Archive for the ‘Perniagaan internet’ Category

3 Konsep Asas Setiap Perniagaan

Salam Aidilfitri kepada rakan-rakan dan pelawat blog gajisendiri.com. Bagaimana dengan sambutan Aidilfitri anda ? Saya harap lebaran kali ini disambut dengan perasaan girang dan penuh dengan kesyukuran.

Baiklah, dalam post kali ni saya ingin berkongsi 3 konsep asas dalam setiap perniagaan dengan anda. Konsep-konsep ini adalah perkara yang perlu ada dalam setiap perniagaan. Apatah lagi jika perniagaan tersebut merupakan perniagaan yang berjaya, anda akan dapati yang 3 konsep ini pasti diamalkan dalam perniagaan tersebut.

Konsep ini juga boleh diaplikasikan dalam setiap perniagaan, lebih-lebih lagi dalam bisnes internet yang anda jalankan. Konsep ini juga dikenali sebagai konsep 3P dalam perniagaan, dan perkara ini akan diterangkan dibawah.

#1: Masalah (Problems)

Hampir setiap perniagaan adalah berdasarkan kepada masalah. Masalah di sini bukanlah bererti masalah yang besar ataupun masalah yang tidak boleh diselesaikan. Masalah yang dimaksudkan adalah masalah seharian yang boleh diselesaikan dengan cara menyediakan jalan penyelesaian kepada masalah tersebut.

Sebagai contoh, wabak H1N1 merupakan satu masalah yang dihadapi oleh ramai orang. Jadi, segelintir pihak melihat keadaan ini sebagai satu peluang perniagaan yang tidak boleh dilepaskan. Jadi, mereka menyediakan topeng muka sebagai jalan penyelesaian kepada wabak influenza H1N1 ini.

#2: Manusia (People)

Manusia juga merupakan satu komponen kepada perniagaan dan ianya merupakan antara teras yang penting dalam menjadikan perniagaan anda, satu bisnes yang berjaya.

Walaupun anda menjalankan perniagaan yang berkait rapat dengan haiwan peliharaan, anda tetap berurusan dengan tuan punya haiwan peliharaan tersebut dan contoh ini jelas menunjukkan bahawa manusia(People) ini merupakan salah satu perkara asas yang perlu ada dalam setiap perniagaan.

#3: Produk (Product)

Produk atau output yang anda niagakan merupakan komponen ketiga yang perlu ada dalam setiap perniagaan. Produk boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut perniagaan yang dijalankan seperti produk fizikal, digital, perkhidmatan dan lain-lain.

Sebagai contoh, kitblogger ini dihasilkan untuk memenuhi permintaan mereka yang berminat untuk membina dan mempunyai blog dot com sendiri. kitblogger ini merupakan produk yang bermutu tinggi dan tetap menjadi produk yang mendapat permintaan yang tinggi.

Produk(product) merupakan jalan penyelesaian kepada masalah(problem) yang dihadapi oleh manusia(people). Jika ada produk yang dihasilkan untuk menyelesaikan masalah-masalah manusia, bermakna ketiga-tiga konsep asas perniagaan ini telahpun diwujudkan di dalam perniagaan tersebut.

13 Cara Pendapatan Internet

Semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia yang menjadi pengguna internet akibat daripada pengaruh globalisasi serta kemajuan teknologi internet itu sendiri. Fenomena ‘penghijarahan’ ini secara tidak langsung menyebabkan orang ramai mula menyedari kepentingan internet sebagai medium yang dapat digunakan bagi menjana pendapatan, sama ada secara sampingan ataupun secara tetap.

Setelah lama memerhatikan dan melakukan kajian, akhirnya saya berjaya mengumpulkan 13 cara bagaimana pengguna internet boleh menjana pendapatan di internet. Cara-cara menjana pendapatan di internet sebahagian kecilnya merupakan pengalaman saya sendiri manakala sebahagian besarnya merupakan hasil pemerhatian terhadap usahawan-usahawan internet lain yang telah berjaya.

ecover
privasi e-mail anda dijamin 100% selamat.

Testimonial

“Newbie kini bertuah dengan adanya ebook ini kerana dalam masa yang singkat saja sudah boleh mengetahui 13 cara buat duit dari internet. Apa yang perlu dilakukan hanyalah memilih apa yang sesuai dengan diri. Ebook ni memang sesuai untuk mereka yang baru nak berjinak dengan bidang cari duit dari internet. Penerangan jelas dan bahasa mudah difahami.”
Kasimo
www.kasimo69.com

“Hari ni aku nak review sedikit mengenai “Laporan Percuma 13 Cara Pendapatan Internet ” hasil karya saudara Anwar.Penggunaan bahasanya yang mudah dan menarik menjadikan aku enjoyed dan terus membaca walaupun Laporan Percuma ini setebal 93 mukasurat.Hohoho..Tentu banyak topik yang dikupasnya.Secara peribadinya, banyak teknik dan pendedahan yang aku pelajari dari laporan percuma ni.Ianya dibahagikan kepada 13 bahagian dan diselitkan beberapa sumber penting untuk rujukan usahawan internet.Yang menariknya kebanyakan pendedahannya adalah melibatkan teknik yang tidak memerlukan modal.”
Hisyam Abdullah Tawadi
www.shamxo.com

