4 Cara Buat Duit Dengan Facebook

4-cara-buat-duit-dengan-facebookSaya rasa tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah & tahun 2010 Masihi kepada para pelawat weblog GSC. Apakah azam anda untuk tahun baru ini ? Saya harap pelawat blog Gaji Sendiri ini mempunyai azam yang hebat-hebat belaka serta berada dalam keadaan sihat walafiat untuk merealisasikan azam tahun baru anda.

Artikel saya kali ini masih lagi bertunjangkan kepada facebook. Namun bukanlah menerangkan apa itu facebook atau fungsi facebook, tetapi lebih kepada bagaimana anda boleh buat duit dengan facebook.

Terdapat beberapa cara untuk anda buat duit dengan facebook. Saya telah coretkan serba sedikit senarai ringkas 4 cara untuk anda buat duit dengan facebook untuk tahun baru 2010 ini.
Read the rest of this entry »

6 Cara Mudah Menguasai Bahasa Inggeris

6_cara_mudah_menguasai_bahasa_inggerisBahasa Inggeris merupakan bahasa yang jika dilihat dari sudut sejarahnya, merupakan Bahasa Jerman timur yang diperkaya di England ketika era Anglo-Saxon. Ketika di dalam kelas Bahasa Melayu untuk pelajar sains, saya difahamkan bahawa Lingua Franca bagi orang-orang barat sekitar sebelum kurun ke-18 adalah Bahasa Perancis.

Bahasa Inggeris hanya tersebar luas selepas Inggeris melakukan perluasan empayar, yang mana Malaysia juga termasuk ke dalam wilayah yang dijajah oleh Inggeris. Ini mengakibatkan pertukaran sedikit demi sedikit Lingua Franca di wilayah-wilayah ini termasuklah Malaysia.
Read the rest of this entry »

9 Tip Membuat Pelawat Kembali Ke Blog Anda

teknik_menjana_trafik_ke_blogTrafik merupakan nadi kepada sesebuah blog atau laman web. Sekiranya anda mampu menjana trafik, berkemungkinan besar anda mampu menjana pendapatan dengan blog anda. Dalam banyak-banyak kaedah menjana trafik, terdapat satu kaedah yang agak mudah untuk diaplikasikan iaitu trafik yang dijana melalui pelawat yang kembali ke blog anda.

Namun, bagaimanakah caranya? Di dalam artikel ini, saya akan berkongsi dengan anda 9 tip menjadikan pelawat yang telah hadir ke blog anda sebelum ini, hadir semula atau jika lebih bernasib baik, memberikan respon kepada tulisan-tulisan yang telah dihasilkan.
Read the rest of this entry »

Pengalaman Manis Buat Duit Di Internet ?

(Artikel ini merupakan olahan semula newsletter panduan 13 cara buat duit di internet)

Saya telah ditanya oleh ramai pembaca panduan 13 cara pendapatan internet tentang cara buat duit di internet, dan saya masih ingat lagi antara soalan yang popular adalah seperti “Anwar, bagaimanakah caranya untuk saya menjana pendapatan di internet? saya dah perhatikan agak lama dan dah lawati blog anda, tapi saya masih tak tahu cara nak bermula.”

Soalan di atas adalah seperti yang ditanya kepada saya, tentang bagaimana hendak bermula. Dan saya rasa mungkin ada di kalangan pembaca yang mempunyai persoalan yang sama. Tentang bagaimana hendak bermula dan kemudiannya menjana pendapatan di internet.

ecover

Tahukah anda bahawa saya menjana pendapatan internet yang pertama dengan menyertai affiliate? Ketika itu, saya memasarkan produk keluaran Cikgu Azleen (rakan JV saya) tentang tuisyen Bahasa Inggeris Online.

Mula-mula, saya sekadar suka-suka letakkan link beliau di blog saya, kemudian saya rasa perlunya capaian yang baik untuk produk ini lalu saya hasilkan sendiri banner dan buat satu artikel berkenaan dengan kepentingan mempelajari bahasa inggeris.

