9 Cara Melajukan Blog Anda

cara-melajukan-blogSaya pasti ramai blogger yang menginginkan pengunjung datang ke blog mereka. Namun, pengunjung pasti akan berasa hampa sekiranya blog kita sukar untuk dipaparkan. Apa sebabnya ? Bagaimana cara melajukan blog kita agar pengunjung yang hadir suka untuk datang kembali ?

Artikel ini akan mendedahkan 9 cara bagaimana anda boleh menambah kelajuan paparan blog anda. Tip-tip yang saya gunakan dalam artikel ini boleh diaplikasikan di blogspot atau wordpress. Tip-tip ini juga boleh diaplikasikan mengikut selera anda. Ada cadangan penambahbaikan ? Anda boleh nyatakan di ruangan komen.

1. Gunakan Template Yang Ringkas

Gunakan template blog yang ringkas serta tidak banyak menggunakan warna. Sebolehnya, gunakan theme yang mempunyai sidebar yang terletak di sebelah kanan bagi membolehkan isi blog dikeluarkan terlebih dahulu.

Theme yang anda lihat sekarang merupakan theme yang direka sendiri oleh saya dan dioptimisasikan untuk kelajuan blog serta SEO. Gaji sendiri juga akan mengedarkan theme ringkas ini dan anda boleh mendapatkannya tidak lama lagi.

2. Iklan: Jangan Terlebih Pasang Di Blog

Pemasangan iklan di blog merupakan sumber pendapatan bagi sesetengah blogger, namun iklan yang berlebihan di blog merupakan ‘pembunuh’ kelajuan blog yang lebih baik berbanding aspek-aspek lain.

Bagi melajukan paparan blog anda, cukup sekadar satu atau dua iklan yang anda rasa benar-benar boleh mendatangkan pendapatan kepada anda. Fokus pada iklan tersebut dan letakkan di tempat yang strategik. Blog anda juga akan dilawat oleh manusia lain, bukan hanya bot-bot daripada enjin carian.

Bayangkan jika anda sendiri merupakan pelawat yang mengunjungi sesebuah blog. Akan tetapi blog tersebut mempunyai iklan yang lebih banyak daripada isi, apa yang anda rasakan?

3. Gambar: Tidak Perlu Terlalu Banyak

Usah letak terlalu banyak gambar di blog anda. Melainkan blog anda merupakan blog yang berasaskan fotografi. Sudah memadai dengan hanya 1-2 gambar bagi satu artikel untuk menceriakan pelawat.

Gambar yang sedikit akan mengekalkan kelajuan blog apabila ia dilawati oleh pengunjung. Anda juga boleh crop atau resize gambar yang diletakkan di blog, sama ada ia gambar kecil thumbnail, atau gambar-gambar besar yang lain.

4. Simpan Gambar Dalam Server Sendiri

Jika anda mempunyai server sendiri, simpan gambar yang ingin anda upload ke dalam server anda sendiri. Gambar yang berada di dalam server sendiri lebih mudah untuk dipamerkan berbanding gambar yang diperolehi dari server luar.

Tapi tidak salah jika anda terpaksa juga simpan gambar di server luar. Saya cadangkan anda simpan gambar di Photobucket. Photobucket boleh dikatakan sebagai hosting gambar yang baik dan percuma. Anda juga tidak perlu risau tentang tempoh sah akaun anda kerana Photobucket tidak akan delete akaun anda walaupun anda tidak login ke akaun berbulan-bulan lamanya. :)

5. Ringkas Itu Menawan

Jadikan blog anda sentiasa elegan, namun mempunyai design seringkas mungkin. Blog yang ringkas akan senang untuk dipaparkan kepada pengunjung serta enjin carian seperti Google, Yahoo dan Bing.

Anda perasan tak bagaimana rupa enjin carian Google ? Tiada warna selain warna putih. Apa tujuan Google meletakkan warna putih sebagai latar belakang ? Padahal Google merupakan laman web nombor 1 dunia. Warna putih digunakan bertujuan agar keputusan carian pengguna internet dapat dikeluarkan dengan cepat. Oh!