“Setelah saya membaca dan menelaah buku elektronik (ebook) yang dikarang oleh saudara Anwar Yassin yang bertajuk 13 Cara Pendapatan Internet ternyata bahawa cara, teknik dan kaedah untuk menjana pendapatan di internet ini amat mudah untuk dipratikkan oleh sesiapa saja khususnya bagi para pengguna internet di Malaysia ini.

Terima kasih buat saudara Anwar Yassin kerana telah mengarang dan memberi sebuah ebook secara PERCUMA yang isi kandungan amat mudah untuk difahami dan dipratikkan. Panduan ini sangat-sangatlah berguna khususnya untuk pengguna-pengguna internet di Malaysia yang berkeinginan untuk menjana pendapatan hanya melalui internet.”
Mohd Abdul Halim
www.mohdabdhalim.com

“Laporan padat yang berinformasi ini menceritakan tentang 13 cara pendapatan internet yang diperkenalkan oleh saudara Nuarx(Anwar Yassin) adalah sangat berguna pada newbie atau mereka yang telah buntu untuk mencari pendapatan diinternet.

Walau bagaimanapun tidak ada bukti bahawa penulis mendapat pendapatan daripada 13 cara pendapatan internet itu. Ini kerana beliau tidak langsung tunjuk apa-apa statement atau bukti bayaran diakaun maybank atau Paypal dalam laporan padat itu.

Namun, beliau menceritakan 13 cara itu dengan teori yang baik. Aku sendiri sudah mencuba hampir kesemua 13 cara itu sebelum ini. Dan memang terbukti cara-cara tersebut memang boleh menambah pendapatan. Jadi, jika kau orang buntu, laporan ini mungkin membantu.

Walaupun ianya hanya teori, tetapi ianya memberikan point-point utama yang perlu kita titikberatkan. Jika penulis menambah bukti, aku boleh kata laporan ini sepatutnya dijual.”
Titanium Hijau
www.earncent.com/blog

Perkara Asas Dalam Perniagaan Internet

Bisnes Internet bukanlah perkara yang boleh dilihat hasilnya dalam satu malam sahaja. Jika anda ingin menjana pendapatan di internet, anda perlukan usaha, teknik, dan keinginan yang tinggi untuk berjaya.

Jadi, saya rasa ianya adalah tanggungjawab saya untuk berkongsi sedikit tips dan informasi terbaru kepada anda berkenaan dengan bidang keusahawanan internet ini.

Ramai di antara mereka yang ingin menjana pendapatan di internet berkata mereka sudah diberitahu tentang berbagai petua dan tips untuk bermula, tapi sehingga sekarang mereka masih tidak mengetahui PERKARA ASAS yang amat diperlukan untuk bergelar usahawan internet.

Berikut adalah beberapa pendapat saya tentang PERKARA ASAS ini, dan saya harapkan ianya dapat membantu anda. Ini merupakan pendapat saya sebagai seorang yang sudah bergelar usahawan internet. Jika anda rasa pendapat saya ini tidak sesuai dengan anda, mungkin anda boleh mencuba teknik lain yang lebih sesuai. :-)

Perkara asas yang pertama adalah, anda perlukan PASARAN anda yang tersendiri untuk memulakan perniagaan. Jika anda tidak mempunyai satu pasaran yang tetap, ianya diibaratkan anda membuka perniagaan di bandar yang kosong. Mungkin ada sedikit pelanggan, tapi ianya tidak berbaloi untuk anda dan perniagaan anda.

Kedua, anda perlukan PRODUK untuk dijual. Sama ada anda mencipta produk sendiri(fizikal atau digital) atau anda menjual produk orang lain(affiliate program), ianya terpulang kepada diri anda. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Ketiga, anda perlukan DOMAIN NAME anda sendiri. Seboleh-bolehnya, saya sarankan anda gunakan domain name “.com” sebagai domain anda. Ini bagi memperlihatkan betapa anda merupakan seorang yang profesional dalam menjalankan perniagaan anda sendiri. Anda boleh sahaja guna nama anda sebagai domain name, atau jika anda punyai kreativiti yang tinggi berkenaan dengan perniagaan anda, gunakan nama yang anda rasa ada potensi untuk dikomersialkan.

Keempat, anda perlukan WEBSITE. Boleh dikatakan, apa-apa juga bisnes hari ini ada websitenya. Tidak terkecuali diri anda yang ingin memulakan bisnes internet. Lebih-lebih
lagi jika anda sememangnya usahawan internet, sewajarnya anda mempunyai website sendiri.