Satu hari, semasa saya periksa akaun email,saya dapati terdapat satu email daripada maybank. Dengan semangat ingin tahu, saya buka email tersebut dan mendapati Cikgu Azleen telah mendepositkan RM84 ke dalam akaun Maybank saya hasil daripada usaha mempromosikan tuisyen online beliau. Adakah anda tahu perasaan saya ketika itu ? Memang sangat seronok.

Jadi, apa kaitan cerita ini dengan isu di atas ? Saya sebenarnya ingin menunjukkan bahawa antara jalan mudah menjana pendapatan di internet ini adalah dengan menyertai affiliate. Mungkin anda kurang bersetuju, tapi inilah cara yang saya anggap paling mudah dan paling cepat. Dan ia meninggalkan kenangan yang manis buat saya dalam bidang ini.

bukti pendapatan internet

Dua Jenis Jalan Dalam Pemasaran Affiliate

Pada saya, untuk menjana pendapatan di internet,hanya ada dua jalan yang wujud, iaitu jalan cepat dan jalan lambat. Jalan cepat dan lambat ini masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan ke atas satu sama lain.

Jika anda memilih jalan lambat, anda dapat mengumpul pengalaman demi pengalaman. Memang banyak yang dapat anda kumpulkan sendiri. Ramai yang telah berjaya. Namun kekurangannya adalah anda terpaksa menggunakan ‘try and error’ untuk mendapat pengalaman tersebut. Jika tersilap langkah, anda boleh mengalami kerugian beribu-ribu ringgit dengan tiada jualan yang terhasil. Ramai juga yang mempunyai nasib sebegini.

Berkenaan dengan jalan cepat pula, anda akan mendapat ilmu dengan cepat dan mampu untuk menjana pendapatan dengan pantas. Ini bergantung kepada teknik dan strategi yang ditunjukkan. Maksudnya, anda akan mendapat tunjuk ajar secara direct daripada mereka yang telah berjaya dalam menjana pendapatan di internet ini.

Namun anda tersilap memilih mentor, anda tidak akan dibimbing dengan sempurna, kerana minat mereka bukan kepada ilmu yang diberikan, tetapi wang ringgit anda. Justeru, dalam memilih mentor yang akan mengajar anda, pilihlah dengan cermat dan usah terburu-buru dalam proses pemilihan yang anda jalankan.

Sudahkah Blog Anda Diindeks Oleh Bing ?

Assalamualaikum dan salam muhibbah. Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi sedikit teknik bersama-sama dengan pengunjung Gaji Sendiri tentang bagaimana blog anda boleh diindeks oleh Bing dan apakah perkara-perkara yang perlu dititikberatkan dalam membina link yang berkualiti dan disukai oleh Bing.

Walaupun tidak tersenarai di muka depan Bing, apa yang penting adalah, blog anda telah diindeks… Bak kata orang-orang tua “Kayuh tu perlahan-lahan tidak mengapa, lambat laun kita akan sampai juga”. Sebelum itu, kita perlu kenal dulu apa itu bing.

Apa itu Bing?

Bing(Kumo) merupakan enjin carian yang dimiliki oleh Microsoft dan merupakan satu penjenamaan semula enjin carian Microsoft, Live Search. Antara perubahan paling dramatik yang dilihat pada Bing adalah nama yang ditukar dari Live Search, latarbelakang yang boleh bertukar, dan kemampuan untuk menjadi enjin carian yang bersifat “decision maker”. Ini merupakan antara kelebihan-kelebihan Bing yang diwar-warkan oleh Microsoft.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa dengan melabur 80 juta Dollar Amerika bagi memasarkan Bing, Microsoft seolah-olah ingin mengalahkan Google. Perkara ini tidak benar kerana logiknya, Bing bukanlah satu nama yang dilihat mampu untuk menggugat kredibiliti Google. Akan tetapi, Bing juga bukanlah satu nama yang terlalu buruk untuk dibiarkan begitu sahaja tanpa memberi manfaat kepada blogger dan webmaster (baca: saya dan anda).

