Archive for the ‘Review’ Category
Review Lengkap Zero ke Hero
Dalam artikel kali ini, saya telah membuat sedikit ulasan berkenaan dengan produk Zero ke Hero yang dihasilkan oleh usahawan internet muda, saudara Ammar Zahar. Produk ini baru dilancarkan dan saya diberitahu bahawa jualan akan ditutup menjelang 500 unit.
Apapun, di dalam ulasan saya kali ini, saya bersikap terbuka dan mengulas berdasarkan apa yang saya telah pelajari dengan harapan agar ulasan ini dapat membantu memberikan gambaran ringkas berkenaan dengan produk baru ini. Semoga anda mendapat manfaatnya.
Bukan Lagi Teks
Untuk produk Zero to Hero ini, saudara Ammar tidak menggunakan surat jualan berbentuk teks. Mungkin beliau mempunyai alasan tersendiri mengapa video yang menjadi pilihan berbanding surat jualan biasa. Pada pandangan saya, menggunakan video bagi menggantikan surat jualan berbentuk teks adalah satu pilihan yang bijak dan saudara Ammar mungkin telah mengetahui keberkesanan kaedah ini.
Bukan hanya surat jualan yang menggunakan video sebagai medium komunikasi antara penjual dan pelanggan, sebaliknya saudara Ammar juga mencipta produk Zero ke Hero ini dalam bentuk video.
Keadaan ini mungkin disebabkan oleh isu pelanggan yang akan terlupa tentang kandungan sesuatu produk berbentuk teks. Akan tetapi, sekiranya mereka mendengar dan dalam pada masa yang sama membaca, ilmu-ilmu yang hendak disampaikan itu lebih mudah untuk dihadam dan diingati.
Mencari Modal
Dalam video pertama produk Zero to Hero ini, saudara Ammar menerangkan beberapa langkah untuk mencari modal bagi menjalankan bisnes di internet. Langkah-langkah ini adalah berdasarkan kepada case study diri beliau sendiri. Antara teknik-teknik yang pernah digunakan oleh Ammar adalah dengan menyertai affiliate dan menawarkan servis.
Di akhir video ini, saudara Ammar ada memperincikan lagi cara-cara beliau memasarkan servis beliau iaitu melalui pemasaran online serta offline. Beliau juga ada menerangkan langkah-langkah menjadi agen affiliate yang mampu melakukan jualan dengan berkesan. Pandangan saya adalah, anda perlu menonton part ini jika anda mahu menjadi agen affiliate yang berjaya seperti Ammar.
Branding & Dikenali Ramai Dalam Sekelip Mata
Dalam video ke-2, Ammar menerangkan cara-cara membina jenama bisnes sendiri dan menjadi terkenal dengan pantas. Ya, saya akui, Ammar Zahar sememangnya merupakan antara segelintir individu yang berjaya membina jenama dan menjadi terkenal dalam sekelip mata melalui produk-produk “cari duit di internet” beliau.
Ammar juga ada menerangkan 8 cara untuk membina jenama di internet, dan saya lihat kebanyakan teknik yang beliau gunakan telah digunapakai oleh usahawan-usahawan internet otai dan ternyata ia mendatangkan kesan yang positif.
Tidak dilupakan, Ammar mengetengahkan isu bahawa menemuramah usahawan internet yang telah berjaya merupakan salah satu daripada cara untuk usahawan internet baru membina nama dengan pantas. Persoalannya, bagaimana untuk menemuramah usahawan internet yang telah berjaya? Ammar telah sediakan 4 langkah yang perlu dilakukan oleh anda dalam video ini.
Rangkaian Senjata Rahsia
Networking, ataupun membina rangkaian dengan usahawan-usahawan lain adalah salah satu perkara penting dalam bisnes hari ini, termasuklah bisnes internet. Jadi, Ammar telah menerangkan beberapa teknik rahsia membina networking di dalam video ke-3 produk Zero to Hero ini.
Ammar ada menerangkan dengan panjang lebar dalam video ke-3 ini bagaimana anda boleh membina networking dan berkerjasama dengan usahawan internet berpengalaman. Antaranya, adalah membina networking melalui blog, facebook serta forum.
