Free

Baiklah, tidak perlu saya berbicara panjang berkenaan dengan panduan yang saya hasilkan ini. Apabila melihat pada tajuk panduan ini, saya pasti anda sudah tahu bahawa panduan ini berkaitan dengan jenis-jenis pendapatan internet yang telah diperolehi oleh ramai usahawan internet separuh masa (seperti saya) dan usahawan-usahawan internet sepenuh masa yang lain.
Secara jujurnya, saya tidak pernah mencuba keseluruhan 13 cara pendapatan internet yang saya coretkan dalam buku ini. Akan tetapi, saya telah berjaya menjana pendapatan dengan beberapa cara yang saya kongsikan. Itu sudah cukup baik bukan ?
Setelah lama memerhatikan dan melakukan kajian, akhirnya saya berjaya mengumpulkan 13 cara bagaimana pengguna internet boleh menjana pendapatan di internet dan tidak mustahil, ia boleh berkembang menjadi 14 cara, 17 cara mahupun 22 cara. Setakat ini 13 sahaja cara-cara menjana pendapatan di internet yang mana sebahagian kecilnya merupakan pengalaman saya sendiri manakala sebahagian besarnya merupakan hasil pemerhatian terhadap usahawan-usahawan internet lain yang telah berjaya.
Saya amat berbesar hati sekiranya anda ingin mengetahui isi kandungan panduan yang telah saya hasilkan dan saya harap anda mendapat banyak ilmu dari usaha saya yang tidak seberapa ini.
Komen Anda
Setelah anda membaca panduan ini, saya harap anda dapat mencoretkan sedikit pendapat anda di bahagian komen. Dengan pendapat bernas daripada anda, saya akan dapat mengemaskini apa jua informasi di dalam panduan ini dari semasa ke semasa, seterusnya menjadikan panduan ini bermanfaat kepada mereka yang akan membacanya nanti.
Pengulas Produk
Salam Sejahtera juga buat Anwar Yasin. Saya Ucapkan beribu2 terima kasih atas buku panduan 13 cara pendapatan melalui Internet, memang sangat luar biasa dan saya tertarik sekali karena setelah membacanya saya langsung ada semangat untuk mengikuti cara yang Anwar Yasin lakukan. Sebelumnya saya juga dapat buku panduan, tetapi berbeda dengan yang bung Anwar Yasin kirimkan, karena selain Gratis panduan tersebut juag mengajarkan langkah2 dan tahapan yang harus dilalui bagi seorang Internet Maketer, selain itu harus banyak latihan dan harus bikin blog yang banyak suapya hasil pemasarannya juga banyak.. Sebelumnya saya memang jarang sekali menulis apalagi membuat blog/website, berkat masukan dari Anwar saya akan kembangkan menjadi usaha yang luar biasa… Tolong di kasih masukan nya, setelah 13 panduan, kirimkan artikel lain yang tentu bermanfaat buat saya yang baru belajar. balasannya saya tunggu. Terima kasih. Wahid Khusaini, Diterima pada 15/12/2008.
Terima kasih atas panduan 13 ara pendapatan internet. Ianya amat membantu saya yang teramatlah baru dalam IT ini. Sebagai seorang yang hanya ada latarbelakang accountant,memang saya perlu bermula dengan zero. Sekarang,saya masih dalam proses menyiapkan blog sendiri. Memang banyak perlu dipelajari dan difahami. Pening juga nak fahamkan.Lebih2 lagi cara apply kod dari adsense to blog. Sedikit keliru. Tapi setiap hari saya akan baca & aplikasikan untuk siapkanblog yg simple sprt di blogger.com. Memandangkan saya dah 6 bulan menganggur, memang saya amat serius untuk teruskan menjadi blogger dari rumah.Saya juga sedang mencari orang yang boleh mengajar saya buat blog,webdesign & siap ‘setting’ kan semua.Pratical awalpun amat penting bagi menjadikan semuanya difahami dan dapat dipraktikkan dengan betul. Amat berharap Anwar Yassin dapat memberi tunjuk ajar & tips keepada saya akan datang. Namun, panduan yang diberikan akan sentiasa dijadikan rujukan saya. Elle, Diterima pada 30/3/2009.