Cara Untuk Submit Url Blog Anda Ke Bing

Anda hanya perlu layari http://www.bing.com/webmaster dan kemudian pilih bahagian “Drive More Traffic”. Kemudian pilih Submit’s Your Site Url dan anda akan diminta untuk memasukkan kod sekuriti bersama-sama dengan url blog anda.

good SEO at bing

Tip Agar Blog Anda Cepat Diindeks Oleh Bing

Apa yang blog anda perlukan agar ia cepat diindeks oleh Bing? Menurut pakar SEO daripada iCrossing Search David Shapiro, walaupun algorithm antara Google dan Bing berlainan sama sekali, kedua-duanya tetap memerlukan link yang berkualiti, link yang relevan serta kandungan blog yang unik (tidak mengamalkan plagiarism) supaya dapat diindeks dengan cepat.

Sekiranya anda telah mengoptimisasi blog anda di Live Search sebelum ini, anda tidak perlu khuatir kerana fungsi Bing tidaklah berbeza berbanding Live Search. Tambahan pula, enjin carian ini juga masih menggunakan MSNbot sebagai spider yang akan mengindeks blog anda.

Berikut merupakan sedikit tip yang disyorkan oleh Rick DeJarnette dari Bing Webmaster Center sekiranya anda inginkan ranking yang baik di enjin carian Bing.

Perkara-perkara yang ditegah:

  1. Kehadiran inbound link yang muncul secara banyak dan mendadak.
  2. Inbound link datang daripada komen-komen yang tidak relevan atau laman yang tiada kaitan.
  3. Menggunakan hidden link di dalam blog anda.
  4. Mendapat inbound link daripada penyedia link berbayar(link farm).
  5. Link anda ditemui di laman web yang mengamalkan spam.

Perkara-perkara yang disarankan:

  1. Bangunkan laman anda dengan jenama tertentu, dan konsisten dengan jenama tersebut.
  2. Pastikan blog anda mendapat perhatian daripada blogger, reviewer serta pakar dalam bidang yang anda ceburi.
  3. Hasilkan artikel yang pendek tetapi berinformasi.
  4. Hantar artikel berkualiti yang mengandungi link blog anda ke direktori-direktori artikel.
  5. Sertai perbincangan-perbincangan online di blog atau forum dan letak link ke blog secara profesional.
  6. Gunakan laman sosial sebagai sumber link ke laman anda.
  7. Gunakan newsletter sebagai pengumuman artikel atau berita baru di blog anda.

Pada masa yang sama, DeJarnette juga mengingatkan bahawa membina link ke blog sendiri bukanlah satu perkara yang boleh diselesaikan dalam satu malam sahaja. Sebaliknya, ia memerlukan komitmen dan anda perlukan sedikit masa dan kreativiti untuk merealisasikannya.

apa itu bing ?

Mengukur Populariti Di Facebook ?

Facebook merupakan laman sosial yang boleh dikatakan paling digemari pengguna internet dewasa ini. Namun, signifikankah dakwaan yang mengatakan bahawa populariti facebook akan menyebabkan ia mendominasi world wide web?

Bukti baru-baru ini menunjukkan bahawa facebook telahpun menduduki tangga kedua ranking alexa yang sebelum ini dipegang oleh Yahoo! . Kini Yahoo! pula berada di tangga ketiga. Tidak mustahil suatu hari nanti, Google pula akan turun takhta ke tangga yang kedua.

Apa yang saya nampak dari situasi ini adalah, internet marketer di Malaysia usah mengambil mudah dengan gelombang yang dihasilkan oleh facebook. Iaitu tidak mengambil peluang memasarkan dan mengembangkan perniagaan anda melalui facebook. Baca artikel berikut jika anda ingin mengetahui cara-cara mengiklan di facebook.

Popularkah anda di facebook ?

Tahukah anda bahawa kini anda boleh mengetahui betapa popularnya anda di facebook? Bagi seorang internet marketer, mengetahui populariti diri di facebook akan turut membantu anda memotivasikan diri seterusnya meningkatkan pengaruh anda di kalangan rakan yang lain.

facebook grader

Dengan menggunakan facebook grader. Anda kini boleh mengetahui populariti dan kedudukan anda di facebook. Setelah saya mencuba aplikasi ini, populariti saya hanyalah 65% sahaja. Agak sedikit dan memerlukan usaha yang lebih banyak untuk meningkatkannya.hoho. Bagaimana pula dengan anda ?

