Paypal Untuk Pembayaran Facebook Ads

osama-bedierFacebook dilaporkan akan menggunakan Paypal sebagai salah satu daripada sistem pembayaran yang akan digunakan bagi menyewa ruangan Facebook Ads mereka.

Dua syarikat gergasi maya dunia ini, Facebook dan Paypal, telah bersepakat untuk mewujudkan kerjasama dua hala serta hubungan strategik bagi membolehkan pengiklan di seluruh dunia mendapatkan kredit facebook ads menerusi pembayaran yang dibuat dengan Paypal.

Dengan wujudnya pilihan pembayaran menggunakan paypal, kempen-kempen syarikat pemasaran kecil ataupun usahawan-usahawan internet diseluruh dunia bakal menjadi lebih mudah. Facebook kini mempunyai 400 juta penguna di seluruh dunia, dan hampir 70% terdiri daripada mereka berada di luar Amerika Syarikat.

Menurut Timbalan Presiden Paypal, Osama Bedier, secara mudahnya, bisnes utama Paypal berkait rapat dengan pengurusan pembayaran. Kehadiran Paypal memudahkan proses transaksi 24 jenis matawang serta 190 pasaran di serata dunia.

Menurut Osama lagi, sebelum ini Paypal memang sudah mempunyai hubungan dengan Facebook, namun ianya bukanlah hubungan secara langsung. Justeru, kerjasama baru yang bakal termeterai antara Facebook dan Paypal ini menjadikan mereka teruja untuk membantu mengembangkan perniagaan usahawan-usahawan kecil di dunia.

Paypal juga dikatakan bakal menjadi platform pembayaran bagi mereka yang memerlukan Facebook Credit, terutamanya mereka yang menggunakan perkakasan di facebook seperti aplikasi ataupun permainan .

Apa pandangan anda pula berkenaan hal ini. Adakah anda rasa ia bakal memberi faedah kepada usahawan-usahawan internet tanah air, atau sekadar menjadi pemberat dan tanggungan kepada mereka ?

Related Posts with Thumbnails

10 Responses to “Paypal Untuk Pembayaran Facebook Ads”

  • baby:

    info yg menarik
    tapi kalo dpt gunakn kedua2nya sekali lg elok (kad kredit & paypal)

    • Anwar Yassin:

      Paypal bertindak sebagai nilai tambah kepada teknik yang telah digunapakai. Sebelum ini memang pihak fb menggunakan kad kredit sebagai pembayaran utk ads mereka.

  • Salam Motivasi / Berkenalan..

    Satu information yang berguna. Tapi bro saya tidak faham sgt dgn entry ini la.. Boleh diperjelaskan dgn lebih lanjut..

    Sekian,
    Tq
    (Gaya hebat disukai ramai)

    • Anwar Yassin:

      Entri ni merupakan satu pemberitahuan ttg facebook ads (pengiklanan di facebook). Usahawan internet atau usahawan offline kini hampir boleh memiliki ruang iklan di facebook dengan membayar melalui paypal. :)

  • sangat bagus dan amat bagus :D

    saya pun dah beralih dari adwords ke fb ads disebabkan kena google slap :(
    9/10 QS jatuh kepada 4/10

    harap fb ads xdek la plak bende alah tu

    • Anwar Yassin:

      Teruk juga kena google slap ya. Facebook setakat ni tiada lagi cerita-cerita pelik macam tu. :)

  • mrlonely:

    bile boleh start bayar facebook ads gune paypal ni?lame dok tunggu ni..

    • Anwar Yassin:

      Setakat ni belum ada lagi perkembangan terbaru, saya akan khabarkan kemas kini sekiranya ada apa2 perkembangan daripada dua gergasi ini.

  • memang,kalau buat iklan di facebook amat menguntungkan,ini boleh mendatangkan traffik nie….kalau pakai paypal mmg dah menyenagkan lagi kerja…kalau facebook terima maybank2u,harap boleh maklumkan jugak ya!!!

  • klu cmtu bgs le…sng skit nk iklan kt fb coz sy xde kad kredit…klu dpt gn paypal leh gn kad debit…hrp2 ia btl2 berlaku

Leave a Reply

Produk Gaji Sendiri
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Jurukomen Paling Mantap
Komuniti
Gaji Sendiri di Facebook