Archive for the ‘Tools’ Category

Mengukur Populariti Di Facebook ?

Facebook merupakan laman sosial yang boleh dikatakan paling digemari pengguna internet dewasa ini. Namun, signifikankah dakwaan yang mengatakan bahawa populariti facebook akan menyebabkan ia mendominasi world wide web?

Bukti baru-baru ini menunjukkan bahawa facebook telahpun menduduki tangga kedua ranking alexa yang sebelum ini dipegang oleh Yahoo! . Kini Yahoo! pula berada di tangga ketiga. Tidak mustahil suatu hari nanti, Google pula akan turun takhta ke tangga yang kedua.

Apa yang saya nampak dari situasi ini adalah, internet marketer di Malaysia usah mengambil mudah dengan gelombang yang dihasilkan oleh facebook. Iaitu tidak mengambil peluang memasarkan dan mengembangkan perniagaan anda melalui facebook. Baca artikel berikut jika anda ingin mengetahui cara-cara mengiklan di facebook.

Popularkah anda di facebook ?

Tahukah anda bahawa kini anda boleh mengetahui betapa popularnya anda di facebook? Bagi seorang internet marketer, mengetahui populariti diri di facebook akan turut membantu anda memotivasikan diri seterusnya meningkatkan pengaruh anda di kalangan rakan yang lain.

facebook grader

Dengan menggunakan facebook grader. Anda kini boleh mengetahui populariti dan kedudukan anda di facebook. Setelah saya mencuba aplikasi ini, populariti saya hanyalah 65% sahaja. Agak sedikit dan memerlukan usaha yang lebih banyak untuk meningkatkannya.hoho. Bagaimana pula dengan anda ?

6 Perisian Wajib Usahawan Internet

Menjadi seorang usahawan internet, bermakna kerjaya anda tidak dapat lari dari menggunakan software, script serta peralatan-peralatan lain yang dianggap sebagai ‘nyawa’ perniagaan anda. Perkakasan yang diperlukan perlu menepati kualiti yang telah ditetapkan agar perniagaan tidak terjejas dek kerana gangguan dalam sistem yang boleh menyebabkan seseorang usahawan internet itu kerugian beratus malah beribu-ribu ringgit – hanya disebabkan oleh sedikit kekacauan.

Alternatif yang selalu diguna pakai oleh usahawan internet baru adalah perkakasan-perkakasan percuma yang boleh ditemui di internet. Namun, percuma bukanlah satu mimpi indah bagi mereka yang belum melihat sisi hitamnya.

Satu nasihat saya berkenaan dengan perisian percuma ini adalah, anda perlu berhati-hati dan berwaspada dengan diskripsi berkenaan perisian tersebut. Terkadang, perisian percuma ini mempunyai agenda tersembunyi dan beberapa kesan yang boleh memburukkan lagi keadaan seperti serangan virus, trojan serta spyware.

Selepas saya memberitahu anda sisi negatif perisian percuma ini. Saya harap anda tidak mempunyai perspektif bahawa kesemua perisian percuma untuk usahawan internet bersifat begitu. Terdapat banyak lagi perisian percuma di internet yang amat berguna.

Perisian-perisian ini boleh membantu anda menjadikan perniagaan anda lebih ’sticky’, mempunyai interface yang mesra pengguna, memindahkan data-data ke server, membina laman web, menjejaki katakunci yang berguna, mencari rakan niaga yang berpotensi dan sebagainya.

1. FileZilla


Bagi usahawan internet yang memiliki blog atau website dot com sendiri, memindahkan data-data ke server mungkin menjadi satu perkara mustahil sekiranya tiada perisian File Transfer Protocol (FTP). Spesifiknya lagi, filezilla ini merupakan satu perisian percuma yang tidak memerlukan sebarang bayaran untuk digunakan dan anda bebas untuk mendownloadnya di laman web software ini.

Terdapat banyak lagi software FTP seperti CoreFTP, SmartFTP dan GoFTP. Fungsi mereka sama dengan FileZilla, cuma kelebihan FileZilla ini adalah disebabkan oleh interfacenya yang mudah untuk digunakan, menyokong banyak bahasa dan menyokong fungsi ‘drag&drop’.

2. Alexa Toolbar


Alexa menyediakan toolbar percuma yang boleh dimuat turun dan toolbar ini akan dipaparkan di browser anda semasa anda melayari internet. Toolbar daripada Alexa boleh dikategorikan sebagai toolbar paling penting bagi usahawan yang bergiat dalam perniagaan internet.