Coretan Tahun Pertama Gaji Sendiri

Saya mencoretkan post ini kerana ingin mengumumkan bahawa semalam baru sahaja genap setahun blog Gaji Sendiri ini didirikan. Dalam setahun ini, Gaji Sendiri telah banyak memainkan peranan yang besar dalam karier saya sebagai internet marketer dan semoga blog yang berkonsepkan cari duit di internet ini dapat saya gunakan lagi pada masa hadapan sebagai satu wacana perkongsian idea, pengalaman serta tip-tip keusahawanan internet yang lebih banyak dari tahun sebelumnya.

Terima kasih juga kepada NetKL network di atas servis yang cekap dan amat memuaskan hati. Dalam tahun pertama bersama-sama dengan netKL, Alhamdulillah. Saya belum pernah lagi berdepan dengan kesukaran berurusan dengan mereka. Sokongan dan bantuan kepada pelanggan juga cepat dan mengikut pengalaman saya selama setahun ini, NetKL menguruskan segala transaksi yang dilakukan tidak sampai 10 minit. Walaupun pernah ada sedikit ketirisan ketika mereka hendak menaik taraf sistem, mereka cepat belajar dari kesilapan dan tidak membiarkan perkara yang sama berulang kembali.

Hari ini saya akan pulang ke kampung di Johor setelah beberapa hari bekerja di Kuantan sebagai IM. Universiti tempat saya menadah ilmu pula kini sedang bercuti dan jika tiada aral melintang, saya akan kembali bertugas sebagai seorang pelajar sepenuh masa dalam jurusan bioperubatan bermula 7 Disember ini bagi menyambung pengajian untuk semester ke 6. Walaupun subjeknya kurang sedikit, tetapi subjek-subjek ini telah menjadi lebih spesifik dan seorang pelajar itu perlu meneroka jauh lebih dalam untuk menguasainya. Namun, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Informasi selanjutnya berkenaan dengan diri saya boleh anda temui di sini. Umum mungkin tidak mengetahui bahawa saya sebenarnya merupakan seorang daripada ahli Majlis Perwakilan Pelajar di universiti saya dengan memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua 1. Mungkin ini boleh dijadikan hujah mengapa Gaji Sendiri kurang aktif sebelum ini. Menjadi seorang pelajar, internet marketer serta pemimpin pelajar dalam satu jangka waktu yang sama mencabar saya dari sudut pengurusan waktu dan pemikiran. Namun pengalaman ini tetap berguna kerana saya telah banyak belajar mengutamakan hak dan tanggungjawab yang wajib ditunaikan, juga dapat mengetahui sejauh mana kapasiti diri saya .

Sampai di sini dahulu coretan saya pada pagi ini, dan saya harap dengan blog Gaji Sendiri, saya dapat menghasilkan sesuatu yang lebih bermakna dan lebih berfaedah pada masa hadapan. Sebelum saya terlupa, ingin saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada pelawat dan subscriber saya yang beragama Islam. Semoga kita dapat mengambil ibrah (pengajaran) dari peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dalam membina iman dan jati diri yang mapan. Walaupun keinginan untuk mengetahui cara buat duit di internet berkobar-kobar dalam diri kita, sewajarnya kita meniti sesuatu jalan itu dengan berhati-hati dan lebih berwaspada. Kita berjumpa lagi dalam artikel yang akan datang.

Wassalam,

6 Perisian Wajib Usahawan Internet

Menjadi seorang usahawan internet, bermakna kerjaya anda tidak dapat lari dari menggunakan software, script serta peralatan-peralatan lain yang dianggap sebagai ‘nyawa’ perniagaan anda. Perkakasan yang diperlukan perlu menepati kualiti yang telah ditetapkan agar perniagaan tidak terjejas dek kerana gangguan dalam sistem yang boleh menyebabkan seseorang usahawan internet itu kerugian beratus malah beribu-ribu ringgit – hanya disebabkan oleh sedikit kekacauan.

