Author Archive
Produk Pertama GajiSendiri ?
Assalamualaikum WBT. Salam hormat kepada rakan-rakan serta pengunjung blog ini. World Cup sudahpun tiba. jadi mana satu pasukan pilihan anda ? :) Saya cenderung ke arah pasukan Brazil. Tapi tak fanatik mana. Walaubagaimanapun, gol pasukan Brazil tempoh hari memang agak cun. :)
Antara sebab saya jarang update blog ini adalah disebabkan saya kini sedang menghasilkan satu produk informasi. Produk ini sedang dalam fasa-fasa akhir yang mana saya sedang lakukan sedikit touch-up dan akan mendirikan website tidak berapa lama lagi. Read the rest of this entry »
Kawan, Jangan Tertipu Di Internet
Fuh, agak ‘berhabuk’ juga blog gaji sendiri ini. Dah lama saya tak update memandangkan saya sedang praktikal buat masa ini. Nasib baik ia hanyalah praktikal semata. Tak lah terlalu rindukan subjek-subjek di universiti sangat. Sebab saya masih ada setahun lagi untuk menjadi mahasiswa ijazah pertama. :)
Apa khabar sahabat-sahabat serta pelawat blog ini ? Saya harap anda semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Untuk entri kali ini, saya ingin sentuh sedikit tentang penipuan di internet serta beberapa tip yang boleh kita gunakan untuk mengesan penipuan ini seterusnya mengelakkan diri kita daripada menjadi mangsa skim-skim cepat kaya, Ponzi, Hype serta piramid yang semakin berleluasa di internet, kini. Read the rest of this entry »
Saya Masih Seorang Pembaca

Bila kawan-kawan bersiap-siap untuk ke tempat kerja, saya hanya tersenyum. Cuti juga aku hari ni. :) Jadi, azam saya adalah untuk fokus pada projek panduan rahsia yang sedang saya majukan sekarang ni, disamping tak menjejaskan keperluan lain yang turut sama penting. :)
Saya masih membaca. Benar, walaupun sudah bergelar usahawan internet, membaca pada saya masih merupakan satu keperluan. Tabiat ini merupakan satu sumber yang dapat menguatkan kefahaman dan mengurangkan kelompongan pengetahuan. Read the rest of this entry »
Rahsia Pelawat Yang Ramai ke Blog
Sebelum ni, saya pelik mengapa ramai orang yang dah berkerja suruh saya sambung belajar selagi mampu sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Tak bestkah alam kerja ni? Mengapa mereka nasihatkan macam tu? Kalau nak cakap kurang duit, tak mungkinlah. Mereka ada duit, kereta, rumah dan yang paling bestnya, dah mampu berkahwin!
Persoalan tu selalu saya fikirkan. Sampai kadang pelik kenapa orang yang dah berduit dan berjawatan pun boleh keluarkan nasihat macam tu. Akhirnya, terjawab sudah persoalan tu bila saya sendiri mengalami pengalaman berkerja.
Orang baru praktikallah kan, tentulah bersemangat. Sehari… ok, dua hari… ok. Tapi bila masuk hari ketiga, ada semacam satu perasaan yang buatkan saya rasa nak belajar seumur hidup, tak mahu berkerja. :)
Sebab-sebab mengapa saya rasa begitu mungkin akan dicoretkan lain kali. Entri ini sebenarnya merupakan satu pemberitahuan tentang produk yang baru dilancarkan oleh rakan seuniversiti saya yang juga merupakan seorang usahawan internet muda. Read the rest of this entry »
RM20 Untuk Ayah
Saya masukkan entri kali ini ke dalam blog GSC sebagai satu renungan kepada diri saya sendiri serta sahabat-sahabat yang akan mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Walaupun jealous dengan mereka, tapi masa saya belum sampai lagi. :) Jadi kepada sahabat-sahabat yang akan mendirikan rumah tangga, atau yang telah berumahtangga, terimalah entri ini seadanya.
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah…..
Anak: Ayah…ayah. . boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm….nak tanya apa?
Anak: Ayah…berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Read the rest of this entry »




