7 Cara Buat Duit Dengan Blog

buat-duit-dengan-blogDalam artikel terdahulu, saya telah mendedahkan 5 cara buat duit dengan blog. Namun, dua lagi idea menerjah ke minda saya beberapa hari yang lepas berkenaan dengan cara-cara buat duit dengan blog. Jadi entri ini merupakan entri penambahbaikan bagi entri asal di blog ini.

Bagi yang pernah terbaca artikel asal berkenaan cara buat duit dengan blog, anda mungkin telah mengetahui 5 cara buat duit dengan blog yang telah saya catatkan. Namun, bagi pelawat yang baru tiba di blog ini, anda boleh membaca artikel asal tersebut untuk mendapat gambaran awal. Kalau tak nak baca pun tak mengapa, sebab saya telah kumpulkan 5 cara buat duit dengan blog itu ke dalam entri baru ini. :)

1. Buat Duit Dengan Program Affiliate

Anda boleh menjana pendapatan melalui blog anda dengan menyertai program-program affiliate yang terdapat di internet. Apa itu affiliate ? Secara mudahnya, affiliate adalah rakan pemasaran di internet.

Jika di alam realiti, affiliate ini boleh diibaratkan sebagai pegawai pemasaran ataupun jurujual. Sebelum anda menyertai sesebuah program affiliate, cuba pastikan program affiliate tersebut mempunyai niche dan topik yang sama dengan blog anda.

Sebagai contoh, jika blog anda berkenaan dengan teknik menguasai adobe photoshop, maka anda boleh menyertai program affiliate yang berkaitan dengan gambar, grafik laman web ataupun servis design laman web.

Ini kerana, pelawat yang datang ke blog anda kebanyakannya berkeinginan untuk mendalami teknik membuat grafik yang cantik. Jika anda meletakkan iklan daripada program affiliate dalam kategori yang sama, potensi untuk anda mendapat komisyen adalah tinggi.

Setakat ini, panduan yang paling komprehensif untuk anda rujuk bagi teknik pertama ini adalah panduan Rahsia Affiliate Kerajaan oleh saudara Jamal. Panduan ini merupakan panduan yang paling lengkap setakat ini.

2. Buat Duit Dengan Servis

Melalui blog, anda sebenarnya berpeluang menjana pendapatan dengan memberikan servis dan perkhidmatan tertentu kepada pelanggan. Antara kelebihan menawarkan servis di blog anda ialah, perniagaan jenis ini tidak memerlukan stok, sebaliknya hanya memerlukan kebolehan anda selaku pihak yang menawarkan servis.

Sebagai contoh, rakan saya menggunakan blognya untuk menjalankan servis pengesahan akaun paypal menggunakan virtual kredit card(VCC). Ada juga yang menjalankan servis design tema blog sebagai punca pendapatan dari blog mereka. Ada juga yang menawarkan servis setup akaun adsense untuk mereka yang ingin bergiat dalam adsense.

3. Buat Duit Dengan Menjual Produk Digital/Fizikal

Blog anda mempunyai potensi yang besar sebagai tempat untuk anda menjual produk sendiri. Sekiranya anda mempunyai produk untuk dijual, tidak kira produk digital atau produk fizikal, anda boleh menggunakan blog anda sebagai tempat menjual produk tersebut.

Namun, ada pendapat yang mengatakan blog hanya sesuai untuk menjana trafik ke laman perniagaan anda. Menurut pendapat ini, minisite lebih sesuai dijadikan laman web menjual produk, manakala blog pula bertindak sebagai pembawa trafik ke minisite tersebut.

4. Buat Duit Dengan Menawarkan Ruang Iklan

Jika blog anda mempunyai pelawat yang ramai setiap bulan, anda boleh mempertimbangkan untuk membuka ruang iklan di blog anda. Berkemungkinan, anda boleh meletakkan harga yang berpatutan terhadap iklan yang akan diletakkan di blog anda ini.

Tempoh sewaan boleh jadi seminggu, sebulan atau setahun, bergantung kepada perjanjian yang dimeterai oleh anda dan pengiklan tersebut. Saya sendiri pernah ditawarkan dengan nilai yang agak berpatutan untuk satu sewaan di ruang blog saya sebelum ini.

5. Buat Duit Dengan Ulasan

Cara ke-5 buat duit dengan blog ini ini boleh diaplikasikan oleh anda, jika anda mempunyai kelebihan dalam bidang penulisan atau berminat untuk mengasah bakat anda dalam bidang ini. Dengan memberikan ulasan/review berkenaan dengan sesuatu produk atau perkhidmatan yang dilancarkan, anda mampu menjana pendapatan tambahan di internet.

Teknik ini akan menjadi lebih berkesan sekiranya produk yang anda ulas itu dicari oleh orang ramai yang melayari internet. Sekiranya anda berminat, antara laman-laman web yang menawarkan teknik ke-5 ini ialah payperpost.com, shvoong.com dan reviewme.com.