Alternatif yang selalu diguna pakai oleh usahawan internet baru adalah perkakasan-perkakasan percuma yang boleh ditemui di internet. Namun, percuma bukanlah satu mimpi indah bagi mereka yang belum melihat sisi hitamnya.

Satu nasihat saya berkenaan dengan perisian percuma ini adalah, anda perlu berhati-hati dan berwaspada dengan diskripsi berkenaan perisian tersebut. Terkadang, perisian percuma ini mempunyai agenda tersembunyi dan beberapa kesan yang boleh memburukkan lagi keadaan seperti serangan virus, trojan serta spyware.

Selepas saya memberitahu anda sisi negatif perisian percuma ini. Saya harap anda tidak mempunyai perspektif bahawa kesemua perisian percuma untuk usahawan internet bersifat begitu. Terdapat banyak lagi perisian percuma di internet yang amat berguna.

Perisian-perisian ini boleh membantu anda menjadikan perniagaan anda lebih ’sticky’, mempunyai interface yang mesra pengguna, memindahkan data-data ke server, membina laman web, menjejaki katakunci yang berguna, mencari rakan niaga yang berpotensi dan sebagainya.

1. FileZilla


Bagi usahawan internet yang memiliki blog atau website dot com sendiri, memindahkan data-data ke server mungkin menjadi satu perkara mustahil sekiranya tiada perisian File Transfer Protocol (FTP). Spesifiknya lagi, filezilla ini merupakan satu perisian percuma yang tidak memerlukan sebarang bayaran untuk digunakan dan anda bebas untuk mendownloadnya di laman web software ini.

Terdapat banyak lagi software FTP seperti CoreFTP, SmartFTP dan GoFTP. Fungsi mereka sama dengan FileZilla, cuma kelebihan FileZilla ini adalah disebabkan oleh interfacenya yang mudah untuk digunakan, menyokong banyak bahasa dan menyokong fungsi ‘drag&drop’.

2. Alexa Toolbar


Alexa menyediakan toolbar percuma yang boleh dimuat turun dan toolbar ini akan dipaparkan di browser anda semasa anda melayari internet. Toolbar daripada Alexa boleh dikategorikan sebagai toolbar paling penting bagi usahawan yang bergiat dalam perniagaan internet.

Kehebatan toolbar ini terletak pada fungsi “site info”nya di mana sekiranya anda menekan butang ini, Alexa akan menyenaraikan bermacam-macam informasi berkaitan laman web yang anda layari ketika itu seperti:

  1. Ranking trafik laman web tersebut
  2. Link-link yang berkaitan dengan website tersebut(related link)
  3. Bilangan laman web yang mempunyai link laman tersebut
  4. Butiran mengenai tuan punya laman web tersebut

Informasi seperti inilah yang amat diperlukan oleh usahawan internet kerana dengan informasi sebegini, anda boleh menentukan mana satu laman web atau blog yang mempunyai trafik tinggi seterusnya bertukar-tukar link dengan blog tersebut atau anda menjadikan mereka rakan niaga dalam penghasilan produk baru anda.

The List Of Related Links yang terdapat pada toolbar Alexa membolehkan anda mengetahui lain-lain laman web yang mempunyai persamaan dengan laman web anda. Mulakan dengan mengisi url website anda dan lihat cadangan yang dikemukakan oleh Alexa kemudiannya.

3. HTML Editor

Bagi usahawan internet yang menjalankan perniagaan menggunakan laman web e-commerce sendiri, HTML editor seperti NVU & Compozer merupakan perisian yang amat penting serta percuma. Ciri-ciri antara keduanya tidak jauh berbeza dan anda boleh menggunakan mana-mana satu antara dua software ini.

Saya sendiri menggunakan Kompozer sebagai HTML Editor bersama-sama dengan PSPad yang juga merupakan HTML Editor. Namun, PSPad lebih tertumpu kepada kerja-kerja pengubahsuaian file PHP dan selalunya digunakan oleh mereka yang telah advance di dalam dunia perniagaan internet. Anda juga boleh menggunakannya sekiranya anda mahu.