Kehebatan toolbar ini terletak pada fungsi “site info”nya di mana sekiranya anda menekan butang ini, Alexa akan menyenaraikan bermacam-macam informasi berkaitan laman web yang anda layari ketika itu seperti:

  1. Ranking trafik laman web tersebut
  2. Link-link yang berkaitan dengan website tersebut(related link)
  3. Bilangan laman web yang mempunyai link laman tersebut
  4. Butiran mengenai tuan punya laman web tersebut

Informasi seperti inilah yang amat diperlukan oleh usahawan internet kerana dengan informasi sebegini, anda boleh menentukan mana satu laman web atau blog yang mempunyai trafik tinggi seterusnya bertukar-tukar link dengan blog tersebut atau anda menjadikan mereka rakan niaga dalam penghasilan produk baru anda.

The List Of Related Links yang terdapat pada toolbar Alexa membolehkan anda mengetahui lain-lain laman web yang mempunyai persamaan dengan laman web anda. Mulakan dengan mengisi url website anda dan lihat cadangan yang dikemukakan oleh Alexa kemudiannya.

3. HTML Editor

Bagi usahawan internet yang menjalankan perniagaan menggunakan laman web e-commerce sendiri, HTML editor seperti NVU & Compozer merupakan perisian yang amat penting serta percuma. Ciri-ciri antara keduanya tidak jauh berbeza dan anda boleh menggunakan mana-mana satu antara dua software ini.

Saya sendiri menggunakan Kompozer sebagai HTML Editor bersama-sama dengan PSPad yang juga merupakan HTML Editor. Namun, PSPad lebih tertumpu kepada kerja-kerja pengubahsuaian file PHP dan selalunya digunakan oleh mereka yang telah advance di dalam dunia perniagaan internet. Anda juga boleh menggunakannya sekiranya anda mahu.

NVU serta Kompozer merupakan dua perisian HTML Editor yang bersifat WYSIWYG (What You See Is What You Get), sama seperti Microsoft Front Page – tetapi percuma. Apa yang dimaksudkan dengan WYSIWYG ? WYSIWYG adalah kebolehan untuk anda melihat preview hasil website yang anda sedang hasilkan walaupun anda masih lagi dalam proses membina laman web anda. PSPad pula tidak mempunyai fungsi WYSIWYG.

4. Kajian Pasaran

Jika anda ingin membina sebuah perniagaan online yang berjaya, anda perlu melakukan banyak kajian sama ada untuk mengintai pesaing anda, mengetahui pasaran yang sesuai serta memikirkan produk yang akan dihasilkan. Proses ini tentunya memakan masa yang banyak. Berita baiknya adalah, dengan Toolbar daripada Google, anda dapat melakukan perkara-perkara yang disebutkan tadi dengan cepat serta lebih produktif.

Sekiranya anda berminat dengan Toolbar ini, pastikan sebelum anda memuat turun, anda telah menandakan konfigurasi “Enable Advance Features“. Ini dilakukan agar anda memperolehi semua kriteria berguna daripada toolbar ini. Antara kriteria yang boleh dikatakan penting pada toolbar ini adalah Google Groups Search, Web Directory dan Search Froogle.

Selepas anda menggunakan perisian ini, anda akan tahu mengapa ia menjadi aset kepada perniagaan online anda. Bukan sahaja kerana semua ciri-ciri unik yang terdapat pada toolbar ini, ia juga mampu mengurangkan masa anda membuat kajian dan membolehkan anda menumpukan usaha kepada proses penghasilan produk baru.

5. Perisian Katakunci

Dengan perisian seperti yang terdapat pada Wordtracker Lab, anda kini berupaya untuk menjejaki soalan-soalan popular yang ditanya oleh mereka yang melayari internet. Sebagai contoh, sekiranya bidang anda berkenaan dengan golf, maka anda dapat mengenal pasti jenis-jenis soalan yang dilontarkan oleh peminat golf.

Kemudian, tugas anda adalah masukkan soalan-soalan yang ditanya tadi ke dalam artikel anda dan secara automatik, ia akan menjadi katakunci yang berharga bagi menjana trafik ke laman web anda. Ingat, trafik itu adalah bakal pembeli dan jika betul cara yang anda tetapkan di laman web anda, anda akan memperoleh pendapatan yang lumayan.

