Paypal Wishlist Boleh Buat Duit ?
Salam sejahtera buat rakan-rakan IM serta pelawat-pelawat yang mengunjungi blog GSC. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dalam rahmatNYA.
Pernahkah anda dengar tentang Paypal wishlist yang pernah disebut-sebut dahulu? Ya, berkenaan dengan Paypal Wishlist yang dikatakan boleh menyebabkan pengguna facebook buat duit di facebook.
Saya pernah sertai program ini dan baru-baru ini, apabila saya membuka email, saya terkejut kerana mendapat satu email pemberitahuan daripada Paypal yang mengatakan bahawa $3.00 telah dikreditkan ke akaun paypal saya.
Saya bersetuju jika anda rasa amaun ini terlalu kecil untuk dijadikan sebagai satu artikel. Namun niat saya bukanlah untuk berbangga-bangga. Artikel ini sekadar memberitahu anda bahawa memang anda mampu untuk buat duit dengan facebook. Salah satu buktinya adalah dengan Paypal Wishlist ini.

Jadi, selepas ini jika facebook dan Paypal mengaadakan lagi acara wishlist, mungkin anda boleh sertai dan jana wang menerusinya. Akan tetapi buat masa ini, saya dapati Paypal Wishlist tidak lagi menawarkan wang tunai bagi setiap pengguna yang menyertainya.
Sehingga berjumpa lagi, Wassalam.
Related posts:



Dh tamat dh kempen paypal wishlist ni. Sy juga mendapat hasil di sini.
Tahniah untuk anda. Semoga selepas ini lebih banyak peluang yang boleh kita ambil.
kalo wishlist da xde, kan dalam akaun paypal ada ‘referal’ kat bawah, tu pun bleh buat duit gak