Kelima, anda perlukan AUTORESPONDER. Ini bagi membolehkan anda menyimpan senarai email pelanggan anda. Anda boleh menjalankan fungsi follow-up dengan mempunyai autoresponder dan percayalah, autoresponder adalah sumber kewangan anda untuk suatu jangka waktu yang panjang. Saya sarankan anda menggunakan khidmat GetResponse kerana ianya murah, boleh dipercayai dan mempunyai komponen-komponen yang sofistikated.

Keenam, anda mungkin perlukan BLOG berbeza untuk khidmat yang berbeza. Jika anda melancarkan produk baru, anda perlukan blog baru agar setiap informasi berkenaan dengan produk itu sama ada pembayaran affiliate, bantuan, nasihat serta diskusi dapat dilaksanakan dengan teratur. PAnduan yang saya gunakan untuk membina blog saya sendiri adalah kit blogger daripada saudara Zulfadli.

Ketujuh, anda memerlukan SISTEM PENGURUSAN PEMBAYARAN. Seboleh-bolehnya autopilot, ini bagi memudahkan urusan jual beli dilakukan tanpa sebarang implikasi negatif. Jika anda menjual produk dalam bahasa inggeris, saya sarankan Clickbank sebagai hub jualan anda. Clickbank juga akan mengurus pembayaran affiliate bagi pihak anda. Cumanya untuk pasaran Malaysia, sistem seperti ini masih belum popular.

Saya harap tips-tips ini dapat membantu anda serba sedikit. Dan anda perlu ingat bahawa “usaha itu tangga
kejayaan”. Mungkin kita sudah lali dengar pepatah ini. Akan tetapi adakah kita benar-benar telah mempraktikkannya, atau kita hanya berharap pada kejayaan tanpa usaha ? Mari kita renung persoalan ini bersama-sama.

Keistimewaan Bisnes Internet

Saya pernah terbaca petikan daripada akhbar Utusan Malaysia berkenaan dengan ramalan 4,749 pekerja bakal diberhentikan pada tahun ini.

Saya terfikir, jika saya di tempat mereka, apakah persediaan yang dapat saya lakukan ? Mungkin boleh memulakan bisnes, tapi bisnes apa ? Berapa kosnya ? Apa risikonya ?

Jika soalan itu ditanyakan kepada saya, jawapan yang boleh saya beri adalah, bisnes internet. Ya, itulah jawapan yang boleh saya bagi jika persoalan ini ditujukan kepada saya.

Jadi, mengapa saya memilih bisnes internet ? Berikut merupakan faktor-faktor yang menyebabkan saya memilih perniagaan internet sebagai satu bentuk perniagaan pilihan.

Menjimatkan kos. Kos yang diperlukan untuk memulakan bisnes internet ini amat kecil, iaitu sekitar RM500 dan ke bawah, mengikut jenis produk yang dijual.

Risiko yang rendah. Risiko menjalankan perniagaan internet ini adalah lebih rendah berbanding perniagaan konvensional yang lain.

Menjimatkan masa. Urusniaga melalui perniagaan internet ini menjimatkan masa kita. Kita tak perlu bersengkang mata terlalu lama, tidak perlu tergopoh-gapah hendak ke pejabat. Kerana masa kerja kita hanya di depan komputer.

Tahap keselesaan yang tinggi. tahu tak apa yang sedang saya lakukan sekarang ? Apa bentuk pakaian yang saya pakai ? Saya buat kerja dari mana ? Tidak tahu bukan ? Itulah maksud saya keselesaan yang tinggi. Pelanggan kita sentiasa di depan mata dan penampilan bukanlah faktor yang penting.

Terbukti lumayan. Ya, bisnes internet ini terbukti lumayan. Jika tidak, masakan Dr.Irfan Khairi boleh menjadi jutawan dengan hanya menjalankan perniagaan di internet.

Contoh lain adalah seperti seorang usahawan internet dari barat bernama Michael Rasmussen. Beliau memperoleh pendapatan sebanyak USD 381,195.06 di clickbank dalam masa hanya 90 hari produknya dipasarkan di internet. Jika anda ingin mengetahui bagaimana caranya menjana pendapatan di internet seperti yang dilakukan oleh encik Rasmussen ini, sewajarnya anda ke sini.

Ini adalah faktor-faktor yang menyebabkan bisnes internet ini begitu istimewa bagi saya. Jadi, saya harap anda tidak teragak-agak untuk memulakan bisnes internet sekarang ! Ya, usah bertangguh kerana masa anda yang berharga akan pergi begitu sahaja.

Sebelum itu, pastikan mengetahui dahulu selok belok perniagaan internet sebelum anda terjun ke dalam arena ini. Jika anda sudah mempunyai bisnes internet sendiri, tentunya anda sudah dapat merasai apa yang saya rasakan bukan ?

Produk Gaji Sendiri
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Jurukomen Paling Mantap
Komuniti
Gaji Sendiri di Facebook