Newbie kini bertuah dengan adanya ebook ini kerana dalam masa yang singkat saja sudah boleh mengetahui 13 cara buat duit dari internet. Apa yang perlu dilakukan hanyalah memilih apa yang sesuai dengan diri. Ebook ni memang sesuai untuk mereka yang baru nak berjinak dengan bidang cari duit dari internet. Penerangan jelas dan bahasa mudah difahami. Kasimo, www.kasimo69.com
Hari ni aku nak review sedikit mengenai “Laporan Percuma 13 Cara Pendapatan Internet ” hasil karya saudara Anwar.Penggunaan bahasanya yang mudah dan menarik menjadikan aku enjoyed dan terus membaca walaupun Laporan Percuma ini setebal 93 mukasurat.Hohoho..Tentu banyak topik yang dikupasnya.Secara peribadinya, banyak teknik dan pendedahan yang aku pelajari dari laporan percuma ni.Ianya dibahagikan kepada 13 bahagian dan diselitkan beberapa sumber penting untuk rujukan usahawan internet.Yang menariknya kebanyakan pendedahannya adalah melibatkan teknik yang tidak memerlukan modal. Hisyam Abdullah Tawadi, www.shamxo.com
Setelah saya membaca dan menelaah buku elektronik (ebook) yang dikarang oleh saudara Anwar Yassin yang bertajuk 13 Cara Pendapatan Internet ternyata bahawa cara, teknik dan kaedah untuk menjana pendapatan di internet ini amat mudah untuk dipratikkan oleh sesiapa saja khususnya bagi para pengguna internet di Malaysia ini. Terima kasih buat saudara Anwar Yassin kerana telah mengarang dan memberi sebuah ebook secara PERCUMA yang isi kandungan amat mudah untuk difahami dan dipratikkan. Panduan ini sangat-sangatlah berguna khususnya untuk pengguna-pengguna internet di Malaysia yang berkeinginan untuk menjana pendapatan hanya melalui internet. Mohd Abdul Halim, www.mohdabdhalim.com
Laporan padat yang berinformasi ini menceritakan tentang 13 cara pendapatan internet yang diperkenalkan oleh saudara Nuarx(Anwar Yassin) adalah sangat berguna pada newbie atau mereka yang telah buntu untuk mencari pendapatan diinternet. Walau bagaimanapun tidak ada bukti bahawa penulis mendapat pendapatan daripada 13 cara pendapatan internet itu. Ini kerana beliau tidak langsung tunjuk apa-apa statement atau bukti bayaran diakaun maybank atau Paypal dalam laporan padat itu. Namun, beliau menceritakan 13 cara itu dengan teori yang baik. Aku sendiri sudah mencuba hampir kesemua 13 cara itu sebelum ini. Dan memang terbukti cara-cara tersebut memang boleh menambah pendapatan. Jadi, jika kau orang buntu, laporan ini mungkin membantu. Walaupun ianya hanya teori, tetapi ianya memberikan point-point utama yang perlu kita titikberatkan. Jika penulis menambah bukti, aku boleh kata laporan ini sepatutnya dijual. Titanium Hijau, www.earncent.com/blog





informasi memang sangat padat, berguna dan banyak membantu. cara-cara yang diberikan juga dapat difahami dengan mudah kerana disertakan dengan contoh yang berkaitan.