6. Marketing Calculator

Sekiranya anda membuat pemasaran e-mail kepada prospek anda, anda boleh menentukan ROI (return on investment) dengan menggunakan perisian hebat dan percuma iaitu Marketing Today’s ROI Calculator. Dengan perisian ini, anda dapat mengetahui berapakah jumlah pulangan anda berdasarkan kepada jumlah mailing list anda, kos program yang anda sertai, response rate, conversion rate serta purata komisyen per jualan.

Cara yang paling tepat untuk menggunakan kalkulator ini ialah dengan menggunakan kadar respon (kadar prospek yang respon terhadap email anda) yang anda perolehi ketika anda menghantar e-mail sebelum ini. Sekiranya anda tidak mengetahui kadar respon sebelum ini, anda boleh masukkan sebarang nilai yang anda rasakan munasabah bagi anda.

Sekiranya anda meletakkan nilai yang terlalu rendah, kemungkinan besar keputusannya adalah anda boleh menjana wang dengan banyak. Sekiranya terlalu tinggi, ini boleh mengakibatkan anda mengeluarkan lebih banyak banyak wang daripada pendapatan anda.

Pendapat Anda?

Adakah 6 perisian percuma yang saya nyatakan ini membantu anda ? Jika anda rasa membantu, letakkan komen anda dibawah agar saya tahu apa pula pandangan anda berkenaan dengan free internet marketing tools ini. Sehingga berjumpa lagi.

Aplikasi Terbaru Wordtracker – Sangat Cool

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Saya juga baru sahaja tahu berkenaan dengan perkakasan terbaru daripada Wordtracker ni. Aplikasi ini pada saya sangat membantu usahawan internet dalam mencari soalan-soalan hangat untuk pasaran niche mereka.

Dengan adanya aplikasi hebat ini, anda dapat:

  1. Mengetahui long tail keyword bagi pasaran niche anda.
  2. Mengetahui apa yang dicari oleh pengguna internet dalam pasaran anda, kemudian sediakan kepada mereka apa yang mereka cari (anda dapat lakukan jualan!!!).

Itu antara kelebihan-kelebihan yang ada pada aplikasi terbaru ini. Namun, ada juga kekurangan yang boleh saya lihat pada aplikasi ini. Kelemahannya adalah, kita tak boleh guna Bahasa Melayu lagi. ;) Mat salleh yang buat benda ni.

Anda boleh cuba aplikasi ini di sini – Wordtracker Lab – Question Tool

Bonus Hangat The Four Weeks To Freedom

Assalamualaikum dan Salam sejahtera saya ucapkan. Dalam sedikit masa sahaja lagi. Produk hangat The Four Weeks To Freedom bakal dilancarkan dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan tawaran bonus yang terhangat daripada saya untuk mana-mana usahawan internet tempatan yang mendapatkan produk hebat ini melalui link affiliate saya.

Senarai Bonus-Bonus Yang Ditawarkan:

Bonus Upgrade: Tawaran Rebet Terhangat

Tawaran rebet ini adalah merupakan tawaran rebet bernilai RM50.00 untuk rakan-rakan yang mendapatkan produk The Four Weeks To Freedom melalui link saya.

Bonus Terhangat 1: PPC Management Module 1 (bernilai USD297)

PPC Management ini merupakan satu tutorial berkenaan dengan PPC(payperclick) di mana anda akan didedahkan oleh Mr.S langkah-langkah bagaimana anda boleh membuka perniagaan KEKAL anda sendiri dengan servis pengurusan PPC. Pengurusan PPC ini merupakan satu daripada perniagaan terawal Mr.S di internet dan merupakan satu pakej perniagaan yang lumayan dan berpotensi berkembang dengan pesat.

Bonus Terhangat 2: PPC Management Module 2 (bernilai USD297)

Merupakan satu kesinambungan daripada modul 1 PPC Management di mana anda akan di tunjukkan cara mengendalikan PPC seperti adwords dan seterusnya membuka dan menguruskan perniagaan internet anda yang kekal iaitu servis pengurusan Pay Per Click.

Bonus Terhangat 3: Mini-site Profit Exposed (bernilai USD197)

Anda akan diajar melalui video tutorial bagaimana mencipta mini site yang berkualiti tinggi dan mampu mendapatkan ramai pembeli berbanding pelawat biasa. Apa yang penting dalam minisite yang berkualiti adalah surat jualan yang ‘membunuh’ dan mampu menukar pelawat kepada pembeli dalam sekelip mata. Konsep inilah apa yang akan dibongkar dalam produk ini.

