Anda Masih Belum Mempunyai Biasiswa ?
Bagi pelajar yang akan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, satu persoalan akan timbul ketika mana mereka sedang sibuk membuat persiapan. “Siapakah yang akan menaja aku nanti di Universiti ?”. Buat yang berkemampuan, persoalan ini mungkin tidak bermain di fikiran mereka untuk jangka masa yang lama. Maklumlah, anak orang berada.
Namun, buat yang tidak berkemampuan, tempoh persoalan ini membayangi diri mereka boleh menjangkau setahun lamanya. Atau menjangkau 2 tahun lamanya. Paling teruk, menjangkau sehingga mereka tamat belajar.
Namun tahukah anda, banyak peluang tajaan biasiswa sebenarnya boleh diperoleh di negara kita ? Tahukah anda, sebenarnya terdapat banyak biasiswa yang berulang-ulang setiap tahun ? Setakat yang diketahui buat masa ini, terdapat lebih 40 biasiswa yang boleh dipohon setiap tahun. Ya, 40 biasiswa yang telah diketahui menaja mahasiswa setiap tahun.
Pada tahun 2008 dan 2009 yang lepas, saya merupakan seorang ahli majlis perwakilan pelajar di UIAM. Dalam satu resolusi MPP Semalaysia ketika itu, kami sepakat untuk membawa isu PTPTN ke peringkat yang lebih tinggi. Namun tidak semua yang kami bawa tercapai. Jadi saya terfikir adakah pelajar mempunyai alternatif lain selain daripada PTPTN yang dilihat sebagai nadi ‘penyambung nyawa’ pelajaran mereka.
Bermula dari situasi ini, saya tekad untuk menghasilkan sesuatu yang berguna untuk pelajar. Sesuatu yang dapat membantu mereka mencari alternatif selain daripada PTPTN. Di sini, bukanlah saya menidakkan fungsi PTPTN itu sendiri. Tetapi jika ada alternatif yang banyak, bukankah itu lebih baik ?
Jika anda masih belum mempunyai biasiswa atau masih tercari-cari biasiswa yang boleh anda pohon, Kit Biasiswa merupakan satu panduan yang telah saya reka agar ia mampu membantu anda mengenal pasti biasiswa mana yang sesuai dengan kehendak anda.





