4 Cara Buat Duit Dengan Facebook
Saya rasa tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah & tahun 2010 Masihi kepada para pelawat weblog GSC. Apakah azam anda untuk tahun baru ini ? Saya harap pelawat blog Gaji Sendiri ini mempunyai azam yang hebat-hebat belaka serta berada dalam keadaan sihat walafiat untuk merealisasikan azam tahun baru anda.
Artikel saya kali ini masih lagi bertunjangkan kepada facebook. Namun bukanlah menerangkan apa itu facebook atau fungsi facebook, tetapi lebih kepada bagaimana anda boleh buat duit dengan facebook.
Terdapat beberapa cara untuk anda buat duit dengan facebook. Saya telah coretkan serba sedikit senarai ringkas 4 cara untuk anda buat duit dengan facebook untuk tahun baru 2010 ini.
Cara #1: Pengiklanan di Facebook
Cara buat duit dengan facebook yang pertama ialah dengan memasarkan produk anda atau produk usahawan lain di ruangan iklan facebook. Penerangan lanjut berkenaan dengan teknik pertama buat duit dengan facebook ini boleh diperolehi dalam panduan yang dihasilkan oleh saudara Jamal. Panduan ini secara terasnya menerangkan bagaimana anda boleh buat duit dengan hanya menyertai program affiliate di internet.
Cara #2: Memajukan Aplikasi Di Facebook
Bagi cara yang kedua pula, anda boleh buat duit dengan facebook melalui pembinaan aplikasi. Ia mungkin merupakan satu sumber pendapatan secara tidak langsung. Caranya ialah melalui kontrak yang diikat dengan pihak ketiga.
Pada saya, mungkin cara ini belum lagi popular dikalangan rakyat Malaysia. Namun, untuk beberapa tahun yang akan datang, tidak mustahil akan lahir developers yang akan memajukan aplikasi untuk rakyat Malaysia pula.
Cara #3: Menjual Produk Sendiri
Anda boleh menjual produk yang telah anda hasilkan, di facebook. Produk yang anda jual boleh jadi produk digital atau produk fizikal. Sebagai contoh, anda boleh menjual buku-buku terpakai kepada rakan anda di facebook. Aplikasi yang boleh digunakan bagi menjalankan proses jual beli buku-buku terpakai ini adalah CampusBooks.
Cara #4: Micro-Payment
Anda boleh menjual sebarang servis anda di facebook kemudiannya menerima wang dengan menggunakan aplikasi micropayment seperti Paypal. Servis yang saya maksudkan di sini adalah aplikasi yang telah anda bina untuk dimuatkan di facebook.
Aplikasi yang boleh anda jual bergantung kepada fungsi, saiz dan prospek yang akan menggunakannya. Sebagai contoh, aplikasi yang menawarkan ebook premium yang memerlukan pendaftaran keahlian sebanyak RM 2 sebulan.
Secara tuntasnya, kebanyakan daripada cara buat duit dengan facebook di atas belum lagi popular di kalangan usahawan internet tempatan. Sekiranya anda mampu untuk melakukan sedikit kajian dan menjadi antara mereka yang terawal meneroka arena ini di Malaysia, berkemungkinan besar anda mampu untuk menjana pendapatan yang lumayan dengan facebook. Semoga berjaya!
Related posts:



Bagus blog entry saudara, semoga dapat memajukan dan membudayakan sifat ushawan melayu islam khasnya
kudos!
Terima kasih saudara Jebat. Semoga anda juga mendapat manfaat daripada entry ini.
ingat lagi tak tajuk ‘Login Facebook Dapat RM100′??sebenarnya semuanya tu mengarut..saya dah terkena…kalau nak duit,login mana-manapun dapat duit,yg penting usaha….jangan terpedaya & berhati-hatilah kerana anda perlu bayar RM100 setiap bulan (mungkin itu maksudnya Infinity kot?…En. Anwar/sesiapa ada komen pasal nie??
Saya belum pernah dengar, cuma memang sejak akhir2 ni ramai yang search utk buat duit dengan facebook ni. Memang perlu berhati-hati ni. Setakat ni, ni shj cara yang saya rasa paling munasabah.
p/s: kalau betul boleh login je dapat duit, memang la sy pun akan join juga.
macam peniaga internet spt En. Anwar saya dah tak kisah pasal mmg terbukti keberjayaannya (boleh guna ke..hehehe……) pasal nama dah popular…yang sakit ati skit pasal orang yang kaut untung atas angin,guna ayat ‘cair’ sikit,dah termakan pujuk….Buatla Mailing List,lagi mudah dapat pelanggan..betul tak En. Anwar??
sori,teremosi sikit bab duit ni…
cuba tgk kamus ada tak maksud keberjayaan tu.hehe. Pada saya, jauh lagi perjalanan untuk kata yang saya ni dah berjaya. Sy cuma berusaha, Allah tentukan rezekinya. Ni pun, ad projek yang belum dpt digerakkan sepenuhnya. Target boleh lancar dalam bulan 5-6 ni. Tp kena banyak berusahalah (nasihat kpd diri sendiri).