Author Archive

Awas! Anda Mungkin Telah Diperdaya Mereka

Penipuan boleh berlaku di mana-mana. Kalau orang kata bisnes internet ini merupakan satu penipuan, adakah bermakna perniagaan di alam realiti bebas daripada sebarang bentuk penipuan ? Awas, anda mungkin telah berkali-kali termakan perangkap harga yang telah dipasang oleh mereka.

Jualan murah, harga runtuh atau tawaran potongan harga 50% hingga 80% di pusat membeli-belah sering mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pengguna terutamanya golongan wanita yang gemar berbelanja sakan.

Persoalannya, adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam di seluruh negara kurang tiga minggu lagi ? Read the rest of this entry »

Jutawan Internet Berusia 16 Tahun

NORTHAMPTON – Seorang remaja sekolah di Britain, Christian Owens mencipta sejarah apabila dia berjaya memperoleh kekayaan £1 juta (RM4.9 juta) dalam usia 16 tahun selepas memulakan perniagaannya dua tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berasal dari Corby, Northamptonshire di sini mula menjalankan bisnes dengan duit poket sendiri pada usia 14 tahun apabila melancarkan laman web Mac Box Bundle yang menjana perolehan £700,000 (RM3.5 juta).

Owens kemudian menubuhkan syarikat iklan menerusi Internet, Branchr pada 2009 yang memperoleh £500,000 (RM2.5 juta) tahun lalu dan kini turut dilanggani firma bidaan ternama, William Hill serta laman sosial MySpace. Read the rest of this entry »

Hotel Tidak Halal ?

Tidak lama lagi bulan Puasa bakal menjelma. Hotel akan menjadi tempat persinggahan untuk berbuka puasa bagi yang berkemampuan. Namun, agak terkejut apabila membaca Berita Kosmo bahawa Hanya 32 Hotel Halal menjelang Ramadhan .

Antara serba sedikit ulasan di Metro itu adalah, rekod Jakim sehingga 23 Julai 2010 mendapati hanya 63 buah dapur di 32 hotel daripada 2,360 buah hotel di seluruh negara mempunyai Sijil Halal Malaysia. Memandangkan bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi, pasti banyak majlis berbuka puasa akan diadakan di hotel-hotel.

Jakim akan menyediakan pegawai khusus untuk memproses permohonan sijil halal itu tanpa pihak hotel perlu mengikut giliran,” katanya kepada pemberita. Read the rest of this entry »

Jutawan Pada Usia 20 Tahun

KUALA LUMPUR: Jutawan misteri dari Pulau Pinang, yang menempa nama di Hollywood, Jho Low memberitahu, beliau membuat keuntungan satu juta dollarnya yang pertama ketika berusia 20 tahun dan kini syarikat pelaburan miliknya bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.19 bilion).

Bercakap dalam satu temuramah eksklusif bersama akhbar The Star, Jho Low yang buat pertama kalinya mendedahkan identitinya kepada media menceritakan, beliau membuat satu juta dollarnya yang pertama ketika mengambil cuti rehat semester ketika sedang belajar di sekolah perniagaan terkenal Amerika, The Wharton School of Business di University of Pennsylvania. Read the rest of this entry »

Anda Masih Belum Mempunyai Biasiswa ?

Bagi pelajar yang akan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, satu persoalan akan timbul ketika mana mereka sedang sibuk membuat persiapan. “Siapakah yang akan menaja aku nanti di Universiti ?”. Buat yang berkemampuan, persoalan ini mungkin tidak bermain di fikiran mereka untuk jangka masa yang lama. Maklumlah, anak orang berada.

Namun, buat yang tidak berkemampuan, tempoh persoalan ini membayangi diri mereka boleh menjangkau setahun lamanya. Atau menjangkau 2 tahun lamanya. Paling teruk, menjangkau sehingga mereka tamat belajar. Read the rest of this entry »

Preview Produk Gaji Sendiri Dot Com

kit biasiswa malaysiaAssalamualaikum WBT. Alhamdulilah, tiba sudah waktu yang ditunggu-tunggu. Projek yang sedang saya usahakan beberapa waktu ini akhirnya sudah sedia untuk dilancarkan. Pelancaran waktu telah saya tetapkan iaitu pada 26.7.2010 bersamaan dengan hari Isnin, pukul 11 pagi. Produk ini merupakan produk yang tergolong dalam niche kewangan dan khusus untuk golongan mahasiswa. Ibu-bapa juga merupakan golongan sasaran produk ini.

Produk ini menawarkan ruang untuk sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan di internet. Peluang ini saya buka kerana saya mahu lebih ramai terdedah dengan teknik sebenar buat duit di internet. Komisyen yang telah saya setkan pula adalah sebanyak 60%. Agak tinggi juga tu. :) Read the rest of this entry »

Produk Gaji Sendiri
Langgan

Letakkan email anda di bawah dan dapatkan artikel yang FRESH apabila blog ini dikemaskini.


Mengapa Saya Perlu Melanggan ?

Ebook Terhangat
ecover
ebook percuma yang menerangkan rahsia bagaimana memperoleh RM1000 yang pertama di internet hanya dengan menyertai program affiliate.



Jurukomen Paling Mantap
  • No commentators.
Pendapat Terbaru
Komuniti
Gaji Sendiri di Facebook