Informasi ini banyak membantu saya untuk melihat masa depan saya dalam dunia perniagaan online. Penggunaan bahasa sangat mudah dan senang difahami. Harapan saya, semoga saya dapat bergerak maju dalam dunia perniagaan online dan berjaya menjadi jutawan dalam masa 2 tahun dari sekarang. Inilah bidang yang ingin saya ceburi dan ini jugalah bidang yang ingin saya majukan untuk mencari erti kemewahan dalam hidup bergantung terus kepada online atau perniagaan melalui internet. Saya juga berharap supaya lebih ramai orang yang akan dapat keuntungan hasil pembacaan mereka ke atas ebook tersebut.
ya, boleh membantu dlm mempromosikan programme affiliate ads4bucks yg sy ceburi skrg. Walau sebagus mana pun artikelnya, sy sbg org baru dlm bidang internet banking ini, masih perlukan Q&A session. Wassalam.
saya dah download.info yg bagus.
saye suke buku 13 care pdptn internet tu..bes die nye info..harap2 pasni bole la buat buku camtu lagi..=)
nice ebook.. as a newbie, ianya amat memudahkan saya lagi bagi mencari peluang perniagaan di internet.. :-D
panduan penting untuk newbie mcm saye!
salam bro anwar…saya kirakan orang baru dalam dunia internet ni,walau apapun saya amat berterima kasih kepada saudara anwar.banyak ilmu yang sy dapat.tentang pengunaan bahasa bagi saya ok.dan saya nak tanya,jika saya ada produk baru rasa2 boleh tak saudara anwar tunjuk ajar..kalau ada le…apa2 pun semoga sukses selalu. 8-) 8-)
Faktor yang saya selalu ikut untuk bisnes adalah faktor 3M iaitu Murah, Mudah & Menarik! Tetapi Sdra Anwar beri lagi tawaran yang hebat PERCUMA!
U tahu tak dengan informasi yang Percuma ini dalam sehari saya menjana S$500 dlr sebab saya adakan Ceramah mengenainya dengan Networking saya! Power! sebab saya caj S$50 untuk ceramah saya. Panduan ini bukan saja mudah untuk saya berikan penerangan tetapi senang difahami. So kalau jumpa nanti bolehlah saya Belanja Cik Anwar sebab ini rezeki datang dari keikhlasan Cik Anwar. Alhamdulillah.
Terima kasih atas laporan sdr Anwar yang amat-amat berguna itu. Ia pasti akan menjadi rujukan saya sampai bila-bila, malah ia amat baik kepada newbie seperti saya. Ia memang amat membantu dan saya memang amat berterima kasih. kalau sdr Anwar jual laporan tu memang akan menghasilkan wang tetapi sdr Anwar telah memberinya secara percuma. moga-moga manfaat yang diperolehi akan mendatangkan rahmat dan rezeki kepada sdr sekeluarga. Akhr sekali terima kasih banyak2. Saya aakn cuba manfaatkannya untuk diri saya.
Terima kasih.
saya dh download..sesuai utk para newbie..Tq tuan admin
Salam, menarik ebook ni. Saya rasa flagship blog dengan adsense paling baik utk menjana pendapatan, kemungkinan cara2 lain dalam ebook ini baik juga. Apa pun ebook ni, mudah difahami. Boleh terangkan mengenai flagship blog lagi?..hehe..Thanks in Advance
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd saudara Anwar Yassin kerana maklumat yg di beri saaaaangaaaat berguna untuk mereka yg ingin mencari pendapatan di internet. Tulisan beliau telah membuka mata saya dlm melihat peluang2 mendapat duit dr internet. Saya ni org yg baru nk berusaha cari duit di internet. Sebelum ni saya masuk forum sana sini nk cari maklumat utk cari duit di internet. Mmg banyak info tapi memeningkan kefala dan tak detail mcm dlm ebook ni. Kalu ada pun semuanya berbayar. Skang saya dah nampak peluang2 yg ada dan rasanya dah boleh nk start mencari duit dengan tips2 yg diberi saudara Anwar. Terima kasih sekali lagi kpd saudara Anwar Yassin kerana memberi ilmu yg sgt berguna ini. Saya tabik dua belah tangan kat saudara sebab sudi berkongsi ilmu yg anda miliki
terima kasih sbb bagi free..benda free semua orang suka..selamat maju jaya pada saudara anwar yasiin