6. “Potong” Artikel Anda

Bahagian ini tiada kaitan dengan iklan potong dari p1 Wimax. (^_^) Caranya ialah dengan “memotong” artikel anda. Biarkan permulaan artikel sahaja diletakkan di bahagian utama blog.

Bagi pengguna wordpress, gunakan fungsi “more” pada artikel anda. Jangan letakkan keseluruhan isi artikel anda di bahagian depan. Anda juga disarankan untuk tidak meletakkan terlalu banyak bilangan artikel di muka depan. Cukup sekadar 5-6 artikel.

7. Tambah Slash Pada Akhir Direktori

Jika anda menambah slash(/) pada akhir link, server akan menganggap link tersebut sebagai link direktori, seterusnya melajukan paparan blog anda. Sebagai contoh http://www.gajisendiri.com/hubungi/ akan lebih mudah dipamerkan berbanding http://www.gajisendiri.com/hubungi.

8. Isi Ketinggian dan Lebar Gambar

Jika anda meletakkan gambar di dalam artikel, anda disarankan untuk menggunakan tag “height” serta “width” pada gambar tersebut. Sekiranya browser (cth: firefox) mendapati fungsi ini digunakan pada gambar di blog anda, browser akan membiarkan gambar tersebut dipaparkan di belakang tabir terlebih dahulu. Jika tiada fungsi ini pada gambar anda, browser terpaksa menunggu imej tersebut dipaparkan terlebih dahulu.

9. Kurangkan Penggunaan Widget & Gadjet

Bagi mereka yang suka menggunakan gadget, informasi ini mungkin akan membuatkan anda berduka. Jika anda menggunakan gadjet seperti jam atau kalender, gadjet-gadjet ini sebenarnya akan melambatkan lagi kelajuan blog anda dipaparkan.

Masalah utama yang mungkin anda temui ketika menggunakan gadjet ini adalah apabila laman web penyedia gadjet tersebut menghadapi masalah seperti server down dan sebagainya, anda juga akan terkena tempiasnya. Sebaik-baiknya, guna 1-2 gadjet yang benar-benar memberikan fungsi kepada blog anda. Apakah widget tersebut ? Anda boleh tentukan sendiri.

Related Posts with Thumbnails

36 Responses to “9 Cara Melajukan Blog Anda”

    • Anwar Yassin:

      banyak lagi teknik sebenarnya. Cuma ada tu spesifik utk wordpress atau blogspot. Teknik2 ini sesuai utk semua peringkat. :)

  • 2 thumb up bro.erm..agak2nya blog aku laju tak bila pelawat browse ar..

    • Anwar Yassin:

      Setakat ni ok je Donny, cuma widget agak banyak tu. Cuba try remove satu atau dua widget. laju ke tak… cuma cadangan. :)

  • saya dah cuba…widget yg banyak boleh me’lembap’kan blog…saya dah belajar banyak kat sini….tq anwar…

    ada tips tak untuk kasi baik sikit blog nie: http://buat-duit-dengan-sms.blogspot.com/

    • Anwar Yassin:

      Mantap, content yang baik. Saya sarankan centerkan content blog anda. tak tahulah kalau di browser sy shj nampak macm tu, tengahkan sikit isinya ya. :)

  • saya dah cuba banyak cara nak centerkan content tu tapi tak berjaya….ada tips tak nak kasi meletoopp sikit??

    • Anwar Yassin:

      Gambar tu mungkin boleh dikecilkn. Sy dah tgk header, dah ok dah tempatnya. Cuma kena touch up sikit content. Cadangan, kecilkan sedikit gambar, atau ambil part yang penting shj.

      Kalau tak jadi juga, tukar theme. :)

  • ada tak cara nak susun iklan tu biar jadi satu baris je…boleh jimat ruang..HTML apa yg nak pakai untuk selarikan iklan tu??

    • Anwar Yassin:

      Ruang satu baris melintang atau menegak ? Sy rasa, theme yang Hafizi gunakan ni ada sidebar pada asalnya. Betul ke ? tapi mungkin sebab alignment lari, tu sebabnya semua isi sidebar jatuh ke bawah.

  • tak..saya pakai yg theme minima pasal kalau pakai yg sidebar tu,posting tu nampak sekerat…jadi semua widget saya letak kat bawah….

    iklan tu biar nampak melintang sebaris….camner nak buat tu??

