Remaja Yang Berjiwa dan Bergaji Besar
Semalam, saya telahpun menghabiskan 10 minggu praktikal yang sangat mendatangkan kesan kepada diri saya.
Macam-macam perkara dan asam garam dunia pekerjaan telah saya lalui. Tapi mesti “macam burung pipit dan merak” kalau nak dibandingkan dengan mereka yang dah bekerja selama setengah abad. Tabik spring saya pada mereka. Cukup sabar dan kental demi mencari sesuap nasi untuk santapan seisi keluarga.
Sebut tentang alam pekerjaan ini, saya juga telah menziarah sekumpulan remaja yang berjiwa besar dalam perniagaan internet. Mereka boleh dikatakan sebagai jaguh dalam dunia IM dan taukey mereka hanyalah seorang remaja yang baru nak mencecah umur puluh.
Memang berbisa mereka ni.
Pertemuan saya dengan Team Flarebiz semalam bagi saya merupakan satu anjakan yang membuka mata, jiwa dan minda saya mengenai perniagaan internet. Walaupun saya seorang IM, anda tentu tahu bagaimana perasaannya bila berjumpa dengan kumpulan yang ‘sekepala’ dengan kita. Analoginya macam berjumpa orang dari negeri yang sama dengan kita.
Bayangkanlah.
Dalam pertemuan terbabit, sempat juga saya bertanya tentang diri dan bisnes mereka. Paling mengharukan adalah sebab mengapa mereka boleh berhijrah ke Kuala Lumpur untuk memulakan bisnes internet. Mereka telah membuktikan, kritikan dan cacian bukanlah pelemah semangat bagi insan yang berjiwa usahawan, sebaliknya bertindak sebagai batu loncatan untuk sampai ke tebing kejayaan.
Adly a.k.a Labanon, selaku General Manager untuk Team Flarebiz berkongsi banyak informasi tentang bisnes internet sama ada secara langsung atau tidak, dan sudah pasti kebanyakan daripada isi perbincangan kami berkisar tentang Mininiaga, satu produk berkualiti keluaran syarikat mereka.
Sempat juga saya mengambil gambar bersama-sama mereka walaupun mereka sedang sibuk menguruskan produk yang baru mereka lancarkan pada hari Isnin yang lalu. “Terbaik dari ladang!” bak kata Adly.
Sibuk layan pelanggan
Bersama co-founder syarikat, Adly
Programmer syarikat yang sempoi, Ramzy
Ruang miniseminar mereka
Sofa tetamuKenapa saya cakap mereka bergaji besar ? Sebab pendapatan mereka mencecah lima(5) angka sebulan. Tak terkejor yop!
Berkemungkinan besar dalam usia 23 tahun, mereka sudah bergelar jutawan. Insya-Allah. Sempat juga saya katakan pada Adly, “Bolehlah kahwin time tu!”
.





Wow, cerita yang sungguh menginspirasikan. Terima kasih
PS : Lenkali kalau kawan-kawan nak cari tempat praktikal, suruh diorang tanya kat Flarebiz. hehe
RK, lepas ni kalau ada masa, nak gi lawat RK pulak. hehe. Haa. Lupa pulak, memang ada U yang dah tawarkan praktikal student utk kerja dgn mereka.
teringin menjadi seperti mereka suatu hari nanti.. perlu berusaha dngan lebih gigih lepas ni..
Insya-Allah. boleh punya. Yang penting ada jiwa usahawan. Usahawan muslim.
team yang mantap..suka melihat mereka bekerja..
yezzaa…
produk terbaru dorang mmg tempting abis. thumbs up sama flarebiz.
nak tau gak jual apa kat internet tu. akak ni baru nak merangkak2..
Mereka jual sistem untuk berniaga secara online kak. Dengan adanya sistem ni, usahawan yang ingin berniaga di internet tidak perlu memikirkan perkara yang rumit. Hanya tahu apa barang yang nak dijual dan poooff, mininiaga ada untuk mereka.
cool..and tahniah..semoga terus cemerlang..^^
baru tau la syeikh enta seorg IM..hu2. All da BEST!
(facebook: Muhammad Akram)
Alhamdulillah. Hajat di hati memang nak sorokkan. Tapi dah tau kena berterima kasih. Syukran jiddan ya akhi.
Aduh, saya berada di rumah ketika ini. Kalau tidak dapat jua abang Anwar juga.
oho. Zhafran pun takde kat situ. Dua orang je. Adly pulak ngan kain gombang time buka pintu. hehe. Well done bro semua. Mantap dan menghasilkan produk yang mantap pula.
Lain kali boleh saya datang lagi. Kelmarin pun sampai terpaksa tanya pak guard kat bawah tu. Org kampung datang bandar memang macam tu la. sesat sikit.hehehe.
fuh, mmg bz bro neh! dgr kata nak kuar ebook baru? apapun gud luck
insya-Allah. Sedang tunggu designer menyiapkan minisite. Outsource sbb tak cukup kudrat.
hehe.
Salam perkenalan dari saya
ada iras dgn muka hanny ramzy
Salam perkenalan Alif. Siapa yang seiras muka tu ? Alif ke ?
Team Flarebiz ni kecil-kecil cili padi…
Muda-muda cili padi rasanya Amirol, pedas dan menyengat.
Kalau kecil, rasanya mereka lebih tinggi dari saya.
salam anwar..selamat pengenalan..teringin sangat saya nak jadi flarebiz tu..kalu saya ada kemahiran, akan saya kongsikan dengan orang lain supaya sama – sama pandai.itu cita – cita saya untuk menolong orang lain supaya celik komputer dan internet.///
salam perkenalan matnor. Jangan risau tentang kemahiran tu, saya rasa semua orang boleh develop apa yang mereka ras sesuai dan mempunyai prospek untuk perniagaan mereka. Cuma isu yang timbul adalah “Nak ke Tak Nak ?” tu aje.
Teruskan usaha. Insya-Allah berjaya.
terima kasih kasih kerana nasihat daripada saudara anwar..saya tertarik dengan blog saudara…simple,kemas dan sarat dengan maklumat.saya hendak tanya saudara, boleh tak kita letak banner kita sendiri di dalam blog kita..sebab saya pernah jugak buat blog, tapi saya guna template yang di sediakan…tapi kurang memuaskan hati saya…mintak nasihat nasihat daripada saudara anwar bagaimana hendak menghasilkan blog yang menarik dan kemas?
maksud saudara banner tu macam mana ya ? Kalau banner untuk headline, sememangnya boleh. Cuma kita kena ubah sedikit kod-kodnya.
Team Flarebiz mmg mantap..
Sungguh memberi inspirasi pada saya… muda2 lagi da beribu dalam tangan! Oh tidak sabar ku ingin miliki seperti beliau!
Salam..
Dalam agama islam menyeru kpd semua umat islam berniaga kerana 9/10 rezeki terdapat dlm perniagaan tidak kira perniagaan apa sekali pun.. Team Flarebiz berjaya ketika ini mereka m’punyai matlamat yg mereka tuju dan tahu asal usul mereka. Sebab ini mereka jadi panduan dan pembakar semangat untuk mencipta kejayaan..
Tq
dah lebih 3 tahun saya mencari rahsia perniagaan internet ni, tapi still tak berjaya macam diorang tu..bila baca dapat 5 angka sebulan..alahai jeles gila ar..tatau apa yg tak kena dengan diri ssaya sebab tak berjaya lagi..
Perlu ada satu produk yang lain dari yang lain dan mendapat demand yang tinggi dalam market. Insya-Allah. Pasti boleh punya.