Harga Petrol dan Gula Naik Lagi
Assalamualaikum WBT, sedang saya sibuk menyiapkan produk digital keluaran Gaji Sendiri Dot Com, tiba-tiba terdengar pula desas desus yang mengatakan bahawa harga Petrol akan naik tak lama lagi. Saya ingatkan ianya hanya satu sangkaan, namun akhirnya ia betul-betul berlaku.
Namun apa yang menariknya, kita tak dengarpun akhbar-akhbar arus perdana mengumumkan petrol dan gula mengalami kenaikan harga. Apa yang diumumkan adalah sekadar istilah “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.
Mengapa mereka tidak menggunakan istilah “harga barang naik” lagi ? Mungkin kerana kerajaan telah mengambil iktibar bahawa jika mereka menggunakan istilah barang naik, rakyat akan berpaling daripada kerajaan. Ini satu kemungkinan. Tidak kurang juga mereka ingin menyedapkan hati rakyat Malaysia. Oh!
Namun isu ini sebenarnya perlu diberi perhatian serius kerana, isu kenaikan harga petrol dan minyak ini membenarkan pengakuan seorang bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala bahawa negara boleh ‘bankrap’ pada tahun 2019 sekiranya kerajaan tidak bertindak cepat memotong subsidi beberapa barangan keperluan rakyat. Nah tibalah waktu pemotongan yang dijanjikan tersebut.
Bagi yang kurang mengikuti perkembangan semasa isu dalam negara, beberapa hari yang lepas kerajaan telahpun mengisytiharkan kenaikan harga gula kepada 25 sen sekilogram, petro RON95 dan Diesel naik 5 sen dan gas LPG 10 sen sekilogram.
Sebagai rakyat marhaen yang juga terkena tempias kenaikan harga ini, saya tidak mahu menyalahkan sesiapa, namun saya kini bermuhasabah apa yang boleh saya lakukan pada masa hadapan agar isu ini dapat diatasi.
saya juga tertarik dengan beberapa pandangan mengenai solusi kepada isu ini. Antara pandangan-pandangan yang sempat saya kumpulkan adalah:
- Sebagai simbol penjimatan maka gaji semua menteri perlu dipotong 20%.
- Menambah peruntukan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang membiayai fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim.
- Kerajaan perlu memberi subsidi RM500 sebulan terus kepada golongan keluarga berpendapatan rendah.
- Kerajaan perlu menghindarkan ketirisan-ketirisan yang berlaku dalam sistem pemerintahan terutamanya projek-projek mega yang habuannya tidak dinikmati oleh golongan berpendapatan rendah.
Sebelum saya mengakhiri entri bersahaja kali ini, akan saya coretkan pengalaman saya ke Kuala Terengganu tempoh hari. Antara banyak-banyak mercu tanda yang saya lawati, mercu tanda yang paling saya ‘kagumi’ adalah Stadium Sultan Zainal Abidin yang ranap dan masih belum dibersihkan sisa runtuhannya.

Inilah satu contoh pembaziran yang sewajarnya dielakkan. Berapa juta nak bina stadium ini agak-agaknya ? Berapa jumlah wang yang digunakan untuk membersihkan sisa runtuhan ? Berapa banyakkah wang yang akan digunakan untuk memperbaiki struktur stadium ini ? Boleh tanya mereka yang bertanggungjawab… Wallahu’alam.





Salam Bro Anwar, bagus artikel yang ini saya sokong seratus dua puluh peratus….saranan saya subsidi kepada para menteri dan pegawai tinggi kerajaan juga patut di rombak seperti elaun minyak, elaun kereta, elaun parking, elaun makan, elaun perjalanan, elaun tol, semuanya dipotong….bak kata UBAH CARA HIDUP….jadi marilah sama2 kita mengubah cara hidup…jangan sebelah pihak sahaja yang ter’PAKSA’ mengubah cara hidup secara tidak langsung…
warga prihatin
http://www.radzuenebiz.com
p/s – tahniah atas kemunculan Kit Biasiswa
Rombakan cara hidup yang menyeluruh tu juga penting. Memang saya rasa semua perlu menghadapi pemotongan subsidi ini. Untuk kesejahteraan bersama.
Sama-sama Bro.Radzuan. Kalau nak join affiliate. Boleh la ke sini.
http://www.kitbiasiswa.com/affcp/
TKasih Bro Anwar, saya dah sig up dah untuk kit biasiswa, cuma sekarang ni ada problem dengan blog saya nih, semenjak upgrade ke wordpress 3.0 dan guna plugin theme rotator ke apa hari tuh…saya dah buat satu post dalam blog berkenaan dengan kit biasiswa…search kat google dapatlah no 4 kalau tak silap….tapi kena betulkan blog ni dulu….