Ada juga blogger yang membuat pertandingan mengulas blog mereka. Anda dikehendaki menulis tentang blog mereka dan pamerkan entri tersebut di blog anda pula. Jika anda rasa pertandingan tersebut berbaloi untuk disertai, tak salah jika anda mencuba nasib. Untung-untung blog anda jadi johan pula. Tuah manusia tak siapa tahu kecuali Allah SWT.

6. Buat Duit Dengan Menyertai Agensi Pengiklanan

Cara ke-6 buat duit dengan blog ini jika dilihat sekali imbas, mungkin mempunyai sedikit persamaan dengan teknik ke-4 di atas. Namun, teknik ini sebenarnya tidak sama. Caranya ialah dengan menyertai agensi pengiklanan seperti advertlets, nuffnang serta innity.

Untuk cara ke-6 ini, anda tidak perlu menawarkan ruang iklan di blog anda untuk pengiklan. Tetapi, cukup dengan menyertai agensi-agensi pengiklanan ini. Mereka telah menjadi orang tengah dengan menyediakan iklan-iklan daripada pengiklan untuk anda sediakan di blog anda.

Selalunya iklan ini mempunyai kitaran tertentu. Jadi, jika anda letak satu kod yang disediakan oleh agensi ini di blog anda, tidak kira di bahagian sidebar ataupun di bahagian entri, sebenarnya anda telahpun membantu mengiklan lebih daripada satu iklan.

Secara peribadinya, saya pernah menjadi penggemar agensi pengiklanan ini pada tahun 2007 yang lalu. Namun saya beralih arah daripada teknik ke-6 ini untuk menumpukan usaha terhadap teknik-teknik lain.

7. Buat Duit Dengan Teknik Blog Flipping

Ini merupakan teknik ke-7 dan terakhir untuk entri 7 cara buat duit dengan blog ini. Saya rasa mungkin teknik ini nampak macam tak familiar bagi anda bukan? Baiklah, apakah teknik blog flipping ni sebenarnya?

Blog flipping merupakan satu teknik di mana anda membina sebuah blog, menjana trafik ke blog tersebut, make-up blog tersebut cantik-cantik, menaikkan Google Page Rank dan Alexa Rank, dan akhirnya menjual blog tersebut kepada orang lain. Untuk memudahkan cerita, anda adalah broker kepada blog tersebut.

Dengan teknik blog flipping ni, anda tidak menjadikan blog tersebut sebagai blog peribadi, sebaliknya blog tersebut dibina semata-mata untuk dijual kepada blogger lain. Anda akan dapat keuntungan melalui penjualan blog tersebut.

Jika anda ingin sumber untuk membina blog percuma, anda boleh mendapatkannya di blogspot atau wordpress. Namun jika anda ingin meningkatkan nilai blog yang bakal anda jual nanti, saya sarankan anda membina sebuah blog self hosted.

Jika anda rasa membina sebuah blog self hosted adalah susah, Panduan WordPress Kit yang dihasilkan oleh Zulfadli mungkin boleh menghilangkan keraguan anda sama sekali. Panduan wordpress kit ini direka khusus untuk mereka yang tidak berapa mahir dengan kod HTML. Tak susah sebenarnya. :)



p/s: Jangan lupa untuk kongsikan informasi percuma ini dengan rakan-rakan anda di facebook. Klik pada butang biru “F share” di atas untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda di facebook.

Anwar Yassin

Related Posts with Thumbnails

42 Responses to “7 Cara Buat Duit Dengan Blog”

  • zik:

    Erm banyak juga cara nak buat duit dgn blog nie… :-)

  • saya akan cuba praktikkan satu persatu……terima kasih…

  • saya ada 4 blog, tapi saya tak manfaatkan kesemuanya utk buat duit, except nak naiikkan SEO dan interaksi dengan pembaca. saya akan apply cara yang dicadangkan.

    • Anwar Yassin:

      Kalau Humaizi larat, boleh je optimizekan semua. :) Tapi, core business bro untuk blog2 tu dah ok dah. :)

  • Nak try blog flippingla..macam best jer..tapi nak jual kat sape?

    • Anwar Yassin:

      Jual kepada orang yang rasa buat blog dot com ni leceh, tapi nak sangat mempunyai blog sendiri. :) Lepas tu, Meezwan boleh charge satu atau dua ringgit utk maintenance. hehe. Nak jual kat mana tu, try kat forum2 bisnes internet kat Malaysia ni. :)

      • Tapi buat servis pasang blog ok jugak kot dari jual blog..rasanya kat Malaysia ni tak popular sangat blog flipping..maybe kena cari pasaran luar negara.. :)

        • Anwar Yassin:

          Di Malaysia memang tak popular lagi ni. Tapi mesti ada individu yang nak cepat guna blog berbayar. Sementara tunggu pembeli, boleh letak iklan adsense sekali. :)

        • ye pasaran luarnegara lbh luas.. slh satu site jual beli web ialah flippa.com

          • Anwar Yassin:

            Terima kasih di atas perkongsian yang sangat berinformasi ni mokde. :)

  • Artikel yang ringkas dan amat membantu.. terima kasih .

