Tips Paypal – Duit Masuk Ketika Tidur

Salam sejahtera, apa yang ingin saya sampaikan pada anda hari ini adalah berkaitan dengan satu fungsi hebat di Paypal.

Anda mungkin pernah dengar orang berkata bahawa mereka menjana duit ketika tidur ? Atau anda pernah mendengar mereka berkata duit masuk ke dalam akaun tanpa disedari ? Sama ada anda percaya atau tidak, hakikatnya perkara seperti ini memang wujud, lebih-lebih lagi dengan adanya paypal.

Tips yang saya maksudkan adalah berkenaan dengan fungsi “Instant Download” yang terdapat di Paypal. Tips ini sangat sesuai bagi produk-produk digital seperti e-book, software atau apa-apa saja produk yang boleh di-download.

Apa yang saya maksudkan dengan “Instant Download” ialah apabila pelanggan anda membuat bayaran ke
dalam akaun PayPal anda, pelanggan anda akan dibawa ke download page untuk download produk yang mereka beli.

Instant Download ini amat mudah kerana anda tidak perlu menghantar e-mail kepada pelanggan anda untuk memberitahu di mana untuk download produk yang mereka beli. Segala-galanya diuruskan oleh Paypal.

Anda hanya bekerja sekali saja dan selepas daripada itu, duit akan masuk secara berterusan ke dalam akaun anda tanpa anda perlu lakukan apa-apa. Tapi jangan lupa untuk membuat promosi ya. :-)

Panduan dibawah ini adalah berkenaan dengan bagaimana anda membuat butang “Buy Now” di laman web jualan anda.Untuk menghasilkan butang “Buy Now” yang boleh redirect ke download page, ikuti langkah-langkah yang saya nyatakan di bawah:

1. Login ke akaun PayPal anda
2. Klik butang “Merchant Services”
3. Pilih kaedah pembayaran “Paypal Website Payment Standard”
4. Klik pada “Buy Now Buttons”(di dalam kotak “Key features”)
5. Isikan maklumat dan harga yang telah anda tetapkan.
6. Klik pada “Step 3: Customize advance features”
7. Masukkan link download page pada bahagian
“Take customer to a specific page(URL) after successful checkout:”
8. Klik “Create Button Now”

Selepas itu, apa yang perlu anda pastikan adalah download page anda berfungsi. Jika tidak berfungsi, anda mungkin akan dimarahi oleh pelanggan. ;-)

Untuk pengetahuan anda, kini akaun Paypal sudah boleh diguna pakai di Malaysia dengan menggunakan kad debit Public Bank. Selepas proses pengesahan akaun anda berjaya, anda boleh withdraw duit anda di Public Bank.

Anda boleh rujuk pada panduan paypal yang saya berikan kepada anda untuk keterangan lanjut
berkenaan dengan pengesahan akaun paypal menggunakan kad debit ini.

Saya harapkan tips dan panduan yang ringkas ini dapat membantu anda. Semoga berjaya !

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Produk Gaji Sendiri
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Jurukomen Paling Mantap
Komuniti
Gaji Sendiri di Facebook