)

Antara sebab saya jarang update blog ini adalah disebabkan saya kini sedang menghasilkan satu produk informasi. Produk ini sedang dalam fasa-fasa akhir yang mana saya sedang lakukan sedikit touch-up dan akan mendirikan website tidak berapa lama lagi. Jom baca lagi »

Kawan, Jangan Tertipu Di Internet

penipuan-di-internetFuh, agak ‘berhabuk’ juga blog gaji sendiri ini. Dah lama saya tak update memandangkan saya sedang praktikal buat masa ini. Nasib baik ia hanyalah praktikal semata. Tak lah terlalu rindukan subjek-subjek di universiti sangat. Sebab saya masih ada setahun lagi untuk menjadi mahasiswa ijazah pertama. :)

Apa khabar sahabat-sahabat serta pelawat blog ini ? Saya harap anda semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Untuk entri kali ini, saya ingin sentuh sedikit tentang penipuan di internet serta beberapa tip yang boleh kita gunakan untuk mengesan penipuan ini seterusnya mengelakkan diri kita daripada menjadi mangsa skim-skim cepat kaya, Ponzi, Hype serta piramid yang semakin berleluasa di internet, kini. Jom baca lagi »

Saya Masih Seorang Pembaca

read lion

Bila kawan-kawan bersiap-siap untuk ke tempat kerja, saya hanya tersenyum. Cuti juga aku hari ni. :) Jadi, azam saya adalah untuk fokus pada projek panduan rahsia yang sedang saya majukan sekarang ni, disamping tak menjejaskan keperluan lain yang turut sama penting. :)

Saya masih membaca. Benar, walaupun sudah bergelar usahawan internet, membaca pada saya masih merupakan satu keperluan. Tabiat ini merupakan satu sumber yang dapat menguatkan kefahaman dan mengurangkan kelompongan pengetahuan. Jom baca lagi »

Produk Gaji Sendiri
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Jurukomen Paling Mantap
Komuniti
Gaji Sendiri di Facebook