Secara keseluruhannya, video ke-3 adalah berkaitan dengan cara-cara membina networking di internet dengan memfokuskan blog, facebook dan forum sebagai senjata rahsia membina rangkaian perniagaan di internet.
Sebenarnya banyak lagi teknik-teknik yang boleh digunakan untuk membina networking ini. Akan tetapi, sebagai permulaan, saya kira apa yang Ammar terangkan sudah mencukupi.
Niche Berkesan, Perniagaan Terkesan
Dalam video ke-4, Ammar menjelaskan cara-cara mencari niche yang bernilai untuk memulakan bisnes perniagaan internet anda. Beliau terus kepada contoh yang begitu sinonim dengan Internet Marketer Malaysia iaitu Clickbank.
Ammar menerangkan bahawa untuk membuat produk anda sendiri, anda tidak perlu bersusah payah memikirkan produk apa yang hendak dijual. Sebaliknya, memadai dengan anda meninjau produk-produk yang laris pada masa kini, buat sedikit kajian berkenaan dengan produk tersebut, lakukan penambahbaikan dan jual produk tersebut.
Pada saya, ianya terpulang kepada individu yang ingin menjual produk tersebut. Jika individu tersebut telah mempunyai niche yang bernilai atau mampu untuk mencipta niche produk sendiri, teruskan sahaja. Akan tetapi, jika mereka mahu menjimatkan masa, teknik yang Ammar tunjukkan dalam video ke-4 ini boleh dipraktikkan.
Produk Siap Dalam 24 Jam
Video ke-5 menerangkan tentang bagaimana anda boleh menyiapkan produk anda dalam masa 24 jam atau kurang daripada itu. Untuk bahagian ini, Ammar membentangkan 5 langkah bagaimana sesebuah produk itu dapat disiapkan dalam masa 24 jam sahaja.
Bukan mudah untuk menyiapkan sesebuah produk itu dalam masa 24 jam atau kurang, tetapi jika anda mempraktikkan teknik Ammar dalam video ke-4 tadi, ada kemungkinan anda boleh menyiapkan produk ini dalam masa 24 jam sahaja.
Produk yang disiapkan juga perlu mempunyai nilai yang membolehkan ianya dijual. Jika anda yakin produk yang anda reka dalam masa 24 jam mempunyai nilai jualan, mungkin anda boleh praktikkan teknik Ammar ini. Tak salah jika mencuba, tetapi selalunya produk yang evergreen adalah produk yang dibina dengan teliti dan berhati-hati.
Otai Sinonim Dengan Pra-Pelancaran
Jika anda lihat, ramai usahawan internet yang telah otai ini akan membuat pra-pelancaran sebelum pelancaran sebenar. Jadi, dalam topik ke-6 Zero to Hero ini, Ammar membocorkan bagaimana pra-pelancaran sesuatu produk dapat menghasilkan jualan yang lebih tinggi dan keuntungan yang berlipat kali ganda berbanding produk yang tidak mempunyai pra-pelancaran.
Ramai orang menyangka proses pra-pelancaran ini merupakan satu aspek yang boleh diabaikan. Tetapi tidak bagi otai-otai internet lain seperti Dr.Irfan Khairi, Zamri Nanyan, Gobala Krishnan, Team Flarebiz ataupun Zulfadli Suddin. Mereka menganggap pra-pelancaran merupakan salah satu aspek terpenting sebelum produk mereka benar-benar dilancarkan.
Secara dasarnya, video ke-6 ini akan membincangkan tentang kepentingan Pra-pelancaran terutamanya bagi usahawan internet yang baru menceburkan diri dalam perniagaan internet.
Klik Tetikus Dapat Duit
Dalam video ke-7, saudara Ammar menunjukkan bagaimana dengan satu klik, anda akan mendapat pendapatan yang lumayan. Saya tidak boleh dedahkan mekanisme yang digunapakai, tetapi video ini pada awalnya menunjukkan kepentingan autoresponder seperti aweber atau getresponse dalam menjayakan konsep ini.