Bonus Terhangat 4: E-mail Promos Exposed (bernilai USD197)

Email marketing merupakan satu teknik yang boleh dikatakan confirm buat duit. Akan tetapi, tidak ramai yang tahu cara sebenar confirm buat duit daripada list mereka. Jadi, produk video tutorial daripada Micheal Rasmussen ini akan menunjukkan anda langkah demi langkah menghasilkan email yang berkualiti tinggi seterusnya menjadikan subscriber anda pembeli yang setia.

Bonus Terhangat 5: Super Affiliates Confessions (bernilai USD97)

Super Affiliates Confessions ini merupakan satu pendedahan eksklusif dalam format MP3 berkenaan affiliate marketing oleh super affiliate seperti Rosalind Gardner, Mark Joyner, Ted Nicholas serta Dr. Joe Vitale. Sebahagian daripada nama-nama ini mungkin tidak anda kenali, akan tetapi yang pastinya mereka telah buat duit dengan banyaknya menerusi affiliate marketing.

Bonus Hangat 1: Blog Seeker Software (bernilai USD37)

Satu software hebat yang akan menjejaki blog yang sama dengan niche blog anda. Mungkin ada yang bertanya apa fungsi software ini kepada perniagaan internet anda ? Jawapannya adalah, untuk mendapatkan sumber rujukan maklumat yang sama niche dengan blog anda, serta mendapatkan trafik ke blog anda dengan memberikan komen di blog yang telah anda jejaki.

Bonus Hangat 2: Article Ghost Writer Software (bernilai USD37)

Article Ghost Writer merupakan satu aplikasi yang membolehkan anda spin dan reka artikel baru yang mempunyai isi kandungan yang unik berdasarkan kepada beberapa artikel seed(artikel asal). Dibina dengan beribu-ribu sinonim dalam Bahasa Inggeris, software ini bakal menjimatkan masa dan wang anda daripada disalurkan kepada ghost writer. Semestinya satu penjimatan yang berbaloi untuk anda.

Bonus Hangat 3: Forum Finder Software (bernilai USD37)

Mempunyai fungsi yang sama dengan blog seeker software, forum finder software ini akan menjejaki forum-forum yang mempunyai niche yang sama dengan perniagaan anda, seterusnya memberikan anda peluang berdiskusi di forum tersebut, membina kredibiliti anda dan seterusnya menjana pendapatan di forum yang anda sertai.

Bonus Hangat 4: My Project Planner Software (bernilai USD37)

Satu perisian yang simple tetapi mampu untuk menjadikan hidup anda lebih terancang. Perisian My Project Planner ini bakal membantu anda menjadikan aktiviti dan projek yang bakal anda laksanakan berada dalam keadaan yang tersusun dan mengikut jadual yang telah anda tetapkan. Semestinya ia merupakan satu software yang terpenting untuk usahawan internet seperti anda.

Bonus Hangat 5: The Affiliate Marketing Handbook (bernilai USD47)

Panduan yang wajib dimiliki oleh semua affiliate marketer ini menerangkan beberapa perkara rahsia yang perlu dititik beratkan oleh semua affiliate marketer. Antara rahsia-rahsia yang bakal dibongkarkan adalah:

  1. 3 perkara yang perlu dilakukan oleh affiliate marketer utk survive di internet.
  2. Bagaimana untuk menjadi super affiliate dalam niche market anda.
  3. 3 teknik bagaimana melipat gandakan komisyen anda dalam waktu yang singkat.
  4. 3 kesilapan yang tidak wajar dilakukan oleh usahawan internet dan kaedah mengelakkannya.

dan banyak lagi…

Bonus Hangat 6: The 48 Hour Affiliate Action Plan (bernilai USD47)

Panduan hebat ini akan mendedahkan kepada anda strategi mempersiapkan diri anda dalam masa 48 jam bagi menjana pendapatan menerusi pemasaran affiliate. Dengan adanya panduan ini, anda akan mengetahui langkah yang sangat penting mengikut susunan yang teratur. Panduan ini juga mudah difahami oleh semua affiliate marketer, sama ada newbie ataupun yang sudah senior.

Bonus Hangat 7: Advanced Affiliate Tactics – Part 1 & 2 (bernilai USD67)

Ebook Advanced affiliate tactics ini sebenarnya merupakan teknik underground yang telah dilakukan oleh pakar-pakar pemasaran affiliate sama ada luar dan dalam negara. Teknik rahsia yang bakal didedahkan ini telah membantu ramai ‘orang lama’ menjana pendapatan lumayan dengan affiliate marketing ini.