    • Anwar Yassin:

      Kalau ikut coding biasa, lepas letak satu imej, tak perlu letak [br]atau buat tag paragraph([p]) baru. Dah cuba letakkan dlm satu tag tanpa code [br] ?

      p/s: gantikan [ dengan < , gantikan ] dengan > untuk tag di atas

  • dah,tapi tak jadi..masih sama gak….saya guna banner tu ikut coding html affiliates….

    • Anwar Yassin:

      Saya tak pasti untuk blogspot macamana, tapi kalau untuk wordpress, ada satu file nama CSS. Kita boleh set konfigurasi di dalam file tersebut. Kalau tak keberatan, boleh tak hantarkan kod html yang Hafizi buat tu, dengan gunakan contact form, nanti sy cuba tgk.

  • ok,nie adalah html yg saya masukkan….

  • SAYA DAH HANTAR DAH….TERIMA KASIH

  • ok,saya dah berjaya dah…saya buang kod tu ..Alhamdulillah,menjadi…terima Kasih Tuan….

    • Anwar Yassin:

      Alhamdulillah, kalau nak cantik lagi, saya sarankan replace iklan yang besar tu dengan iklan yang sama saiz, baru ngam dan sedap mata memandang. Just two cents of my idea. ;)

    • Anwar Yassin:

      Aplikasikan juga tip ke-2 di atas tu ya. Tak perlu pasang banyak sangat iklan. Lebih-lebih lagi site anda ni memperkenalkan produk sendiri. Kalau ada banyak iklan, concentration pelanggan akan lari ke tempat lain…

  • ok..saya dah edit iklan tu….tapi yg posting tu nak centerkan camner ya tuan??

  • terima kasih….mmg berguna sangat-sangat tips tu…terima kasih sekali lagi,lain kali nak belajar lagi…

  • saya dah praktikkan. alhamdulillah memang berkesan.

  • Salam,

    hari nie sehari suntuk saya jadikan blog saya tu ke 2 sidebar….entah cantik ke tidak,naik sakit belakang nie dok adjust situ adjust sini…atas tunjuk ajar En. Anwar jugakla saya buat blog begitu,saya kecikkan gambar,saya pasang tracking visitor..tapi masih tak puas hati….boleh tak bagi komen sikit pasal blog saya??yg mana patut dan yg mana tak patut….

  • Salam
    saya setuju tu

  • Salam Bro Anwar,
    Ada tutorial atau ebook untuk belajar php tak dalam bahasa malaysia, kalau ada tolong rekomen satu…saya nak belajar php la…atau ada website yang boleh saya rujuk…atau boleh saya belajar terus dengan Bro Anwar..?

    terimakasih
    radzuanradzi
    http://www.radzuanebiz.com

    • Anwar Yassin:

      Setakat ni di website w3schools.com, saudara boleh dapatkan banyak tutorial tentang PHP di situ. Saya pun belajar php di situ. :) Kalau nak belajar boleh juga, cuma basic kepada php ni HTML. Jadi kena study HTML dahulu. :)

  • Yup, yup…hehehe..html pun tengah dalam proses pembelajaran nih…any ebook in particular..?

    • Anwar Yassin:

      Setakat ni dalam BM tiada lagi, cuma panduan HTML tu ada. Boleh search di google panduan HMTL, daripada saudara mazlie nadzri kalau tak silap. Free atau berbayar tu saya tak pasti. Saya belajar HTML ni dalam kelas. Ada subjek, tu yang ada sikit2 basic ttg HMTL ni. :)

  • Ok, Bro nanti saya check it out…..tq

  • thanks bro..ritu ada baca lg 1 utk blog yang banyak gambar dalam 1 post..pakai lazyload jquery plugins..

    • Anwar Yassin:

      boleh try tu. saya tak pasti kalau blogspot ada cache plugin. Cube cari. kalau dia dapat cache kan blog kita. Kelajuan tu bertambah-tambah.:) cuma drawback dia adalah, static page je la.

Leave a Reply

Produk Gaji Sendiri
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Jurukomen Paling Mantap
Komuniti
Gaji Sendiri di Facebook