Langganan

Mengapa Saya Perlu Melanggan Artikel ?

Sekiranya anda melanggan artikel di blog GajiSendiri.com, secara automatik anda akan mendapat artikel dan berita baru yang mana artikel dan berita ini akan dihantar terus ke dalam e-mail anda. Proses ini akan memudahkan anda, kerana anda tidak perlu untuk melawati blog ini setiap kali artikel atau berita baru diterbitkan.

Faedah daripada proses langganan ini adalah, anda dapat menjimatkan banyak masa dan tenaga kerana setiap artikel dan berita yang diterbitkan oleh kami akan dihantar terus kepada anda; secara percuma. Apa yang perlu anda lakukan adalah membacanya pada waktu lapang atau bila-bila masa yang anda sukai.

    Terdapat dua cara untuk anda melanggan GajiSendiri:

  1. Langganan Menerusi RSS Feed: Artikel baru akan dihantar ke Feed Reader.
  2. Langganan Menerusi E-mail: Kemaskini terbaru akan dihantar terus ke dalam e-mail anda.

Apa Itu ‘RSS Feed Reader’ dan Bagaimana Saya Boleh Menggunakannya?

RSS Feed Reader merupakan satu aplikasi yang membolehkan anda mengetahui perkembangan terbaru blog atau laman web yang anda temui (baca:sukai) semasa anda melayari internet.

Apabila anda melanggan blog atau laman web pilihan anda, RSS Feed Reader akan menerokai laman web tersebut untuk mencari artikel atau berita baru. Sekiranya terdapat isi-isi yang baru diterbitkan daripada laman web tersebut, ia akan dipaparkan di dalam RSS Feed Reader itu sendiri.

Bolehkah Saya Bermula Sekarang ?

Sudah tentu boleh. Berikut merupakan beberapa langkah mudah untuk anda mula melanggan Gaji Sendiri melalui RSS Feed Reader.

  1. Layari laman web yang menawarkan aplikasi Feed Reader ini seperti:
  2. Selesai ? Baiklah, datang semula ke laman web ini dan klik pada link ini.
  3. Anda kini selesai! Jangan lupa untuk memeriksa RSS Feed Reader anda setiap hari sekiranya terdapat arikel dan berita terbaru berkenaan perniagaan internet diterbitkan.

Semua artikel terbaru Gaji Sendiri akan dipamerkan oleh RSS Feed Reader anda. Jika anda mahu, anda juga boleh melanggan laman web lain yang anda minati melalui RSS Feed Reader.

Bolehkah Saya Melanggan Melalui E-mail ?

Sudah tentu. Ia bukanlah satu masalah. Sekiranya anda inginkan Gaji Sendiri menghantar berita terbaru ke dalam email anda, anda boleh klik pada link ini dan gambar seperti di bawah ini akan dihasilkan:

feedburner_gajisendiri

Letakkan e-mail anda yang sah. Sekiranya anda tidak meletakkan e-mail anda yang sah, anda tidak akan dapat melanggan artikel dan berita daripada Gaji Sendiri. Jangan khuatir sekiranya anda mendapat mesej error selepas memasukkan kata laluan yang diberikan. Perkara ini kerap kali berlaku.

Selepas anda melihat notifikasi seperti di bawah, buka e-mail anda untuk mengesahkan langganan anda. Jikalau kita lihat di sini, penghantar email tersebut adalah Feed Burner Email Subscription.

feedburner_gajisendiri_2

Anda akan menerima hanya satu E-mail setiap hari, walaupun pada hari tersebut terdapat 6 kali artikel atau berita baru diterbitkan oleh Gaji Sendiri. Bermaksud, sekiranya Gaji Sendiri menerbitkan 2 artikel pada hari tersebut, anda tetap hanya menerima satu e-mail. Anda juga tidak akan menerima e-mail sekiranya tiada artikel baru diterbitkan.

Langganan melalui email ini disediakan oleh feedburner dan anda boleh memberhentikan langganan daripada Gaji Sendiri dengan hanya satu klik. Jadi tidak usah risau sekiranya anda tidak mahu lagi menerima langganan e-mail daripada kami.

Perlu diingatkan bahawa e-mail anda tidak akan didedahkan sama sekali oleh Gaji Sendiri kepada pihak ketiga yang memungkinkan anda dihujani mesej SPAM. Gaji Sendiri percaya bahawa privasi e-mail tersebut adalah hak anda. Jadi, gunakan e-mail yang selalu anda gunakan untuk mendapat artikel dan berita berkenaan perniagaan internet daripada gajisendiri.com

Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.

Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Tags
Komuniti
Trafik
Small Business Blogs - Blog Catalog Blog Directory