Coretan Tahun Pertama Gaji Sendiri
Saya mencoretkan post ini kerana ingin mengumumkan bahawa semalam baru sahaja genap setahun blog Gaji Sendiri ini didirikan. Dalam setahun ini, Gaji Sendiri telah banyak memainkan peranan yang besar dalam karier saya sebagai internet marketer dan semoga blog yang berkonsepkan cari duit di internet ini dapat saya gunakan lagi pada masa hadapan sebagai satu wacana perkongsian idea, pengalaman serta tip-tip keusahawanan internet yang lebih banyak dari tahun sebelumnya.
Terima kasih juga kepada NetKL network di atas servis yang cekap dan amat memuaskan hati. Dalam tahun pertama bersama-sama dengan netKL, Alhamdulillah. Saya belum pernah lagi berdepan dengan kesukaran berurusan dengan mereka. Sokongan dan bantuan kepada pelanggan juga cepat dan mengikut pengalaman saya selama setahun ini, NetKL menguruskan segala transaksi yang dilakukan tidak sampai 10 minit. Walaupun pernah ada sedikit ketirisan ketika mereka hendak menaik taraf sistem, mereka cepat belajar dari kesilapan dan tidak membiarkan perkara yang sama berulang kembali.
Hari ini saya akan pulang ke kampung di Johor setelah beberapa hari bekerja di Kuantan sebagai IM. Universiti tempat saya menadah ilmu pula kini sedang bercuti dan jika tiada aral melintang, saya akan kembali bertugas sebagai seorang pelajar sepenuh masa dalam jurusan bioperubatan bermula 7 Disember ini bagi menyambung pengajian untuk semester ke 6. Walaupun subjeknya kurang sedikit, tetapi subjek-subjek ini telah menjadi lebih spesifik dan seorang pelajar itu perlu meneroka jauh lebih dalam untuk menguasainya. Namun, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Informasi selanjutnya berkenaan dengan diri saya boleh anda temui di sini. Umum mungkin tidak mengetahui bahawa saya sebenarnya merupakan seorang daripada ahli Majlis Perwakilan Pelajar di universiti saya dengan memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua 1. Mungkin ini boleh dijadikan hujah mengapa Gaji Sendiri kurang aktif sebelum ini. Menjadi seorang pelajar, internet marketer serta pemimpin pelajar dalam satu jangka waktu yang sama mencabar saya dari sudut pengurusan waktu dan pemikiran. Namun pengalaman ini tetap berguna kerana saya telah banyak belajar mengutamakan hak dan tanggungjawab yang wajib ditunaikan, juga dapat mengetahui sejauh mana kapasiti diri saya .
Sampai di sini dahulu coretan saya pada pagi ini, dan saya harap dengan blog Gaji Sendiri, saya dapat menghasilkan sesuatu yang lebih bermakna dan lebih berfaedah pada masa hadapan. Sebelum saya terlupa, ingin saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada pelawat dan subscriber saya yang beragama Islam. Semoga kita dapat mengambil ibrah (pengajaran) dari peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dalam membina iman dan jati diri yang mapan. Walaupun keinginan untuk mengetahui cara buat duit di internet berkobar-kobar dalam diri kita, sewajarnya kita meniti sesuatu jalan itu dengan berhati-hati dan lebih berwaspada. Kita berjumpa lagi dalam artikel yang akan datang.
Wassalam,
Related posts:



happy birthday blog gaji sendiri..terusakan usaha dan jangan putus asa..all the best
terima kasih donnyien. semoga anda pun begitu juga.
salam. tuan, saya dah sertai / daftar dulu. ( lama dah ). tapi bila check semula. tak tahu nak login id macamana. bimbing saya
Untuk PPL ke saudara ? Kalau untuk PPL memang telah lama saya tutup. Saya sedang dalam projek untuk menhasilkan produk berbayar yang keahliannya kekal. Bila sudah siap, nanti saya akan inform di blog ini.
Alhamdulillah. teruskan usaha anda. Semoga berjaya dalam pelajaran dan perniagaan