NVU serta Kompozer merupakan dua perisian HTML Editor yang bersifat WYSIWYG (What You See Is What You Get), sama seperti Microsoft Front Page – tetapi percuma. Apa yang dimaksudkan dengan WYSIWYG ? WYSIWYG adalah kebolehan untuk anda melihat preview hasil website yang anda sedang hasilkan walaupun anda masih lagi dalam proses membina laman web anda. PSPad pula tidak mempunyai fungsi WYSIWYG.

4. Kajian Pasaran

Jika anda ingin membina sebuah perniagaan online yang berjaya, anda perlu melakukan banyak kajian sama ada untuk mengintai pesaing anda, mengetahui pasaran yang sesuai serta memikirkan produk yang akan dihasilkan. Proses ini tentunya memakan masa yang banyak. Berita baiknya adalah, dengan Toolbar daripada Google, anda dapat melakukan perkara-perkara yang disebutkan tadi dengan cepat serta lebih produktif.

Sekiranya anda berminat dengan Toolbar ini, pastikan sebelum anda memuat turun, anda telah menandakan konfigurasi “Enable Advance Features“. Ini dilakukan agar anda memperolehi semua kriteria berguna daripada toolbar ini. Antara kriteria yang boleh dikatakan penting pada toolbar ini adalah Google Groups Search, Web Directory dan Search Froogle.

Selepas anda menggunakan perisian ini, anda akan tahu mengapa ia menjadi aset kepada perniagaan online anda. Bukan sahaja kerana semua ciri-ciri unik yang terdapat pada toolbar ini, ia juga mampu mengurangkan masa anda membuat kajian dan membolehkan anda menumpukan usaha kepada proses penghasilan produk baru.

5. Perisian Katakunci

Dengan perisian seperti yang terdapat pada Wordtracker Lab, anda kini berupaya untuk menjejaki soalan-soalan popular yang ditanya oleh mereka yang melayari internet. Sebagai contoh, sekiranya bidang anda berkenaan dengan golf, maka anda dapat mengenal pasti jenis-jenis soalan yang dilontarkan oleh peminat golf.

Kemudian, tugas anda adalah masukkan soalan-soalan yang ditanya tadi ke dalam artikel anda dan secara automatik, ia akan menjadi katakunci yang berharga bagi menjana trafik ke laman web anda. Ingat, trafik itu adalah bakal pembeli dan jika betul cara yang anda tetapkan di laman web anda, anda akan memperoleh pendapatan yang lumayan.

6. Marketing Calculator

Sekiranya anda membuat pemasaran e-mail kepada prospek anda, anda boleh menentukan ROI (return on investment) dengan menggunakan perisian hebat dan percuma iaitu Marketing Today’s ROI Calculator. Dengan perisian ini, anda dapat mengetahui berapakah jumlah pulangan anda berdasarkan kepada jumlah mailing list anda, kos program yang anda sertai, response rate, conversion rate serta purata komisyen per jualan.

Cara yang paling tepat untuk menggunakan kalkulator ini ialah dengan menggunakan kadar respon (kadar prospek yang respon terhadap email anda) yang anda perolehi ketika anda menghantar e-mail sebelum ini. Sekiranya anda tidak mengetahui kadar respon sebelum ini, anda boleh masukkan sebarang nilai yang anda rasakan munasabah bagi anda.

Sekiranya anda meletakkan nilai yang terlalu rendah, kemungkinan besar keputusannya adalah anda boleh menjana wang dengan banyak. Sekiranya terlalu tinggi, ini boleh mengakibatkan anda mengeluarkan lebih banyak banyak wang daripada pendapatan anda.

Pendapat Anda?

Adakah 6 perisian percuma yang saya nyatakan ini membantu anda ? Jika anda rasa membantu, letakkan komen anda dibawah agar saya tahu apa pula pandangan anda berkenaan dengan free internet marketing tools ini. Sehingga berjumpa lagi.

Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.

Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Tags
Komuniti
Trafik
Small Business Blogs - Blog Catalog Blog Directory