  • Cayalah bro.. pendedahan yang amat berguna.. saya akan cuba praktikkan.. tapi setakat ini saya masih belum menjana pendapatan melalui blog.. kalu ada sales pun tak tahu adakah iannya dari blog.. banyak lagi yang perlu saya belajar dari tuan mengenai pendapatan melalui blog ini.. thanks

    • Anwar Yassin:

      Kalau nak tahu income dari mana tu, kena buat split testing tu Fizzi. kalau kreatif, jadi blog flipper boleh untung lumayan tu. Saya lupa masukkan adsense, tapi adsense tu sebenarnya boleh dikategorikan bawah teknik ke-6

  • Baik.. sy cuba implement dalam blog saya.. tapi adakah adsense boleh berfungsi dalam blog berbahasa melayu?

    • Anwar Yassin:

      kalau semata-mata bahasa melayu, tak boleh rasanya. Buat dulu artikel dalam BI, dalam 3 atau 4. Kemudian apply adsense. Saya rasa banyak je iklan adsense dalam BM. Cuma keyword kena ambil kira…

  • ooo..ada bnyak lg kurang kat blog aku rupa nya..hehe.
    thnx for sharing..

  • sahabat-sahabat boleh dapatkan informasi lanjut berkenaan Blog flipping dengan search di Google. Banyak informasi boleh membantu anda di sana. Yosh!

  • waaahh….kalau yang Blog Flipping mmg baru bagi saya..

    saya berminat juga nak buat cara macm tu,..

    tetapi ambil masa juga lah kan untuk naikkan traffic semua tu ;0

    • Anwar Yassin:

      Memang agak mengambil masa juga. Sebab kita perlu optimize blog tu dari sudut PR dan Alexa rankingnya. Tapi kalau nama domain pun sudah ada nilai tersendiri, teknik ini pasti membuahkan hasil yang lumayan.

  • wah..nampaknya semakin meriah blog kita ni Anwar,teruskan ya..trimas juga sudi melawat blog donnyien[dot]com.

  • TQ bro…i will try to implement those idea. http://jymaster.blogspot.com

  • mohd zulhairi bin abu samah:

    Terima kasih di atas panduan dan hadiah dari anda khas
    anwar yaasin

  • kalau mcm kt trade blog perniagaan ni nanti x jd masalah ke kalau owner baru tu buat yg bukan2.sbg contoh sy ada terima tawaran utk ambik alih buss blog saya.tp takut nanti kalau dia org menipu sy yg kena. http://dgolferzone.blogspot.com

    • Anwar Yassin:

      Sebelum awak menjual tu, war-warkan kepada pengunjung yang blog tersebut bakal bertukar milik. Mungkin sebulan, dua bulan atau 3 bulan sebelum tarikh pertukaran owner dilakukan. :) Yang penting hebahkan, agar anda tak terkena tempias kerja owner baru.

  • makasih atas sharingnya. mangtabs deh pokoknya

  • zek:

    camne kalu buat sajak,kasi org baca..buleh buat duit juga ke aaaaa..?????kalu boleh camna caranya…

    • Anwar Yassin:

      Kalau dengan sajak, mungkin jika sajak tersebut dalam bahasa ingeris, saudara boleh pasang iklan adsense. Kemudian saudara boleh je pakai khidmat innity, advertlets dan nuffnang utk diletakkan di blog saudara.

  • rgkas dan pdt ngn tips2 b’gune. thanx ea..,

  • zek:

    wah..!!!tak sangka ye..sedare ni hebat juga ye..dah ramai yg kungjungi blog sedare,hidup sedare!!!.saya nie mmng buta i.t senang cite hampeh pasal i.t nie …nak tanya boleh ke sedare tolong ajarkan saye buat blog?.tunjuk ajarku sifuuu…o.k t.k komen lagi lain kali.

    • Anwar Yassin:

      Saudara Zek rasanya suka menulis tentang apa ? Mungkin idea tu boleh digunakan untuk membuka blog. :)

      • zek:

        t.k kerna respon e.mail saya .saya suka menulis sajak dan puisi tapi takdala bagus sangat tapi memang saya minat.kalau ada komen,kita jupa lagi lain kali di alam maya ini(blog)anda.o.k t.k dan mohon maaf andai ada terkasar bahasa dan ada bicara mengguris jiwa,selamat menyambut syawal yg bakal tiba.hidup mesti ceria,ceria itu membawa bahagia…chowww..dulu….

Leave a Reply

Produk Gaji Sendiri
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Jurukomen Paling Mantap
Komuniti
Gaji Sendiri di Facebook