Ammar juga mendedahkan beberapa strategi yang digunakan oleh beliau agar agen-agen yang terlibat dalam menyebarkan produk yang beliau hasilkan bertindak dengan pantas dan cepat. Saya kira strategi yang beliau praktikkan ini wajar diikuti oleh semua.
Newbie Menjadi Hero
Dalam video yang ke-8 ini, Ammar menunjukkan cara bagaimana menjadi seorang yang kelihatan “pakar” walaupun anda masih newbie dalam penghasilan produk di internet. Ammar menggariskan beberapa isu seperti grafik produk anda serta kebolehan anda mengasaskan sesuatu yang baru sebagai simbol “kepakaran” anda.
Kesimpulan Review Zero ke Hero
Kesimpulan daripada review saya berkenaan dengan produk Zero ke Hero daripada saudara Ammar ini adalah produk ini sesuai untuk meningkatkan semangat golongan newbie yang masih ragu-ragu untuk mengorak langkah dalam dunia perniagaan internet hari ini.
Perkara lain yang wajar dititik beratkan adalah penyampaian dalam bentuk video yang saya kira berkesan dan mudah untuk diikuti oleh semua peringkat usahawan. Cuma, teks transkrip yang diberikan oleh Ammar terlalu padat dengan informasi dan mungkin boleh menyebabkan sedikit kekeliruan.
Produk Buat Duit Raya Dari Ammar
Dalam artikel ini, saya ingin ambil kesempatan untuk mereview report yang telah dihasilkan oleh saudara Ammar Zahar bertajuk 10 Cara Buat Duit Raya. Maklumlah, raya dah nak dekat. Jadi, kita perlu ada persiapan bukan saja untuk beraya, malah persiapan untuk dapatkan balik duit selepas banyak berhabis masa raya.
Dalam report dengan 45 mukasurat ini, banyak info langkah demi langkah yang telah ditunjukkan oleh Ammar tentang cara nak buat duit raya. Langkah-langkah tersebut mudah diikuti dan langsung tak perlu ada kemahiran pun.
Ada orang buat duit online. Yang itu memerlukan pengetahuan asas tentang komputer sedikit sebanyak. Tapi kali ni, Ammar Zahar tunjukkan 10 cara buat duit raya yang tak ada kaitan dengan online. Maksudnya, semua orang pun boleh lakukannya.
Ammar bukan saja mengupas teknik tersebut secara langkah demi langkah, malah Ammar tunjukkan bagaimana nak caranya dan resource yang banyak diberikan.
Saya pasti, selepas membaca report ni, anda boleh terus pilih dari 10 cara tersebut yang mana stau nak dibuat dan terus kumpul duit raya anda. Dan yang pastinya, harga report ini sangat sangatlah murah tak seperti harga kebanyakan ebook diluar sana.
Saya beri 5 bintang dan 9/10 markah untuk report ini. Murah, praktikal, dan memang mantap isinya. Satu lagi report hebat dari Ammar Zahar..:)
Preview: The Four Weeks To Freedom

Dalam penghujung bulan Jun 2009 ini, satu lagi produk keluaran IM tempatan bakal menggegarkan industri IM negara ini. Produk ini merupakan satu produk yang dikeluarkan oleh Otai internet Marketing di Malaysia iaitu saudara Zamri Nanyan bersama-sama mentor beliau, ****** ****.
Menurut saudara Zamri Nanyan, produk The Four Weeks To Freedom ini merupakan satu produk sentimental beliau. Akan tetapi, sejauh mana produk ini bernilai sentimental terhadap beliau, saya tidak tahu.
Berkemungkinan besar, produk ini menceritakan apa yang beliau lalui suatu ketika dahulu sebelum bergelar usahawan internet sepenuh masa.
Pada hemat, saya produk ini bakal mendedahkan teknik serta langkah sebenar bagaimana anda mampu menjadi usahawan internet hanya dalam masa 4 minggu. Teknik-teknik yang akan didedahkan juga mungkin berdasarkan pengalaman sebenar beliau dalam bidang ini.
The Four Weeks To Freedom ini merupakan produk dalam Bahasa Inggeris, akan tetapi terdapat terjemahannya yang boleh didapati dalam Bahasa Melayu. Itu merupakan serba sedikit informasi yang telah berjaya saya korek berkenaan dengan produk ini.
