Pengalaman Manis Buat Duit Di Internet ?

(Artikel ini merupakan olahan semula newsletter panduan 13 cara buat duit di internet)

Saya telah ditanya oleh ramai pembaca panduan 13 cara pendapatan internet tentang cara buat duit di internet, dan saya masih ingat lagi antara soalan yang popular adalah seperti “Anwar, bagaimanakah caranya untuk saya menjana pendapatan di internet? saya dah perhatikan agak lama dan dah lawati blog anda, tapi saya masih tak tahu cara nak bermula.”

Soalan di atas adalah seperti yang ditanya kepada saya, tentang bagaimana hendak bermula. Dan saya rasa mungkin ada di kalangan pembaca yang mempunyai persoalan yang sama. Tentang bagaimana hendak bermula dan kemudiannya menjana pendapatan di internet.

ecover

Tahukah anda bahawa saya menjana pendapatan internet yang pertama dengan menyertai affiliate? Ketika itu, saya memasarkan produk keluaran Cikgu Azleen (rakan JV saya) tentang tuisyen Bahasa Inggeris Online.

Mula-mula, saya sekadar suka-suka letakkan link beliau di blog saya, kemudian saya rasa perlunya capaian yang baik untuk produk ini lalu saya hasilkan sendiri banner dan buat satu artikel berkenaan dengan kepentingan mempelajari bahasa inggeris.

Satu hari, semasa saya periksa akaun email,saya dapati terdapat satu email daripada maybank. Dengan semangat ingin tahu, saya buka email tersebut dan mendapati Cikgu Azleen telah mendepositkan RM84 ke dalam akaun Maybank saya hasil daripada usaha mempromosikan tuisyen online beliau. Adakah anda tahu perasaan saya ketika itu ? Memang sangat seronok.

Jadi, apa kaitan cerita ini dengan isu di atas ? Saya sebenarnya ingin menunjukkan bahawa antara jalan mudah menjana pendapatan di internet ini adalah dengan menyertai affiliate. Mungkin anda kurang bersetuju, tapi inilah cara yang saya anggap paling mudah dan paling cepat. Dan ia meninggalkan kenangan yang manis buat saya dalam bidang ini.

bukti pendapatan internet

Dua Jenis Jalan Dalam Pemasaran Affiliate

Pada saya, untuk menjana pendapatan di internet,hanya ada dua jalan yang wujud, iaitu jalan cepat dan jalan lambat. Jalan cepat dan lambat ini masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan ke atas satu sama lain.

Jika anda memilih jalan lambat, anda dapat mengumpul pengalaman demi pengalaman. Memang banyak yang dapat anda kumpulkan sendiri. Ramai yang telah berjaya. Namun kekurangannya adalah anda terpaksa menggunakan ‘try and error’ untuk mendapat pengalaman tersebut. Jika tersilap langkah, anda boleh mengalami kerugian beribu-ribu ringgit dengan tiada jualan yang terhasil. Ramai juga yang mempunyai nasib sebegini.

Berkenaan dengan jalan cepat pula, anda akan mendapat ilmu dengan cepat dan mampu untuk menjana pendapatan dengan pantas. Ini bergantung kepada teknik dan strategi yang ditunjukkan. Maksudnya, anda akan mendapat tunjuk ajar secara direct daripada mereka yang telah berjaya dalam menjana pendapatan di internet ini.

Namun anda tersilap memilih mentor, anda tidak akan dibimbing dengan sempurna, kerana minat mereka bukan kepada ilmu yang diberikan, tetapi wang ringgit anda. Justeru, dalam memilih mentor yang akan mengajar anda, pilihlah dengan cermat dan usah terburu-buru dalam proses pemilihan yang anda jalankan.

Related posts:

  1. 5 Cara Buat Duit Dengan Blog
  2. Paypal Wishlist Boleh Buat Duit ?
  3. 3 Idea Untuk Anda Mulakan Bisnes Internet
  4. Produk Buat Duit Raya Dari Ammar

4 Responses to “Pengalaman Manis Buat Duit Di Internet ?”

  • Memang diakui affiliate merupakan antara cara
    mudah untuk buat duit online.

    Tak perlu pening2 pikir nak buat produk,
    nak melayan kerenah customer & macam2 lagi.

    Thanks.Nice article… ;-)

  • yup, saya setuju..persoalan diatas berlaku juga kepada saya dan saya yakin ramai lagi mereka yang diluar tercari-cari bagaimana hendak bermula. Bagi pendapat saya,sesiapa yang ingin melakukan business ini perlulah kuat semangat dan berani mencuba. Saya yakin bulan pertama dan kedua buat business internet pasti ramai yang mengeluh sebab tak dapat income :( (..bersabarlah :-)

    Program affiliate mmg diakui sesuai utk mereka yg baru dlm business ini. ;-)

    • Anwar Yassin:

      Memang kena banyak bersabar. Sebab proram affiliate atau program jana wang di internet ni sedikit memerlukan masa. Mereka yang beminat perlukan usaha untuk belajar juga.

Leave a Reply

Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.

Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Tags
Komuniti
Trafik
Small Business Blogs - Blog Catalog Blog Directory