Salam sejahtera buat rakan-rakan IM serta pelawat-pelawat yang mengunjungi blog GSC. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dalam rahmatNYA.
Pernahkah anda dengar tentang Paypal wishlist yang pernah disebut-sebut dahulu? Ya, berkenaan dengan Paypal Wishlist yang dikatakan boleh menyebabkan pengguna facebook buat duit di facebook.
Saya pernah sertai program ini dan baru-baru ini, apabila saya membuka email, saya terkejut kerana mendapat satu email pemberitahuan daripada Paypal yang mengatakan bahawa $3.00 telah dikreditkan ke akaun paypal saya.
Saya bersetuju jika anda rasa …
Usahawan yang berpandangan jauh akan mengambil risiko berkira. Usahawan sewajarnya mengkaji tahap risiko terhadap peluang perniagaan yang bakal dimajukan.
Apakah itu risiko dalam perniagaan? Risiko merupakan kemungkinan untuk mengalami kerugian disebabkan oleh kegagalan sesebuah perniagaan. Perniagaan berisiko rendah mempunyai kebarangkalian yang rendah untuk gagal, manakala perniagaan berisiko tinggi pula mempunyai potensi yang tinggi juga untuk gagal.
Sebagai contoh, syarikat yang membetulkan komputer mempunyai risiko kegagalan yang lebih rendah berbanding syarikat pengeluar komputer. Syarikat pembuatan kereta pula mempunyai risiko kegagalan yang lebih tinggi …
Dalam artikel kali ini, saya ingin bongkarkan rahsia bagaimana anda boleh menjadi kaya. Sebagai seorang usahawan internet, kita juga tidak dapat lari daripada keinginan untuk menjadi kaya. Adakah anda tahu bahawa simpanan merupakan salah satu faktor seseorang usahawan itu mampu menjadi kaya? Bagaimana hal ini boleh berlaku? Apa bukti-bukti yang boleh saya kemukakan?
Apabila anda mempunyai simpanan, cara untuk meningkatkan nilai harta bersih anda (NetWorth) atau simpanan anda adalah dengan mengembangkan harta serta simpanan anda melalui pelaburan.
Di Malaysia ini, ada bermacam …
(Artikel ini merupakan olahan semula newsletter panduan 13 cara buat duit di internet)
Saya telah ditanya oleh ramai pembaca panduan 13 cara pendapatan internet tentang cara buat duit di internet, dan saya masih ingat lagi antara soalan yang popular adalah seperti “Anwar, bagaimanakah caranya untuk saya menjana pendapatan di internet? saya dah perhatikan agak lama dan dah lawati blog anda, tapi saya masih tak tahu cara nak bermula.”
Soalan di atas adalah seperti yang ditanya kepada saya, tentang bagaimana hendak bermula. Dan …
Assalamualaikum dan salam muhibbah. Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi sedikit teknik bersama-sama dengan pengunjung Gaji Sendiri tentang bagaimana blog anda boleh diindeks oleh Bing dan apakah perkara-perkara yang perlu dititikberatkan dalam membina link yang berkualiti dan disukai oleh Bing.
Walaupun tidak tersenarai di muka depan Bing, apa yang penting adalah, blog anda telah diindeks… Bak kata orang-orang tua “Kayuh tu perlahan-lahan tidak mengapa, lambat laun kita akan sampai juga”. Sebelum itu, kita perlu kenal dulu apa itu bing.
Apa itu …
Facebook merupakan laman sosial yang boleh dikatakan paling digemari pengguna internet dewasa ini. Namun, signifikankah dakwaan yang mengatakan bahawa populariti facebook akan menyebabkan ia mendominasi world wide web?
Bukti baru-baru ini menunjukkan bahawa facebook telahpun menduduki tangga kedua ranking alexa yang sebelum ini dipegang oleh Yahoo! . Kini Yahoo! pula berada di tangga ketiga. Tidak mustahil suatu hari nanti, Google pula akan turun takhta ke tangga yang kedua.
Apa yang saya nampak dari situasi ini adalah, internet marketer di Malaysia …
Saya mencoretkan post ini kerana ingin mengumumkan bahawa semalam baru sahaja genap setahun blog Gaji Sendiri ini didirikan. Dalam setahun ini, Gaji Sendiri telah banyak memainkan peranan yang besar dalam karier saya sebagai internet marketer dan semoga blog yang berkonsepkan cari duit di internet ini dapat saya gunakan lagi pada masa hadapan sebagai satu wacana perkongsian idea, pengalaman serta tip-tip keusahawanan internet yang lebih banyak dari tahun sebelumnya.
Terima kasih juga kepada NetKL network di atas servis yang cekap dan amat …
Menjadi seorang usahawan internet, bermakna kerjaya anda tidak dapat lari dari menggunakan software, script serta peralatan-peralatan lain yang dianggap sebagai ‘nyawa’ perniagaan anda. Perkakasan yang diperlukan perlu menepati kualiti yang telah ditetapkan agar perniagaan tidak terjejas dek kerana gangguan dalam sistem yang boleh menyebabkan seseorang usahawan internet itu kerugian beratus malah beribu-ribu ringgit – hanya disebabkan oleh sedikit kekacauan.
Alternatif yang selalu diguna pakai oleh usahawan internet baru adalah perkakasan-perkakasan percuma yang boleh ditemui di internet. Namun, percuma bukanlah satu mimpi …
Terdahulu, saya ada menjanjikan sekuel kepada video pertama yang saya tunjukkan di weblog Gaji Sendiri. Video tips pemasaran dari Eben Pagan ini saya kira mempunyai makna dan pengajaran yang boleh diambil oleh usahawan internet di Malaysia.
Sekiranya anda masih belum pernah melihat video Eben Pagan, saya ingin mengulas sedikit berkenaan dengan video yang telah diterbitkan pada tahun 2007 ini. Pertamanya, video ini menceritakan kepada anda 3 mindset yang sering digunakan untuk menjana pendapatan. Tetapi tidak semua mindset ini betul dan wajar …