Produk Pertama GajiSendiri ?

Assalamualaikum WBT. Salam hormat kepada rakan-rakan serta pengunjung blog ini. World Cup sudahpun tiba. jadi mana satu pasukan pilihan anda ? :) Saya cenderung ke arah pasukan Brazil. Tapi tak fanatik mana. Walaubagaimanapun, gol pasukan Brazil tempoh hari memang agak cun. :)

Antara sebab saya jarang update blog ini adalah disebabkan saya kini sedang menghasilkan satu produk informasi. Produk ini sedang dalam fasa-fasa akhir yang mana saya sedang lakukan sedikit touch-up dan akan mendirikan website tidak berapa lama lagi.

Produk ini saya hasilkan untuk membantu ibu-bapa serta anak-anak mereka mendapatkan informasi yang tepat tentang satu isu. Saya tidak akan dedahkan isu tersebut buat masa ni.

Produk ini juga merupakan produk yang pertama seumpamanya di Malaysia. Justeru, saya harap dengan kehadiran produk ini. Ibu bapa yang mempunyai anak-anak berupaya menyelesaikan masalah yang mereka hadapi sekiranya berhadapan dengan masalah tersebut.

Sebenarnya saya cuba untuk lancarkan produk ini lebih awal, namun disebabkan sedang praktikal, saya terpaksa tangguhkan waktu pelancaran. Bukan apa, takut-takut berlaku apa yang pepatah dah sebutkan “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”.

Jadi, saya telah buat keputusan untuk melancarkan produk ini pada akhir bulan 6 atau awal bulan 7. Waktu ini juga saya rasakan sebagai waktu yang tepat untuk melancarkan produk ini.

Saya harap setelah saya lancarkan produk ini, anda yang membaca entri ini sudi untuk menjadi rakan niaga saya. Saya tekad, jika produk pertama saya berada di pasaran, biarlah produk tersebut berjaya membantu pembeli dan juga rakan niaga yang telah banyak membantu saya.

Saya akan update lagi perkembangan terkini tentang produk ini dari semasa ke semasa dan saya harap agar anda sabar menunggunya. :) Tunggu ya…

Sekian, Wassalam. :)

Related Posts with Thumbnails

4 Responses to “Produk Pertama GajiSendiri ?”

Leave a Reply

Produk Gaji Sendiri
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Jurukomen Paling Mantap
Komuniti
Gaji Sendiri di Facebook