Bonus Hangat 8: Premium Review Template (bernilai USD27)

Tidak dilupakan, anda juga akan memperolehi satu Premium Review Template yang boleh digunakan bagi mempromosi produk affiliate pilihan anda. Template ini telah siap sedia dilengkapi dengan grafik dan design professional. Apa yang anda perlukan hanyalah sedikit pengetahuan HTML, dan template ini bakal menjadi milik anda.

Bonus Hangat 9: Traffic Generation Strategies (bernilai USD47)

Dalam panduan ini anda akan didedahkan dengan teknik menjana trafik melalui article marketing. Akan tetapi, terdapat satu bahagian dalam ebook ini di mana article marketing ini sebenarnya mampu untuk membawa trafik yang banyak untuk laman web/blog anda. Terdapat beberapa sumber laman web yang apabila digabungkan, bakal menjadikan artikel marketing sebagai satu teknik menjana trafik yang efisyen.

Bonus Hangat 10: PayDotCom Profits (bernilai USD27)

Panduan ringkas ini akan menerangkan kepada anda langkah-langkah untuk anda mula menjual produk anda di Pay Dot Com. Buat pengetahuan anda, terdapat beberapa kelebihan yang ada pada Pay Dot Com tetapi tiada pada Clickbank. Antara kelebihan-kelebihan ini adalah:

  1. Anda tidak perlu membayar yuran untuk meletakkan produk anda di Pay Dot Com berbanding di Clickbank.
  2. Pembayaran akan terus dikreditkan ke dalam akaun Pay Pal anda berbanding di Clickbank yang mana anda akan dibayar menerusi cek dan ini akan mengambil masa yang sedikit lama.
  3. Produk anda tidak akan melalui review manual seperti mana yang berlaku di clickbank. Anda akan melalui proses yang amat mudah dan anda boleh mula menjual dalam tempoh 10 minit.

Langkah-langkah Mendapatkan Bonus Hangat Ini

1. Clearkan cookies di browser anda

Anda boleh rujuk laman web aboutcookies ini sebagai panduan untuk anda membuang cookies dari browser anda. Akan tetapi, saya telah permudahkan urusan anda dengan meletakkan beberapa kaedah membuang cookies daripada browser yang popular.

-Kaedah Clear Cookies Untuk Browser Internet Explorer 8

1. Klik pada “Safety” di Command bar
2. Pilih “Delete Browsing History”
3. Pilih opsyen “cookies” dan kemudiannya klik “Delete”

-Kaedah Clear Cookies Untuk Browser Firefox

1. Klik pada “Tools”, kemudian klik pada “Options”
2. Pilih “Privacy”
3. Dalam panel “Cookies”, klik pada “Show Cookies”
4.Untuk membuang hanya satu cookies, klik pada entry dalam list dan klik pada butang “Remove Cookie”.
5.Untuk buang semua cookies, klik pada butang “Remove All Cookies”.

-Kaedah Clear Cookies Untuk Browser Google Chrome

1.Klik pada “Tools” menu dan pilih “Options”.
2.Klik pada “Under the Hood” tab dan cari bahagian “Security”.
3.Pada bahagian “Cookie settings”, klik pada butang “Show cookies”.
4.Pilih “Remove all” untuk delete semua cookies.
5.Klik pada “Close” sesudah selesai.

2. Pastikan sebelum membuat pembelian, link yang muncul di browser anda adalah seperti di bawah:

http://thefourweekstofreedom.com/sulit.html?aff_id=2190

Selepas Membuat Pembelian ?

Saya akan mengesahkan pembelian anda dengan sistem affiliate fantasos yang dipasang oleh saudara Zamri Nanyan untuk memeriksa kesahihan pembelian yang dilakukan. Bonus akan dihantar ke email yang anda gunakan sewaktu pembelian.

Harapan saya adalah, agar bonus-bonus yang ditawarkan di sini dapat membantu anda membina empayar perniagaan di internet. Saya yakin, ada di kalangan kita yang bercita-cita untuk menjadikan perniagaan internet sebagai perniagaan sepenuh masa dan proses ini tidak lain tidak bukan memerlukan usaha dan kesungguhan. Semoga apa yang saya tawarkan ini berbaloi bagi anda. Wassalam. :)

Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.

Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Tags
Komuniti
Trafik
Small Business Blogs - Blog Catalog Blog Directory