Saya akan cuba untuk mendapatkan informasi selanjutnya berkenaan dengan produk ini. Tunggukan informasi selanjutnya daripada saya dalam post-post akan datang. Sehingga berjumpa lagi.
Kemaskini 18.06.2009
Informasi lanjut berkenaan dengan produk “The Four Weeks To Freedom” ini boleh didapati daripada blog ini.
Review Rahsia Clickbank
Pada tahun 2009 ini, Gobala Krishnan dan Zamri Nanyan telah melancarkan produk “Rahsia ClickBank” yang menggegarkan dunia IM tanah air, dan anda boleh melihatnya di sini.
Saya menulis ulasan ini untuk memberitahu apa sebenarnya produk ini, dan bagaimana anda akan mendapat manfaat daripada produk Rahsia ClickBank ini.
Rahsia Clickbank ialah produk yang direka khusus untuk rakyat Malaysia dan juga warga nusantara. Anda juga mungkin tahu sehingga pertengahan tahun 2008, Clickbank telah menutup pendaftaran keahlian kepada rakyat Malaysia.
Sesetengah daripada kita menemui teknik jalan belakang untuk mendapatkan akaun ClickBank. Hatta terbitnya sebuah ebook daripada Gobala yang diberi nama “Chapter-M” beberapa tahun lalu yang mengajar anda bagaimana melakukannya.
Sekarang peluang terbuka luas untuk rakyat Malaysia. Clickbank pula telah menjadi topik yang hangat untuk dibincangkan.
Di dalam Rahsia Clickbank, Gobala dan Zamri bercakap mengenai bagaimana menjana wang daripada trafik yang sedikit tanpa menggunakan sebarang blog.
Berdasarkan penerangan mereka, kebanyakan “super affiliate” yang menghasilkan banyak wang di Clickbank tidak bermula dari bloguntuk mempromosikan produk dan menghasilkan jualan.
Mereka menggunakan strategi berlainan yang membolehkan mereka mendapat komisyen ClickBank semaksimum mungkin. Strategi-strategi yang diceritakan di dalam Rahsia Clickbank adalah:
1.menggunakan landing page
2.pra jualan
3.mencari target trafik.
Strategi lain termasuk bagaimana mencari produk Clickbank yang memberikan pulangan yang lumayan, bagaimana membina senarai email dan juga bagaimana hendak mempromosikan produk berkaitan untuk memaksimakan jualan.
Walaubagaimanapun, itu sebenarnya hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan produk. Bahagian utama dalam Rahsia Clickbank ialah laman web affiliate pasang siap yang boleh digunakan terus walaupun anda tidak mempunyai pengalaman dalam sebarang pemasaran internet. Anda boleh melihat contoh laman web tersebut di sini.
Laman web tersebut direka secara profesional dan kandungannya amat berkesan untuk menghasilkan jualan. Ulasan produk yang ditulis dengan baik juga direka khas untuk tujuan jualan. Menurut mereka, apa yang anda perlukan hanyalah memasukkan ID Clickbank anda.
Melihat kepada reka bentuk laman web yang disediakan, saya agak terkejut. Ini kerana reka bentuknya amat bagus dan ulasan produknya dilakukan secara profesional.
Menurut surat jualan Rahsia Clickbank, anda boleh menggunakannya untuk menjana wang walaupun penguasaan Bahasa Inggeris anda sangat teruk – perkara penting yang kita boleh take note di sini!
Saya juga telah melihat beberapa respon di forum dan ianya amat memberangsangkan. Surat jualannya mengatakan harganya mungkin akan naik tidak lama lagi. Jadi mungkin anda perlu dapatkan produk RahsiaClickBank ini secepat mungkin.
Secara keseluruhannya, saya rasa Rahsia Clickbank ialah pakej yang terbaik setakat ini. Saya yakin bahawa anda dapat menggunakannya dengan efektif untuk menjana wang daripada Clickbank – jika anda menggunakan Laman web pasang siap mereka dan mengikut langkah demi langkah yang diberikan.



