3 Syarat Wajib Perniagaan Internet

Sejak akhir-akhir ini, ramai rakyat Malaysia telah mula menyedari potensi perniagaan internet terutamanya sejak dunia menghadapi krisis kegawatan ekonomi. Kesannya semakin ramai yang mula menjual di internet setiap hari.

Akan tetapi sebenarnya ramai di antara mereka yang tidak tahu apakah syarat wajib yang perlu ada untuk memulakan perniagaan internet ini selain mempunyai hosting dan domain. Ramai yang terjun ke industri ini dan terus mengalami kerugian kerana kurang ilmu berkenaan dengan perniagaan internet.

Sebenarnya ada 3 syarat wajib yang perlu anda ada sebelum anda mula mempromosikan perniagaan internet anda. 3 syarat wajib tersebut ialah:

  1. Mempunyai produk yang hebat dan mempunyai permintaan yang tinggi daripada pengguna internet.
  2. Mempunyai grafik jualan seperti e-cover, minisite dan sebagainya yang profesional dan mampu menarik mata pelawat membeli produk anda.
  3. Mempunyai surat jualan (salesletter) yang mampu menarik pelawat memahami dan membuat keputusan untuk membeli produk anda serta-merta.

Percayalah bahawa tanpa 3 syarat wajib ini anda pasti tidak mampu menjual apa-apapun walaupun anda menghabiskan wang yang banyak untuk mempromosi produk anda!

Jika anda tidak mempunyai kemahiran untuk merekabentuk grafik jualan yang hebat, anda boleh membayar para Grafik Designer untuk mereka bentuk grafik hebat untuk anda. Bayaran mereka biasanya RM100 ke atas. Tetapi hasilnya sememangnya berbaloi.

Bagaimana pula jika anda tidak mempunyai modal yang cukup untuk mengupah para grafik designer bagi mendapatkan set grafik jualan yang hebat untuk menonjolkan produk anda?

Sebenarnya ada penyelesaian alternatif yang lain jika anda mengalami situasi tersebut. Anda boleh mendapatkan template grafik jualan pasang siap dengan harga yang sangat murah dan mampu dimiliki semua. Mungkin anda boleh ke laman web ini untuk mendapatkan sedikit informasi.

Anda kini boleh memulakan perniagaan internet dengan kos yang sangat rendah disamping menonjolkan kehebatan produk anda dengan grafik jualan yang profesional! Sekali lagi, ini anda boleh ke laman web ini untuk mengetahui perkara selanjutnya.

Related Posts with Thumbnails

4 Responses to “3 Syarat Wajib Perniagaan Internet”

  • AINIE BIN SEMAWI:

    SAYA MASIH BELUM FAHAM BAGAIMANA HENDAK MEMBUAT BUSINESS MELALUI INTERNET. DAN SAYA TELAH CUBA UNTUK MENDAFTAR TETAPI MASIH MEMERLUKAN BAYARAN MELALUI CARD CREDIT DAN TIDAK DAPAT MELALUI ATM CARD. SEKIRANYA SAYA TELAH MEMPUNYAI WEBSITE SENDIRI, BAGAIMANA KAH DUIT YANG DI BAYAR PELANGGAN UNTUK SAYA MASUK SECARA AUTOMATIC KE DALAM AKAUN SAYA?

  • Anwar Yassin:

    @Ainie…

    Selalunya, untuk urusan dalam negara, card kredit masih lagi bukan pilihan utama. Melainkan jika kita ingin melakukan sesuatu perkara yang melibatkan urusan antarabangsa.

    Paypal boleh digunakan untuk menjadi sistem yang memproses pembayaran secara automatik, akan tetapi paypal belum popular di Malaysia berbanding dengan bank transfer. Jadi, saranan saya, saudara perlukan akaun bank tempatan (digalakkan maybank) dan mempunyai kelebihan untuk internet banking.

  • Sofrieza:

    Byk sgt dah saya dpt info ttg business online nie. Dah beli guidenya x dpt nak buat apa juga sbb x ada yg betul2 tunjukkan mcm mana nak bina website yg mempunyai unsur2 ‘FORM’ untuk data entry pelawat. Tu konsep pelawat nak login masuk ke website yg kita bina software apa yg di perlukan? dan di mana sebenarnya info pelawat userid&password di simpan?

    -Bingung dengan promosi yg byk sgt tapi tak tepat-

    Jane

  • info yg menarik.. terima kasih kerana berkongsi tentang perkara ni

Leave a Reply

Produk Gaji Sendiri
Kit Biasiswa Malaysia 2010
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Jurukomen Paling Mantap
Komuniti
Gaji Sendiri di Facebook